- Mengeluarkan peruntukan sebanyak RM90 juta sebagai perbelanjaan perantis pilihanraya majlis tempatan untuk memilih ketua kampung.Sedangkan wang sebanyak itu harus digunakan untuk tujuan yang lebih bermanfaat terutamanya menunaikan janji semasa pilihanraya.
- Meluluskan RM600,000 dari Akaun Amanah Penswastaan hanya untuk kempen memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA)
- Salah tadbir urus di dalam anak syarikat kerajaan negeri seperti Yayasan Selangor yang mengalami defisit sehingga RM70 juta.
- Sebanyak RM500,000 dikeluarkan dari Menteri Besar Incorporated(MBI) hanya untuk tujuan membiayai perwakilan PKR menghadiri kongres parti.
- Menubuhkan kumpulan Semesta Sdn Bhd(KSSB) yang bertujuan menanggani masalah pasir haram malangnya masalah ini semakin buruk.Fungsi KSSB tidak jelas hinggakan baru setahun beroperasi tetapi sudah menerima bonus enam bulan.
- Kelemahan dalam isu defisit belanjawan kerajaan negeri selama 2 tahun berturut-turut(2009-2010).Menteri Besar telah membentangkan anggaran pendapatan sebanyakRM1,430 juta dan membelanjakan RM1,430 juta.Adakah Ini belanjawan berimbang?Sebaliknya dalam dua tahun berturut-turut itu kerajaan negeri telah membentangkan belanjawan tambahan pada penggal kedua dan ketiga sidang Dewan Negeri dengan jumlah sebanyak RM578,445,168.068.Ini bermakna kerajaan negeri mengalami defisit sebanyak RM194 juta.
Dimakah ketelusan dan prinsip-prinsip keadilan yang dilaungkan oleh mereka???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan