Rabu, 12 September 2012

Lebih Nilai

Reaksi positif dari rakyat setelah kelulusan Malindo Air untuk beroperasi.Ini kerana rakyat dapat memilih yang terbaik bagi mereka.Ini akan memberikan persaingan yang sihat dan juga dapat mengelakan sistem 'monopoli' dalam konsep perniagaan penerbangan.Dahulunya apabila AirAsia berjaya membawa rakyat dari segenap lapisan masyarakat menaiki 'kapal terbang",bagaikan memberikan satu mimpi yang mereka sebelum ini tidak mungkin tidak dapat menaiki kederaan mewah itu telah mampu melancong ke merata tempat.Sesuailah dengan slogan mereka "everyone can fly".Namun disebabkan faktor peningkatan permintaan AirAsia semakin gagal menangani nilai kehendak masyarakat.Jadi dengan keputusan kerajaan mewujudkan satu lagi Syarikat Penerbangan dilihat sebagai satu tindakan yang bijak untuk memberikan lebih nilai kepada rakyat.
Begitu juga dalam bidang komunikasi.Tiada Syarikat yang dilihat mampu memonopoli perniagaan itu,dengan sistem perniagaan yang terbuka memberikan pilih yaang banyak untuk rakyat.Kita ada Telekom,Celcom,Maxis,Digi,Happy dan banyak lagi yang boleh dijadikan pilihan untuk rakyat.Jadi ini memberikan "lebih nilai" kepada rakyat.
Namun apa yang kebanyakan rakyat inginkan dan hampir 89% masyarakat Malaysia inginkan kini adalah satu lagi syarikat yang memecah dominasi ASTRO yang dilihat terlalu menekan rakyat.Dengan Konsep Penyiaran Berbayar ini Astro terlalu mementingkan pendapatan bulanan mereka.Mahu tidak mahu rakyat yang berada dikawasan terpencil bagaikan "wajib" melanggan siaran berbayar itu untuk gambar yang lebih jelas.Jadi jika kerajaan peka dengan perkara ini,harus memecah dominasi ini agar ianya mampu memberikan lebih pilihan dan "lebih nilai"kepada rakyat.

Tiada ulasan: