Jumaat, 21 September 2012

Apa Cerita Ni???Mana Pihak berwajib???

Apa Cerita ni...penjajahan era baru telah bermula...satu demi satu cabaran diterima oleh orang Islam..terutama di Malaysia..dan yang terkini..Bikini Fashion 2012..memang la ia diadakan di Parlimen Bukit Bintang,Kawasan Ahli Parlimen DAP,Yb Fong Kui Lun..tetapi inikah sensitiviti yang dijaga oleh DAP terhadap orang Melayu/Islam?
Harus diingat..ini akan mencemarkan lagi nama baik Kerajaan..Harap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan  sewajarnya..Jangan Makan Gaji Buta!!!

Khamis, 20 September 2012

Perkara 152..."Bahasa Jiwa Bangsa"

Hari ini PPUJ berjalan-jalan disebuah bandar besar...tanpa ada rasa curiga,takut dan was-was dengan sebarang perkara yang buruk berlaku.Begitu aman keadaan negara ini tanpa kekacauan,perang atau pun apa jua yang tidak menganggu urusan harian.Malah PPUJ rasa inilah antara penyebabnya utama ramai warga asing datang ke Malaysia ini untuk mencari rezeki.Dengan keramahan masyarakat yang ada,toleransi, kesopanan dan kesusilaan yang wujud dalam masyarakat sejak zaman berzaman lagi menambahkan kemeriahan di negara ini..PPUJ bangga jadi Rakyat Malaysia.
Apa yang PPUJ ingin berkongsi bersama ialah jati diri bangsa kita.Hari ini PPUJ melihat jika jati diri kita kuat maka bangsa kita akan turut kuat.Dari segi moralnya kita berada ditanah air sendiri dan termaktub dalam Perlembagaan Negara bahawa:
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.
Kewujudan Perkara 152 tidak boleh dipadam kerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya ia hendak dipinda.

Kebiasaanya masyarakat Melayu amat mudah terikut-ikut dengan gaya bahasa yang dituturkan oleh bangsa lain.Sebagai contoh,jika seorang lelaki melayu itu bercakap dengan seorang lelaki India..maka gaya bahasa lelaki melayu itu akan berubah menjadi seperti lelaki india itu dan perkara ini juga akan berlaku jika lelaki melayu itu ingin membeli barang disebuah kedai milik seorang cina maka lelaki melayu itu akan bercakap seperti lelaki cina.
Namun apa yang mencuit perasaan PPUJ hari ini apabila masih ada lagi Melayu yang berkerja dengan taukey Cina tetapi lelaki melayu ini masih bertutur mengikut gaya bahasa seorang melayu tanpa terikut-ikut gaya bahasa taukey cina itu tadi malah taukey cina itu pula yang terikut-ikut gaya lelaki melayu itu.Dengan cara bertutur melayu tulen membuatkan PPUJ amat berbangga dan PPUJ merasakan bahawa lelaki itu mempunyai jatidiri yang kuat untuk mempertahankan ketamadunan bangsa melayu meskipun hanya sekadar dari sudut bahasa.PPUJ teringat cogankata yang sering dipaparkan iaitu "Bahasa Jiwa Bangsa" amat tepat dan amat bersesuaian.Perkara ini amat jarang kita dengar malah dalam zaman IT ini banyak bahasa yang telah di'rojak'kan disingkat-singkatkan.
Berikut PPUJ paparkan sedikit info mengenai "Bahasa Jiwa Bangsa"

Bahasa Jiwa Bangsa

Asas keterampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang dituturkan oleh masyarakatnya. Kekuatan sesuatu bangsa boleh dilihat melalui kesatuan masyarakat terhadap budaya yang diwarisi sejak turun-temurun terutamanya aspek bahasa. Maka tidak hairanlah kita lihat pada hari ini, banyak Negara maju kekal menggunakan bahasa masing-masing yang diwarisi sejak turun-temurun. Rakyat Negara Perancis, German, Itali, Jepun, Korea Selatan, Denmark dan lain-lain lagi membuktikan bahasa mereka berupaya menjadikan mereka masyarakat yang berdaya saing, maju dan dikagumi masyarakat di seantero dunia. Budi bahasa budaya kita, inilah antara ungkapan yang menggambarkan peri pentingnya kita sebagai penutur bahasa melayu tanpa mengambil  kira latar belakang bangsa di tanah air yang tercinta ini menjadi masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat yang beradab. Bahasa yang kita tuturkan berupaya menggambarkan sahsiah kita. Kesantunan berbahasa yang kita perjuangkan dalam kalangan masyarakat penuturnya telah mengangkat martabat masyarakat di Negara kita sebagai masyarakat yang peramah, bersopan santun, berbudi pekerti mulia dan berbudi bahasa. Kita kagumi oleh masyarakat di seantero dunia kerana perpaduan jitu dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Tanpa melihat kepada perbezaan bangsa iaitu sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau dan lain-lain lagi, kita menggunakan bahasa yang satu, iaitu bahasa Melayu tanpa prejudis. Bahasa Melayu berupaya menjadikan kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai keistimewaan tersendiri terutamanya kita diberi jolokan oleh masyarakat dunia sebagai masyarakat yang berbudi bahasa, ramah dan melayan tetamu dengan sopan. Pantun Melayu ada mengungkapkan yang berbunyi :
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dalam pergaulan terutamanya daripada aspek pertuturan. Gurindam Melayu juga ada mengingatkan kita akan peri pentingnya kita berswadaya mengekalkan kesantunan dalam berbahasa. Antara lainya berbunyi:
Kalau cakap tidak cermat,
Tentu kamu tidak selamat,
Kalau cakap tidak cermat,
Kalau kelakuan tidak hormat,
Tentu hidup tidak selamat.
Hal yang demikian juga digambarkan melalui sebahagian daripada seni kata lagu Allaryarham Tan Sri P.Ramlee iaitu:
Tiada kata secantik bahasa,
Nak kucurahkan rasa,
Tiada gambar seindah lukisan,
Nak kutunjukkan perasaan.
Tiada bahasa secantik puisi,
Nak kucurahkan isi hati.
Oleh itu, gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya dengan berbudi bahasa dan memiliki minda kelas pertama.

-Renung-renungkan......

Selasa, 18 September 2012

ANAK:Apa Kemahuan Mereka Sebenarnya?


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) adalah pertubuhan yang tidak pernah didaftarkan yang diwujudkan oleh Mazlan Aliman.Berikut Serba sedikit biodatanya:
Mazlan Aliman ini berumur 42 tahun dan dilahirkan di Batu Pahat Johor dan dibesarkan di Felda Bukit Ramun, Kulai Johor.Mendapat pendidikan awal di Sek.Men. Alauddin Felda Bukit Besar, Kulai .
Kelulusan tidak diketahui tetapi pernah mendapat pendidikan di UPM.Penglibatan beliau dalam masyarakat dan politik ialah sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat , Ketua Pemuda PAS Negeri Johor dan Presiden ANAK .
Nampaknya cukup besar jawatan beliau ini dan tidak hairanlah beliau pernah bertanding di semasa PRU 12 di kawasan Felda juga iaitu Parlimen Bera di negeri Pahang . Tetapi beliau silap percaturan dan beliau ingat rakyat terutama peneroka Felda di Pahang senang diperbodohkan oleh kaki pengacau ini .
Latar belakang beliau ini serta keluarga bermula di Felda selepas mereka masuk ke tanah rancangan ini pada 1969 .Felda seperti kita sedia maklum telah berjaya membantu peneroka -peneroka dari generasi pertama hingga lah sekarang malah ada peneroka telah menjadi jutawan .
Begitu juga dengan nasib keluarga Mazlan Aliman ini yang hidup senang dengan bantuan FELDA dan Kerajaan BN !
Ibunya yang juga seorang peneroka dan dapat 10 ekar tanah begitu juga dengan 4 orang adik beradiknya yang juga memperolehi 10 ekar tanah setiap seorang.
Mazlan Aliman pulak pernah menjadi peserta dalam Felda tetapi keluar program Tanam Semula Felda ini kerana hendak tanam sendiri.Baginya bila beliau pilih untuk tanam sendiri , hasil yang diperoleh lebih banyak . Tetapi usahanya gagal gara-gara nak untung banyak dan akhirnya beliau masuk semula ke Skim Penanaman Semula Felda .
Kesimpulannya , manusia seperti Mazlan Aliman adalah orang yang tak reti bersyukur dan tidak mengenang budi . Felda yang banyak membantu keluarganya daripada susah hingga senang seperti sekarang itu pun mahu difitnah oleh beliau dan konco2nya demi untuk kepentingan politik PAS .
Selain itu, menurut sumber dari Majalah FELDA "ICT JELAS" bilangan 04/2010, Abang Kandung Mazlan sendiri telah membuat pengakuan bahawa keluarga Mazlan tidak bersetuju dengan tindakan Mazlan yang menentang FELDA .
Jadi , jika keluarga Mazlan sendiri pun tidak bersetuju & restu dengan tindakan beliau, adakah kita perlu percaya dengan orang seperti Mazlan ini?
Dulunya Mazlan Aliman ini amat mengecam kepimpinan Felda yang di Ketuai Oleh Dato'Zulkifli tetapi sekarang...
Ini antara Petikan apa yang ANAK lakukan pada 24 Julai 2010

Presiden ANAK diiringi wakil-wakil ANAK negeri Pahang telah membuat laporan polis di IPD Temerloh pada 24 Julai lalu. Turut hadir Naib Presiden ANAK, Aris Fesol Ismail, Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim beserta hampir 20 orang yang lain.

Laporan polis ditujukan kepada Pengarah Besar, Datuk Dzulkifli Abd Wahab dengan desakan seperti berikut:-
1. Batalkan sertamerta kenaikan Caruman Tanam Semula,
2. Pulangkan wang yang telah dikutip,
3. Kaji semula Caruman sedia ada(RM40)samada perlu dimansuhkan sahaja,
4. Insentif Tanam Semula Risda dan MPOB diberi terus kepada peneroka,
5. Kajian mekanisme baru kos Tanam Semula
6. Tidak wajar samasekali buat opsyen Caruman Tanam Semula kepada peneroka kerana
Felda akan salahguna wang peneroka. 

Dan ini apa yang Anak lakukan pada 13 Disember 2011

Dan yang dilakukan oleh Anak Hari Ini:

apa sebenarnya yang Mazlan Aliman Mahu..mungkin mereka akan berhenti jika MAZLAN ALIMAN JADI MENTERI FELDA......

Isnin, 17 September 2012

Memperingati 16 September......

Memperingati tarikh 16 Sept sebagai Hari Malaysia namun ada juga yang memang tak boleh lupa hari 16 Sept ini...Berikut PPUJ post kan luahan hati Dato Zul Noordin mengenai 16 Sept Anu War...

Salam 2 all.

16 Sept 2008 akan tercatat dalam sejarah dunia sebagai hari pembohongan besar dalam tinta tawarikh Malaysia. Hari dimana bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi juga seluruh dunia dibohongi oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya bahawa Kerajaan Persekutuan yang dipilih rakyat pada 08 Mac 2008 akan tumbang.

Caranya mudah, lebih 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan melompat parti menyertai kaum PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e dan membentuk Kerajaan Persekutuan. Teman masih ingat kata Anwar bahawa "kita dah ada jumlah itu". Teman masih ingat bila teman persoalkan mengapa kita mahu bentuk Kerajaan berdasarkan MP yang melompat, tidakkah itu menjadikan kita penganut Machiavelli "matlamat menghalalkan cara", jawapannya, "takpa, kita dapatkan kuasa dulu". Dan bila teman persoalkan tidakkah nanti Kerajaan Persekutuan Pakatan akan dikuasai oleh bukan Islam (sebab Anwar kata kesemua 30 lebih MP BN nak lompat tu non-Muslim), Anwar kata "takpa, aku yang jadi PM".

Sebagaimana mike semua ditipu, macam tu lah kami juga dibohongi. Itu yang didedahkan oleh YB Datuk Seri Zahrain dalam Parlimen, bagaimana kononnya Tuanku YDP Agong dikatakan memberi sokongan. Konon cerita Panglima Angkatan Tentera dikatakan juga menyokong. 16 Sept 2008 adalah satu pembohongan, tegas Datuk Seri Zahrain.

16 Sept 2008 sebenarnya membongkar politik pembohongan dan putarbelit yang menjadi amalan kaum PaLut pimpinan Anwar Ibrahim, semuanya dengan hanya satu matlamat iaitu menduduki Putrajaya "at all cost".

Alhmadulillah teman disedarkan ALLAH mengenai pembohongan ini. Dan bertambah kesyukuran teman kerana ALLAH merencanakan satu perancangan yang teman tak pernah terpikir akan berlaku, bilamana dengan ketentuan ALLAH, teman dimufaraqahkan dari Pakatan syaitan kaum PaLut ini kerana mempertahankan kalimah ALLAH Yang Maha Esa! Alhamdulillah, syukur padaMu Ya ALLAH!

Kini politik pembohongan dan putarbelit ini makin terserlah. Bermula dengan pembohongan pakatan luar tabi'e antara PAS yang kononnya memperjuangkan penubuhan Negara Islam dengan parti biaDAP yang mahu menbuhkan negara sekular. Kini pembohongan itu terbukti. Rupanya perjuangan menubuhkan Negara Islam adalah satu kesilapan politik yang besar, kerana kata mereka, rupanya Negara Islam tidak ada dalam Quran.

Bukan sahaja perjuangan itu ditongsampahkan, malah ada pemimpin PAS yang sanggup mati mempertahankan Karpal kafir harbi yang cabar "kalau mau negara Islam, langkah mayat saya dulu!". Kesian kepada Allahyarham Ibrahim Libya yang matinya diisytiharkan syahid kerana memperjuangkan Negara Islam, mati tanpa dimandikan, dikafankan dan disolatkan! Siapalah nak bertanggungjawab?

Kini terbukti pembohongan dan putarbelit kalipah PaLut @ Anwar Ibrahim. Walaupun Mahkamah mendapati ujud DNA dia didalam karung kunyit Saiful yang disahkan dari sumber airmani beliau, dan peluang terbuka untuk Anwar menafikan itu dengan hanya memberi sampel darah untuk ujian DNA, namun Anwar enggan memberikannya. Walhal kalau Anwar berikan sampel darah untuk ujian DNA dan terbukti dia benar, ada kemungkinan Kerajaan Persekutuan boleh tumbang! Tapi Anwar tak berani!

Begitu juga bila dinasihatkan oleh mantan Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abidin supaya Anwar mengangkat sumpah muhabalah menafikan aduan Saiful yang mengadu diliwat beliau, Anwar enggan. Walaupun Saiful dengan berani mengangkat sumpah didalam Masjid Wilayah Persekutuan dengan menjunjung Al Quran menegaskan Anwar telah meliwat dia.

Walaupun kaum Anwarinas mendakwa dan berharap Saiful akan ditimpa la'nat ALLAH, malah menyebarkan dakyah menyatakan Saiful mengidap penyakit kulit, tidak boleh berjalan, malah sudah lumpoh. Tetiba keluar gambar Saiful dihadapan Ka'bah, menadah tangan diatas Jabbal Nur bersebalahan Gua Hira' memohon doa, ramai kaum Anwarinas yang terkedu tak terkata apa! La'nat nampaknya dah turun kepada orang lain rupanya!

Pembohongan dan putarbelit Anwar dan kaum PaLut berterusan. Kebenaran makin membelit tengkok mereka. Dalam keadaan kaum Anwarinas mengimpikan agar la'nat turun kepada Saiful, terbongkar videoklip kalipah PaLut bermain "kondang-kondi" dengan China-Doll. Maka bermulalah siri-siri pembohongan dan putar belit yang tidak pernah dilihat dalam sejarah.

Bila ditanya dimana jam Omega yang ditinggalkan dalam bilik China-Doll, Anwar tuding jari kata ada pada Azizah. Bila ditanya pada Azizah yang sedang buat sidang akhbar dirumahnya dimana jam Omega itu, Azizah melenting tak tentu arah, walaupun beliau hanya perlu bangkit dari kerusi dan pergi kebilik untuk ambil jam Omega itu (kalau ada). Tapi tak, Azizah pilih untuk tidak tunjukkan, malah melenting tak tentu pasal. Tau-tau keluar bukti rupanya jam Omega tu memang ada dengan Datuk Eskay. Siap ada video lagi membuktikannya!

Bila ditanya kenapa tak saman sahaja Datuk Eskay, kawan baik dia yang mendedahkan videoklip tersebut, Anwar tidak berbuat apa-apa. Bila ditanya mana jam Omega itu, sebab Azizah masih tak dapat membuktikannya, Anwar melenting tak tentu pasal, macam masa wartawan tanya kenapa tak bagi sampel DNA.

Pembohongan dan putarbelit kaum PaLut makin parah bila ada pulak yang keluarkan videoklip rupa dia macam P.Ramlee. Iysk..isyk..isyk..P.Ramlee pun boleh menangis tengok orang yang ngaku fotostat dia tu yop. Siap ngaku perut Anwar tak sebuncit dalam videoklip, macamlah dia pernah tengok Anwar berbogel. Ke memang dia pernah tengok kalipah PaLut berbogel yop?

Dan yang lebih parah, kaum Anwrinas yang berkopiah-jubah berhempas pulas disegala ceramah, kuliah, tazkirah dan mimbar masjid surau memutarkan isu sebagai qazaf. Sedangkan takde siapa pun yang menuduh Anwar berzina. Datuk Eskay sendiri semasa mendedahkan videoklip tersebut berkata dia mendedahkan videoklip itu untuk membongkar karektor kawan baik dia Anwar sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin, itu sahaja. Yang dok putarbelit jadikan isu qazaf apa hal? Yang lebih teruk, ada yang tengok pun tak lagi. tapi dah siap patwa orang lain masuk neraka. Macam lah sorga tu bapak dia punya.

Dan dikalangan tok lebai yang dah tengok, semuanya kata, "memang mamat tu yop". Paling koman pun, ada ulama yang kata, "susah nak kata tu bukan Anwar". Yang paling serius, ada yang sampai diserang sakit jantung sebaik melihat Anwar dengan kondang-kondi dia! Agaknya terkejut dengan belalai melentuk kot!

Penyakit pembohongan dan putarbelit ini berterusan. Agenda jahat himpunan haram 09 Julai membongkar wajah sebenar mereka. Tiba-tiba para ustad dan agamawan yang kononnya selama ini menjuarai isu murtad dan menentang Majlis Peguam sebagai kafir harbi yang wajib diperangi dengan jihad, tetiba mengangkat bekas presiden Majlis Peguam Ambeega Sreenavasan sebagai kalipah mereka. Sedikitpun mereka tidak ingat kekawan mereka yang masuk penjara dan dihukum kerana menentang Ambeega dan Bar Council. Yang penting pada mereka ialah kuasa politik Putrajaya!

Tuanku YDP Agong dibohongi, dengan dakyah konon mereka mahu mengadap untuk mempersembahkan takzim yang mereka telah membatalkan rancangan himpunan haram itu. Rupanya majlis mengadap Tuanku diputar sebagai konon Tuanku menghalalkan himpunan haram itu. Mereka bohongi rakyat dengan mendakwa ratusan ribu akan turun, sedangkan yang turun hanya seciput. Mereka fitnah kata polis bertindak ganas, sebaliknya terbukti melalui video bergambar yang ganasnya mereka sendiri.

Mereka bohong dunia menyatakan polis langgar pemimpin mereka, tetiba kuasa ALLAH membuktikan dema tergolek sendiri. Mereka putarbelit kata ahli mereka sampai mati dikerjakan polis, terbukti melalui video yang dia mati sendiri akibat sakit jantung. Dema putarbelit satu kematian, tetiba keluar video lakonan sandiwara yang cukup meloyakan. Sampai bab mati pun dema sanggup jadikan bahan bohong dan putarbelit yop!

Mutakhir ini, terbongkar agenda mereka membohongi rakyat dengan mendakwa kominis sebenarnya pejuang kemerdekaan. Kominis yang membunuh dan membakar hidup-hidup anggota polis dan keluarga mereka dalam peristiwa Bukit Kepong dinobatkan sebagai pejuang sebenar. Anggota polis yang mempertahankan negara dilabel sebagai barua penjajah. Chin Peng mereka kata pejuang sebenar, malah teman tidak terkejut kalau nanti mereka akan berjuang untuk membawa balik bangsat kominis itu dan dinobatkan sebagai pahlawan negara!

Dan terkini, apabila cubaan dakyah murtad terhadap umat Islam oleh sebuah gereja Methodist terbongkar, kaum Anwarinas ini beriya-iya membela dan mempertahankan gereja dan puak missionary kristian. Kalau dulu bersembur airliur patah kaki meja mereka tempik perang fisabilillah terhadap puak missionary ini, hari ini mereka maki hamun pemimpin mereka sendiri yang mahu mempertahankan Islam. Sehingga pemimpin mereka terpaksa cabar rela dipecat demi mempertahankan aqidah umat.

Sebenarnya kita umat Islam khususnya, dan rakyat Malaysia amnya patut bersyukur peristiwa 16 Sept 2008 terjadi. Kerana peristiwa itu mendedahkan politik pembohongan dan putar-belit kaum PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e ini, yang menganut ajaran politik machiavelli matlamat menghalalkan cara, hanya kerana mahu menduduki kerusi empuk Putrajaya. Hanya untuk memahkotakan manusia yang cukup jijik dan kotor sebagai kalipah mereka. Mereka muncul sebagai politikus rakus yang terpukau dengan cahaya kepalsuan kemahkotaan. Topeng mereka terdedah. Wajah sebenar mereka terbongkar. ALLAH menelanjangkan politik kotor mereka, sebagaimana China-Doll dibuang tualanya. ALLAH membuktikan Pakatan Luar Tabi'e mereka, sebagaimana jam Omega membuktikan pembohongan mereka.

Allahhumma Ya ALLAH, kami bersyukur kepada Mu Ya ALLAH atas kebenaran ini. Dan peliharalah aqidah kami, dan selamatkan agama dan negara kami daripada fitnah Al -Kazeeb ini.

Teman mengingatkan diri teman dan umat Islam serta rakyat semua, 16.09.2008 membuktikan kepada kita bahawa kita sedang berhadapan dengan spesis kaum yang mampu berbohong dan memutarbelit apa sahaja demi politik kepartian mereka yang sempit. Dan rentetan pembohongan demi pembohongan, putar-belitan demi putar-belitan selepas itu memberikan isyarat jelas kepada kita bahawa umat Islam dan rakyat negara ini akan berhadapan dengan politiking paling kotor yang tidak pernah dilihat sejarah - politik machiavelli matlamat menghalalkan cara berteraskan kepada pembohongan & putarbleit dengan cita-cita mahu menduduki kerusi pemerintahan Putrajaya dan memahkotakan manusia jijik dan kotor sebagaio kalipah mereka!!!

Kaum PaLut ini adalah kaum yang mengamalkan politik songsang, politik luar tabi'e. Mereka wajib ditentang habis-habisan. Mereka sanggup gadai agama mereka sendiri, mereka tergamak menjual kalimah ALLAH Tuhan mereka, mereka sanggup memajak anak-isteri mereka dengan bai'ah talaq tiga demi ketaksuban kepada politik kepartian, mereka sanggup mengtongsampahkan perjuangan mereka konon dah tak jumpa dalam Quran, mereka sanggup memutar sejarah negara dan memuja kominis laknatullah, mereka maki pemimpin mereka yang mahu mempertahankan aqidah umat!

Mereka ini sudah mabuk kuasa! Kita bukan gilakan kuasa, tetapi kita mahu halang orang gila daripada berkuasa!!!

Bagi setiap individu umat Islam yang cintakan agama, bagi setiap individu rakyat yang sayangkan negara, wajib bagi kita menolak politik kotor ini dan mempertahankan agama, bangsa dan negara daripada terus menjadi mangsa liwatan dan rakusan politik jijik dan kotor ini. Jangan sampai nanti generasi akan datang menyumpah dikubur kita sebagai pemusnah agama dan negara tercinta ini.

Semoga Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan yang kita sambut secara berkembar tahun ini pada 16 Sept 2011 memberi suntikan semangat dan kekuatan kepada umat Islam dan rakyat Malaysia untuk terus mempertahankan maruah dan kedaulatan negara daripada serangan virus politik pembohongan dan putarbelit daripada kaum PaLut ini..ameen.

Selamat Menyambut Kemerdekaan!
Selamat Menyambut Hari Malaysia!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
17 Syawal 1432
15 Sept 2011

Generasi Dun Pulau Tawar...Apa Mereka Mahu??

Dalam Dun Pulau Tawar terdapat lebih kurang 17 Pusat Daerah Mengundi dan 13 daripada jumlah itu adalah kawasan Felda.Boleh dikatakan antara Dun yang paling banyak Rancangan Felda.Mengikut perangkaan sehingga Ogos 2012 seramai 21,075 orang pengundi berdaftar bagi Dun ini.Dan hampir 48% dari jumlah itu adalah pengundi yang berusia 21 hingga 40 tahun.Ini bermakna kuasa penentu bagi Dun Pulau Tawar ini adalah Generasi Baru.Perkara ini tidak boleh dipandang ringan bagi mana-mana Parti yang akan bertanding dalam PRU 13 nanti untuk Dun Pulau Tawar ini.PPUJ tak mahu mengupas mengenai isu ini tetapi PPUJ ingin melahirkan pendapat bagi perancangan sosial dan ekonomi yang wajar bagi  generasi baru disini.Secara kebetulannya PPUJ dari Dun Pulau Tawar.Jadi tidak sukar bagi PPUJ untuk memahami kehendak rata-rata generasi baru di sini.

1.Program Perumahan Generasi Baru.
Perkara ini adalah asas utama keperluan Generasi Baru di mana- mana tempat.Ini sebenarnya persoalan yang gagal dirungkaikan.Memang ada Perumahan Generasi Baru Felda diwujudkan tetapi persoalannya adakah ianya sampai ketahap yang memenuhi target ataupun sasaran?Kebanyakan mereka yang tinggal di kawasan Felda dan kampung-kampung tradisional ini tidak mempunyai pendapatan tetap ataup lebih jelas lagi tidak mempunyai 'slip gaji' ntuk membuat pinjaman bagi memenuhi kehendak syarikat-syarikat pinjaman untk memiliki rumah.Rata-rata mereka ini mempunyai kemampuan untuk membayar balik pinjaman itu tetapi syarat utama untuk membuat pinjaman menyebabkan mereka gagal dalam memenuhi kreteria pinjaman itu.Pendapat PPUJ ini ada asasnya kerena mereka ini mampu membayar sewa rumah sehingga RM400 sebulan untuk keselesaan keluarga.Dan mereka yang kurang mampu mereka tinggal bersama ibubapa malah ada juga yang hampir 4 keluarga dalam satu rumah.

Untuk perkara ini,Apa yang dapat PPUJ cadangkan ialah seperti berikut:
a).Felda perlu menubuhkan Koperasi atau menambahbaikan Koperasi sedia ada untuk menceburi bidang perumahan sebagai langkah menggalakkan generasi baru menyertainya.Dan melalui Koperasi inilah pinjaman(Suruhanjaya Koperasi Malaysia) ini disalurkan untuk memberi kelongaraan kepada generasi baru ini (ahli koperasi) untuk membuat skim sewa beli rumah tersebut.
b).Felda juga boleh mewujudkan satu Skim untuk membiayai pinjaman perumahan bagi mereka yang ingin membeli rumah secara potongan bayaran balik di pejabat Felda Kawasan.Ini boleh dilaksanakan seperti Skim SUIF yang telah terlaksana dikawasa Felda sebelum ini.

2.Sumber Ekonomi Generasi Baru.
-Boleh dikatakan ketika ini rata-rata generasi baru dalam Dun Pulau Tawar ini memperolehi hasil ekonomi melalui kerja-kerja pertanian,perniagaan-perniagaan kecil dan ada juga yang memperolehi pendapatan melalui kerja-kerja pembinaan secara kecil-kecilan.Kebanyakan dari mereka ini kurang diberi pendedahan dan maklumat mengenai punca dan bantuan yang wujud bagi mereka.Ada yang berjaya tetapi nisbahnya amat kecil.Banyak peluang yang wujud berdasarkan faktor geografi dan sejarah disini. Antaranya Pusat Bandar Jengka yang hampir,memiliki Pusat Pnyelidikan Pertanian Tun Razak,memiliki khazanah sejarah di Gua Kota Gelanggi dan banyak lagi..
Apa yang dicadangkan oleh PPUJ,
a).Mewujudkan Pusat Kegiatan Ekonomi Bumiputera (PKEB) di Kawasan Perumahan Baru Sebang Perdana Simpang Jengka 8 bagi mengedar maklumat bantuan,melatih dan memantau perkembangan usahawan baru.

b).Mewujudkan dan melatih pengusaha pelancongan untuk mempromosikan khazanah sejarah yang wujud di dalam Dun ini.Satu komuniti untuk membantu,melatih dan memperkenalkan sebarang peluang dan ruang yang wujud dalam sektor ini.Umum maklum dengan pelbagai khazanah sejarah yang wujud seperti Gua Kota Gelanggi,Makam pejuang Mat Kilau,sejarah kewujudan Felda dan pelbagai lagi.

c).Menjadikan Dun Pulau Tawar sebagai satu Pusat Pertanian secara komprehensif bagi tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buhan.Sebagai contoh,memberi peluang kepada pengusaha untuk mewujudkan satu jenis tanaman untuk satu kampung.Projek ini dilaksanakan dengan skala yang besar dan Satu komuniti yakni Pusat Kegiatan Ekonomi Bumiputera (PKEB) akan memantau,mengumpul dan mengedarkan tanaman tersebut.

d).Membantu,memantau dan mewujudkan peluang penternakan ikan air tawar secara meluas.

3.Sukan,Sosial dan Budaya.
-Secara pastinya perkara ini amat rapat dengan generasi baru.Golongan ini amat mudah didekati dengan aktiviti ini.Tetapi sedikit kesilapan bakal mengundang padah.Andai kita gagal mendekati,mengawasi atau dalam erti kata lain membiarkan mereka tanpa panduan maka secara tidak langsung mereka semakin dan akan menolak kita jauh.

Pendapat PPUJ,
a).Mewujudkan pusat kegiatan budaya dan pusat sukan atau lebih jelas lagi pusat kegiatan belia Dun Pulau Tawar di bawah naungan Kementerian Belia Dan Sukan dan juga Felda.Pusat ini haruslah dilengkapi dengan pelbagai prasarana bagi kegiatan belia.

b).Melantik,melatih dan mewujudkan satu komuniti bagi menyelaras,memantau sebarang kegiatan agar tidak auh dari matlamat asal penubuhan.Komuniti harus bertanggungjawab merancang dan melaksanakan pelbagai aspek yang difikirkan menepati citarasa golongan ini.

Mungkin perkara ini dianggap hanya sebagai angan-angan dan khayalan PPUJ,tetapi inilah sebenarnya kehendak dan keperluan yang dimahukan oleh generasi Dun Pulau Tawar Ini.....

"Walau bermimpi atau berkhayal..kalau dilaksanakan dengan wajar kesannya amat besar"..

Ahad, 16 September 2012

Winnable Candidate....Apa tu?

Winnable Candidate adalah pilihan DSNajib untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 nanti(PRU13).Secara mudah umum tahu pergertian tersebut tetapi kadang-kadang membuatkan orang terfikir kreteria winnable candidate itu.Apa yang menjadi teras pemilihan winnable candidate?.Ada yang memberi pendapat bakal calun itu mestilah popular dikalangan masyarakat..dan tidak kurang pula ada yang berpendapat ianya mestilah memiliki keperibadian yang baik dan diterima oleh masyarakat.Masing-masing punya pendapat sendiri.Tidak salah untuk melahirkan pendapat dan inilah yang dikatakan demokrasi.
 Namun Winnable Candidate dalam konteks politik yang dimahukan oleh DSNajib merangkumi perkara berikut:
  1. Calun yang diterima dari dalam seluruh kepimpinan parti.                                                                -Ini memberikan gambaran bahawa calun itu bukanlah dari golongan yang tidak mempunyai asas politik atau yang datang dari luar politik.Ini membawa maksud calun itu adalah mereka yang datangnya dari saf kepimpinan politik di kawasan setempat.Tentulah mereka ini akan mendapat sokongan dari akar umbi kerana mereka telah dipilh untuk berada di peringkat tertinggi kepimpinan setempat oleh penyokong-penyokong(pendukung) parti.Kebiasaannya mereka ini adalah golongan tertinggi diperingkat bahagian..
  2. Calun yang diterima di segenap lapisan masyarakat.                                                                    -Calun yang diterima di segenap lapisan masyarakat bukannya calun yang pupolis di masyarakt.Pengertian kepada maksud ini ialah calun ini disegani dan mesra masyarakat.Mampu memberikan kelebihan kepada Parti dengan dengan sikap dan penerimaan yang baik dari masyarakat.
  3. Calun yang tidak bermasalah dan mempunyai rekod yang bersih.                                                       -Ini adalah pelengkap kepada perkara pertama dan kedua.Setelah bakal calun itu merupakan calun pilihan dari parti dan calun itu diterima oleh segenap lapisan masyarakat maka sokongan msyarakat pastinya akan memuncak dengan penampilan calun yang tidak bermasalah dan mempunyai rekod penampilan yang bersih dari segala sudut.
Ketiga- tiga faktor ini pastinya akan memberikan kelebihan yang besar kepada parti dan seterusnya akan membawa kemenangan yang besar kepada parti.Semua Parti Komponen dalam Barisan Nasional harus bersedia untuk menerima apa jua kemungkinan  termasuk dalam isu pengagihan kerusi.Ini berdasarkan prinsip dan misi untuk mendapatkan kembali majoriti 2/3 di Parlimen.Seharusnya semua parti komponen menerima baik dan mengakui bahawa hanya winnable canddidate ini yang akan memberikan kemenangan.Winnable candidate ini bukan hanya dari Parti UMNO malah terbuka luas kepada semua Parti Komponen dalam Barisan Nasional.Tanpa perlu mengambil kira pengagihan kerusi,yang penting kerjasama dalam parti untuk Kemenangan "Winnable Candidate" seterusnya melakarkan kemenangan Barisan Nasional.

Jumaat, 14 September 2012

Drama Politik....?

PPUJ pernah menonton satu cerita politik yang mengisahkan 2 orang(si A dan si B) yang berebut untuk memenangi satu pilihanraya..Maka berlakulah perang politik diantara mereka...Si B merasa amat tertekan dengan kekuatan yang ada pada Si A..Jadi Si B merancang sesuatu untuk menarik perhatian umum..Tanpa disangka anak Si B mendapat "ugtan bunuh"..maka Si B dengan gusar hati mengenangkan nasib anaknya itu..Demi Keselamatan anaknya Si B sanggup mengupah pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan anknya..Pelbagai perkara buruk telah berlaku kepada anaknya..Orang ramai(rakyat) bersimpati terhadap apa yang berlaku kepada anak Si B ini sekaligus menaikkan rating sokongan terhadapnya..Si B syak ini adalah rancangan Si A..kerana dengan cara itu dapat memusnahkan Si B..
Hari Pengundian semakin hampir..Pegawal Peribadi Anak Si B terbunuh dalam satu kemalangan jalanraya..Si B mendakwa kejadian itu adalah rancangan si A untuk membunuh anaknya..Maka timbulah kebencian orang ramai terhadap kelakuan Si A..Setelah kematian pengawal peribadi anaknya itu maka Si B mengupah seorang lagi pengawal peribadi yang lebih cekap..
Namun tanpa disangka kes ugutan bunuh itu terbongkar..Rupa-rupanya Si B telah mengupah beberapa orang penjenayah untuk menjadi dalang merencanakan "drama ugutan bunuh" itu..Maka segala perancangan Si B gagal..Orang ramai(rakyat) sudah hilang kepercayaan terhadap Si B..
Akhirnya Si B kalah teruk dalam pilihanraya itu...

"Agak-agaknya ada tak drama politik macam ni kat Malaysia?"..

Percaya atau Tidak?

Teori Politik Anwar Ibrahim memang sukar diramal..tetapi kadang-kadang amat mudah dijangka..Teori ini amat mudah dan dekat dimata masyarakat..Perlu wujudkan rasa simpati kemudian tukarkan kepada rasa benci dan jadikan satu semangat untuk memberontak...
Contohnya..
Wujudkan satu isu yang mengatakan SPR itu tidak telus...timbulkan rasa simpati rakyat terhadap pembangkang kerana diinaya oleh SPR..timbulkan rasa benci rakyat terhadap SPR kerana tidak mengendahkan cadangan-cadangan kemudian timbulkan satu semangat memberontak seperti yang telah berlaku dalam Demonstrasi Bersih...
Macam-macam isu yang telah ditimbulkan untuk mewujudkan kebencian ini...Dan yang terkini..Isu Bas "Mewah" di lontar cat dan macam-macam lagi...tapi perkara ini tak mustahil dirancang oleh mereka sendiri untuk tarik perhatian...tak mustahilkan???
Tapi yang peliknya..cepat sangat siap 'repair tu'..berapa kos agaknya?

Kalau Kaduk tetap kaduk..takkan bertukar menjadi sirih

Mungkin ramai yang tahu pepatah melayu "Kaduk Naik Junjung"...Peribahasa Melayu ini membawa maksud orang yang hina merasa dirinya mulia...ada juga yang mengambarkan maksud "orang yang lupa diri dan asal usulnya"  ialah daun kaduk ni rupa dan bentuknya lebih kurang daun sirih tetapi hanya tumbuh melata di atas tanah berbeza dengan daun sirih yang memanjat dengan kayu pancang(dikenali sebagai junjung)..Daun kaduk ni akan cuba memanjat junjung..kalau dah dapat naik junjung maka akan lupa yang dia akan turut jatuh bersama junjungnya...Jadi janganlah kita menjadi kaduk yang tidak sedar kelemahan diri dan irihati dengan kejayaan orang..Bina diri sendiri,jangan jadi orang lain...Fikir-fikirkan

Khamis, 13 September 2012

Sampah Selangor Dah Selesai....?

Sebelum ini di Negeri Selangor kecoh dengan isu sampah dan isu air...tetapi nampaknya isu air jelas sukar nak diselesaikan.Isu sampah pula hampir ke penghujungnya..tapi timbul pula isu baru yakni lambakan lori-lori sampah...kalau lori baru ok juga tapi ni lori yang dah lapuk..nak buat macam mana???Mana pergi Penasihat Ekonomi Selangor???......

Bangkitlah Pemuda!!!

Pemuda UMNO harus bangkit menjadi agen pendesak dan menjadi pemikir yang baik untuk merealisasikan  segala impian generasi baru.Kita tidak seharusnya beranggapan yang pemuda sekadar menjadi pembawa bendera parti malah kita seharusnya menjadi peneraju generasi baru dan kitalah yang akan menjadi tunggak utama dimasa hadapan...Dalam keadaan sedar atau tidak perjuangan kita ini adalah untuk memberikan sesuatu yang amat berharga kepada Agama,Bangsa dan Tanah Air..Maka kita tidak seharusnya terbuai dengan anggapan mereka bahawa kita ini harus akur dengan usia kita dan akur dengan keputusan mereka..BANGKITLAH MEMBELA KEBENARAN!BANGKITLAH MEMBELA MASA DEPAN!
Ingatlah! masa depan kita,anak kita,cucu cicit kita dibahu kita..Janganlah nanti mereka mengatakan yang kita GAGAL membela nasib mereka..Setelah nasib kita dibela oleh nenek moyang kita,kini masa kita untuk masa depan BANGSA KITA!!!!!!

Rabu, 12 September 2012

Awas! Berhenti Merokok!

Bila tiba masa pembentangan Belanjawan maka ramailah orang terutama perokok-perokok akan mengambil tahu hal harga rokok,samada harga rokok naik atau pun tidak.Namun sebenarnya perokok-perokok tegar ini tidak peduli samada naik atau tidak kerana bagi mereka,walaupun naik sehingga RM20 pun mereka tetap akan membelinya.Cuma nilainya akan berkurangkan pada awalnya sahaja.
Mungkin kenaikan harga rokok tidak akan menjejaskan penjualan cuma kita harus fikirkan bagaimana cara untuk kita tangani jumlah perokok.Mengikut pendapat PPUJ,apa yang perlu kita laksanakan hanyalah mengekang pertambahan perokok-perokok ini.Perokok tegar tidak akan peduli walau melambung harganya,walau sekeji mana gambar yang dipaparkan pada kotaknya dan walau sedasyat mana tulisan amaran yang tercatat dikotaknya namun hisap tetap hisap.Ianya bagaikan sudah sebati dan jadi satu rutin selain dari makanan.Kita perlu kekang perokok-perokok baru dari terjebak dengan gejala ini
Disini PPUJ cadangkan beberapa pendapat.Mungkin dilihat tidak releven tetapi PPUJ yakin ia dapat mengurangkan jumlah perokok baru.
  1. Hentikan penjualan rokok dikedai-kedai runcit,pasaraya,gerai-gerai dan kawasan-kawasan perniagaan awam. 
  2. Wujudkan hanya satu stesen penjualan rokok di Bandar/Daerah/Kawasan dan ketatkan larangan penjualan rokok kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.(Francais)
  3. Minimakan penjualan/pembelian rokok seperti 1 cartoon(10 kotak) untuk seorang pembeli dalam satu-satu masa tertentu sahaja.(Ini akan diselaraskan mengikut bil yang tertera di komputer.)
  4. Mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga yang ingkar dengan larangan penjualan rokok dan menjual rokok secara haram/seludup.
  5. Mewujudkan satu Pasukan Khas Kempen ANTI Merokok untk memantau segala perlaksanaan ini.
 Mungkin ada yang tidak senang dengan cadangan PPUJ,tetapi dengan cara ini mampu mengekang pertambahan perokok-perokok baru terutama pelajar-pelajar kerana ketika ini rokok amat mudah diperolehi.Walau pun mahal harganya tetap mereka akan membelinya....
"Renung-renungkan,selamat beramal.."

Lebih Nilai

Reaksi positif dari rakyat setelah kelulusan Malindo Air untuk beroperasi.Ini kerana rakyat dapat memilih yang terbaik bagi mereka.Ini akan memberikan persaingan yang sihat dan juga dapat mengelakan sistem 'monopoli' dalam konsep perniagaan penerbangan.Dahulunya apabila AirAsia berjaya membawa rakyat dari segenap lapisan masyarakat menaiki 'kapal terbang",bagaikan memberikan satu mimpi yang mereka sebelum ini tidak mungkin tidak dapat menaiki kederaan mewah itu telah mampu melancong ke merata tempat.Sesuailah dengan slogan mereka "everyone can fly".Namun disebabkan faktor peningkatan permintaan AirAsia semakin gagal menangani nilai kehendak masyarakat.Jadi dengan keputusan kerajaan mewujudkan satu lagi Syarikat Penerbangan dilihat sebagai satu tindakan yang bijak untuk memberikan lebih nilai kepada rakyat.
Begitu juga dalam bidang komunikasi.Tiada Syarikat yang dilihat mampu memonopoli perniagaan itu,dengan sistem perniagaan yang terbuka memberikan pilih yaang banyak untuk rakyat.Kita ada Telekom,Celcom,Maxis,Digi,Happy dan banyak lagi yang boleh dijadikan pilihan untuk rakyat.Jadi ini memberikan "lebih nilai" kepada rakyat.
Namun apa yang kebanyakan rakyat inginkan dan hampir 89% masyarakat Malaysia inginkan kini adalah satu lagi syarikat yang memecah dominasi ASTRO yang dilihat terlalu menekan rakyat.Dengan Konsep Penyiaran Berbayar ini Astro terlalu mementingkan pendapatan bulanan mereka.Mahu tidak mahu rakyat yang berada dikawasan terpencil bagaikan "wajib" melanggan siaran berbayar itu untuk gambar yang lebih jelas.Jadi jika kerajaan peka dengan perkara ini,harus memecah dominasi ini agar ianya mampu memberikan lebih pilihan dan "lebih nilai"kepada rakyat.

Kelambu Terbakar,Nyamuk Tak Lari...

"Marahkan Nyamuk Kelambu Di Bakar"..
Kadang-kadang nyamuk ni memang memberi seribu masalah.Kalau time nak tidur,nyamuk ni mengiang-ngiang kat telinga memang "hangin satu badan".Tambahan pula nyamuk pembawa macam-macam penyakit..tetapi harus ditangani dengan kebijaksanaan..macam-macam jenis pencegahan nyamuk dipasaran sekarang..Dengan jenis-jenis pencegahan yang ada tu tiada siapa yang tahu apa yang kita buat untuk halau nyamuk tu..tambahan pula sekarang ada jenis elektrik yang tak mengeluarkan bau..lagi orang tak tahu..Cuma orang pelik je sebab kita bijak tangani nyamuk ni..tak ada pula sampai tahap nak bakar rumah sampai orang tahu apa yang berlaku dalam rumah kita...Bila orang dah tahu,susah la nak buat...Fikir-Fikirkan...Selamat Beramal...

Selasa, 11 September 2012

Malindo Air Akan gugat Air Asia?

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan syarikat penerbangan tambang murah yang baharu dikenali sebagai Malindo Air. Najid berkata syarikat penerbangan itu, hasil usahasama antara National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) dan PT Lion Group, akan mula beroperasi pada 1 Mei tahun depan dan akan berpangkalan di KLIA 2.
klik sini
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/malindo-air-syarikat-penerbangan-kos-rendah-baru-malaysia-1.84114