Selasa, 3 Januari 2012

Malaysia:Negara Demokrasi atau Demonstrasi?

Sejak akhir- akhir ini sering kali kita dengar pelbagai demonstrasi jalanan yang dilakukan..ada yang baring atas jalan..dan tak kurang pula yang cederakan diri untuk raih simpati...dah la susahkan polis untuk kawal keadaan dan lebih hina lagi ada juga yang salahkan polis yang buat kekecohan melampau..siap masuk wad pulak tu...
Awal tahun ni ketika kita dalam berazam untuk jadi yang terbaik dalam hidup kita..negara ini dikejutkan dengan Demonstrasi Mahasiswa di UPSI..malulah anak bangsa yang bakal menjadi pendidik bangsa buat benda-benda yang sekadar mencari publisiti murahan dikancah politik...agak-agak bila fail exam mula nak cari platform lain kot...Dia orang ni tak reti nak bersyukur agaknya...dah lah duduk dalam IPTA Kerajaan,dapat pelbagai biasiswa pulak..(mungkin ada yang Anuwar bagi kot)..buat pulak perangai tak senonoh..kaum bukan melayu melompat tengok badut-badut bakal 'GURU' ni..melolong dan melalak tengah malam buta..sedarlah diri tu..Ibubapa berharap anak-anak yang dalam universiti dapat keputusan yang baik dan dapatkan kerjaya yang baik bagi membela keluarga dan anak bangsa bukan untuk dapat nama dengan menurunkan bendera dan melalak tengah malam buta!

Akan datang pulak ada lagi satu demonstrasi akan diadakan...tak habis-habis..Azmin cakap demonstrasi ini akan berlarutan hingga pilihanraya..Apa motif adakan Demonstrasi 901 ni?Hanya untuk menimbulkan rasa simpati kepada ANWAR?Inikah yang perjuangkan oleh PKR?Adakah ini keadilan yang diagungkan dengan menghina mahkamah?Kawan aku pun ada dapat SMS ini..dia orang ajak berkumpul dengan tujuan menghuru harakan Kuala Lumpur..siap dapat duit lagi..seorang RM100..kalau dari luar Kuala Lumpur..Cuba kita renungkan...Apa tujuan sebenarnya??Sebab apa nak huru harakan KL pada hari itu?Adakah sebab mereka memang jangkakan Anwar bersalah dan dipenjara?Kita kena ingat..Karpal Singh pun tak membela sangat Anwar dalam kes Liwat ni..kenapa?Sebab dia tahu Anwar memang bersalah...dan dia juga yang membuka pekung siapa Anwar tahun 1997 dulu...

Aku jangkakan lakonan Anwar ni akan sampai klimaks dia...huru hara yang dilakukan pada 9/01 nanti akan memberikan beberapa kemungkinan.

  1. Apabila Anwar dijatuhkan hukuman maka akan menimbulkan perasaan benci kepada kerajaan yang maksimum dari pembangkang dan ini akan mengangkat Anwar ditahap populariti yang tertinggi dimata pendemonstrasi-pendemonstrasi...maka..akan berlakulah pelbagai pekra diluar dugaan.
  2. Kesempatan ini akan digunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk membawa diri dan membuat pelbagai tohmahan terhadap kerajaan dan mahkamah termasuk mengikut jejak langkah rakan sekutunya Taksin Sinawatra...sedangkan anwar masih boleh membela diri dalam Mahkamah Rayuan
  3. Huru hara yang berterusan seperti yang dirancang oleh Azmin akan mengundang 'Bantuan dari Negara Jiran'...inilah yang dinantikan..
Kalau lah Demonstrasi ini menjadi amalan masyarakat ini..bagaimana generasi akan datang?

Wallahuallam!!