Selasa, 31 Mei 2011

Keadilan:Laung atau Lanun?

Aku tertarik dengan rencana yang dikeluarkan oleh akhbar hari ini bila ia menceritakan bahawa dasar-dasar yang dilaksanakan di Selangor kebanyakannya hanya menjadi retorik oleh PR sahaja.Dahulunya di Shah Alam tidak pernah memiliki panggung wayang tapi kini tidak lagi.Panggung wayang berciri 3D bakal didirikan dengan kapasiti 1,300 tempat duduk di kawasan pusat membeli belah di Bukit Jelutong,kawasan yang sama didirikan masjid kedua terbesar selepas Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang dijangka siap tahun depan.Ketika tahun 2005 MBSA mengamalkan dasar tidak membenarkan kewujudan pusat-pusat hiburan di Shah Alam namun segalanya berubah selepas PRU 2008.Segala-galanya telah berubah.Pelbagai pertubuhan yang ditubuhkan di Selangor oleh exco-exco negeri hanya tinggal nama,tiada sebarang perlaksanaan dan fungsi yang dibuat.Beberapa 'kebocoran' telah berlaku antaranya:

  1. Mengeluarkan peruntukan sebanyak RM90 juta sebagai perbelanjaan perantis pilihanraya majlis tempatan untuk memilih ketua kampung.Sedangkan wang sebanyak itu harus digunakan untuk tujuan yang lebih bermanfaat terutamanya menunaikan janji semasa pilihanraya.
  2. Meluluskan RM600,000 dari Akaun Amanah Penswastaan hanya untuk kempen memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA)
  3. Salah tadbir urus di dalam anak syarikat kerajaan negeri seperti Yayasan Selangor yang mengalami defisit sehingga RM70 juta.
  4. Sebanyak RM500,000 dikeluarkan dari Menteri Besar Incorporated(MBI) hanya untuk tujuan membiayai perwakilan PKR menghadiri kongres parti.
  5. Menubuhkan kumpulan Semesta Sdn Bhd(KSSB) yang bertujuan menanggani masalah pasir haram malangnya masalah ini semakin buruk.Fungsi KSSB tidak jelas hinggakan baru setahun beroperasi tetapi sudah menerima bonus enam bulan.
  6. Kelemahan dalam isu defisit belanjawan kerajaan negeri selama 2 tahun berturut-turut(2009-2010).Menteri Besar telah membentangkan anggaran pendapatan sebanyakRM1,430 juta dan membelanjakan RM1,430 juta.Adakah Ini belanjawan berimbang?Sebaliknya dalam dua tahun berturut-turut itu kerajaan negeri telah membentangkan belanjawan tambahan pada penggal kedua dan ketiga sidang Dewan Negeri dengan jumlah sebanyak RM578,445,168.068.Ini bermakna kerajaan negeri mengalami defisit sebanyak RM194 juta.
Dimakah ketelusan dan prinsip-prinsip keadilan yang dilaungkan oleh mereka???

Kesan Kenaikan Tarif Elektrik.Adakah Kita Merasainya?

Aku nak rumuskan isu berkaitan tarif baru elektrik
  1. Struktur tarik baru menyaksikan 75% atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna tidak akan mengalami kenaikan bil bulanan jika mengekalkan penggunaan pada 300 kWj atau kurang(RM77 sebulan).
  2. Penyelarasan yang berkuat kuasa 1 Jun 2011 ini dilakukan selari dengan penyemakan semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung yang berkuatkuasa pada tarikh yang sama.
  3. Bekalan Elektrik percuma kepada pengguna yang bilnya dibawah RM20 dan kerajaan menjangkakan akan menanggung kos RM122juta untuk biayai bekalan percuma ini.
  4. Tarif industri khas ditawarkan kepada sektor industri yang perbelanjaan bil elektrik mereka melebihi 5% kos operasi masih dikekalkan.
  5. Kerjaan akan memperkenalkan insentif tertentu dalam tempoh terdekat bagi menggalakkan pengguna membeli peralatan elektrik cekap tenaga.
Ini bermakna walaupun tarif baru elektrik dikeluarkan untuk mengurangkan subsidi kerajaan tetapi sebenarnya ia tidak memberikan kesan yang lebih kepada masyarakat.Sebaliknya pengurangan subsidi yang dibuat membolehkan kerajaan menggunakan lebihan subsidi itu ke arah perkara yang lebih baik kepada masyarakat.
Kerajaan meluluskan permohonan TNB untuk menaikkan tarif asas sebanyak 2%,ini akan membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam menyediakan infrastruktur yang lebih baik namun kerajaan masih lagi mengekalkan perkara berikut:
  1. Pemberian diskaun 10% kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagian oleh kerajaan seperti mana yang diberi kepada rumah ibadat dan institusi kebajikan
  2. Mengekalkan tarif pertanian yang diperkenalkan pada 2006
Kita jangan terlalu dibuai oleh politik pembangkang yang hanya memanipulasikan keadaan untuk memburuk-burukkan kerajaan.Adalah lebih baik kita memfokuskan kebaikan-kebaikan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada kita dari kita memikirkan keburukab yang didondangkan oleh pembangkang yang sebenarnya hanya melalak untuk menuju satu jalan ke Putrajaya.Fikir-fikirkanlah..

Berita Harian Online | Soalan lazim tarif baru elektrik

Berita Harian Online | Soalan lazim tarif baru elektrik

Isnin, 30 Mei 2011

Asas Perjuangan UMNO.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau dalam Bahasa Inggerisnya  United Malay National Organisation atau lebih dikenali dengan nama UMNO adalah sebuah parti politik  orang Melayu yang memperjuangkan Alif(Agama),Ba(Bangsa) dan Ta(Tanah air).
Ditubuhkan di satu perhimpunan yang di kenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya yang diaturkan oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman,Kampung Baru,Kuala Lumpur pada 1hb-4hb Mac 1946.Kongres itu telah meluluskan 3 perkara utama:
  1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
  2. Menentang penubuhan Malayan Union
  3. Mengadakan Derma Pelajaran Melayu
Setelah dibincangkan maka secara rasminya Tertubuhlah UMNO pada 11hb Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru.UMNO merupakan parti politik terawal ditubuhkan,penggerak penentangan Malayan Union,Penetap  fasal-fasal Perlembagaan Persekutuan yang mempertahankan hak orang Melayu/Bumiputera tanpa mendiskriminasikan hak kaum lain,Alat penyatuan rakyat pelbagai kaum dan pembina kestabilan politik,ekonomi,sosial dan keamanan negara.
Kemudian UMNO telah menjadi teras pada pakatan parti politik pelbagai kaum iaitu PERIKATAN dan kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional.Dan semenjak PRU yang pertama pada 1959 (walaupun pada dasarnya pilihan raya pertama  pada 1955)Parti Perikatan atau sekarang dikenali sebagai BN telah menunjukan satu potensi yang baik kepada rakyat Malaya ketika itu.Potensi dan gerak kerja yang baik itu berterusan sehingga kini dan cabaran demi cabaran telah ditempuhi namun pada PRU ke 12(2008)walaupun BN tidak memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen akan tetapi UMNO masih memenangi 66% kerusi yang ditandinggi oleh calonnya.Ini masih lagi tertinggi berbanding parti-parti lain yang mencalonkan orang Melayu sebagai calon.Justeru,secara prinsipnya UMNO masih lagi menjadi parti yang mendapat kepercayaan orang Melayu.
Walaupun begitu,UMNO wajar mengembeling seluruh kekuatan baggi menghadapi perubahan masa,kepelbagaian kehendak rakyat,membina ketamadunan bangsa melalui pendekatan proaktif dan srategik dan juga tohmahan parti pembangkang yang secara berleluasa memutarbelitkan fakta.
Namun begitu UMNO seharusnya tidak lari dari Asas dan Tujuan
  • Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara
  • Mendokong dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan,Perlembagaan Negeri dan raja Berperlembagaan
  • Menegak,mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama.
  • Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan Rakyat Malaysia amnya.
  • Menjamin kedudukan Bahasa Melayu(Bahasa Kebangsaan) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
  • Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada prinsip-prinsip Perlembagaan.
Namun masih ada segelintir pemimpin yang masih kurang sedar dan kurang arif dengan asas-asas ini.Perkara asas ini perlu pemerkasaan yang serius bagi menjamin kemenangan UMNO(BN) dalam menempuhi PRU 13 akan datang.

Ahad, 29 Mei 2011

PAP & DAP amal strategi yang sama?

Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Lee Kuan Yew & PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa umat Islam bangsa Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP. UMNO yang menjadi alat mereka mendapat kuasa akhirnya diterajang, dan dengan politik yang licik akhirnya Singapura hilang dari rumpun Melayu. Sejarah Sang Nila Utama dipadamkan dengan kisah Stamford Raffles. Nama Singa Pura (Bandar Singa) dari sejarah penemuan singa oleh Sang Nila Utama bertukar menjadi Singapore! Azan kat masjid pun dah tak boleh diperkuatkan! Maka terloponglah bangsa Melayu meratapi kehilangan negaranya.

Kitsiang & DAP hari ini sanggup turun masjid naik surau untuk memikat Melayu. Siap isytihar diri sebagai Kalipah Guan Eng lagi. Maka bertakbirlah Melayu terpukau dengan silap mata DAP. Sampai nama tuhan dia pun dijual takpe sebab Kitsiang dan anak lakinya sedara kita sekarang kata pak jangoat. Rupanya benar kata pujangga, memang bangsa Melayu mudah lupa.



Beberapa pemimpin DAP melenting apabila disebut DAP adalah parti paling rasis.

Hakikatnya, DAP lebih menumpukan perjuangan untuk kaum tertentu sahaja. Itulah agenda besar parti tersebut yang matlamat akhirnya untuk membawa Malaysia menuju negara republik. Laungan kononnya parti itu mengutamakan rakyat Malaysia dahulu, kaum kemudian - hanyalah sandiwara.

Bukan setakat agenda dan hala tuju, jawatan utama dalam DAP sejak dahulu lagi dikuasai oleh satu kaum walaupun mendakwa parti itu dianggotai pelbagai kaum.

Pemimpin-pemimpin kaum India dalam DAP misalnya tidak mendapat tempat sewajarnya meskipun peranan mereka cukup signifikan. Kegagalan Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mempertahankan jawatannya baru-baru ini menjadi bukti. Beliau adalah mangsa muslihat politik kaum dalam DAP yang sebenarnya cukup tebal.

Terbaru, pelantikan Chow Kon Yeow sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang mencetuskan persoalan. Sepatutnya Jagdeep Singh dilantik kerana mendapat jumlah undi tertinggi dalam pemilihan anggota jawatankuasa negeri.

Begitu juga kedudukan Timbalan Ketua Menteri, Prof. Dr. P. Ramasamy, yang dilihat sekadar kosmetik. Ternyata, pemimpin India dalam DAP dipinggirkan secara sistematik. Lalu Awang ingin bertanya buat kesekian kalinya kepada Setiausaha Agung yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng, siapa yang sebenarnya rasis?

Itu belum menyentuh tentang nasib segelintir Melayu dalam DAP, lagi menyakitkan hati. Mereka hanya menjadi boneka untuk dipergunakan sebagaimana dilakukan pemimpin utama PAP Singapura, Lee Kuan Yew menjinakkan Melayu suatu masa dahulu. Berdasarkan sejarah, PAP dan DAP daripada benih perjuangan yang sama. Kini strategi PAP digunakan oleh DAP. Parti tersebut sedang memperhebatkan usaha menarik seramai mungkin Melayu menjadi ahli dan penyokongnya.

Cubalah kita renungkan kembali kepada dekad 1960an. Apakah beza pendekatan yang digunakan oleh PAP dahulu dan DAP sekarang, jawapannya - sama sahaja. Pada waktu itu, Kuan Yew dalam usaha mendapatkan sokongan Melayu melakukan apa sahaja yang menjadi harapan orang Melayu. Beliau banyak berinteraksi dan mendampingi orang Melayu. Malah aktif melawat masjid dan surau sambil memberi ucapan yang manis-manis bagi melegakan orang Melayu. Apabila Kuan Yew dan PAP semakin kukuh berkuasa, akhirnya Melayu tidak lagi diberi perhatian yang sama dan mula diabaikan. Di Singapura, azan dari masjid dan surau pun perlu diperlahankan walaupun dulu Kuan Yew tidak kisah dengan suara azan yang kuat berkumandang. Orang Melayu juga tidak berpeluang menyandang jawatan utama dalam agensi dan jabatan penting kerajaan termasuk pasukan keselamatan. Untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang apatah lagi. Kuasa undi Melayu dilemahkan dengan pelbagai cara termasuk penempatan semula. Janji-janji untuk membantu Melayu tidak bertahan lama. Pernah termaktub dalam perlembagaan asal pembiayaan penuh kepada pelajar Melayu dari sekolah rendah hingga universiti. Bagaimanapun ia dihentikan pada tahun 1994. Biasiswa presiden juga pernah diwujudkan puluhan tahun lalu tetapi hanya dua pelajar Melayu yang dapat.

Cari pula jawapan berapa orang menteri Kabinet Melayu di republik itu ketika ini - tidak seperti peringkat awal. Dokumen sejarah turut ditulis semula mengikut aspirasi PAP agar Melayu tidak kelihatan dominan peranannya.

Yang nyata, di sebalik segala pengorbanan dan sokongan Melayu, kaum itu akhirnya dikhianati dan diragui. Dalam laporan National Geographic, Kuan Yew mengkritik orang Melayu dengan mendakwa kaum itu tidak prihatin untuk membantu kaum lain jika negara ditimpa kebuluran. Maknanya, Melayu tidak boleh diharapkan dan tidak boleh dipercayai sedangkan Melayu merupakan bangsa yang paling pemurah dan bertolak ansur. Banyak lagi penghinaan Kuan Yew kepada Melayu. Mesejnya, itulah juga risiko yang menanti Melayu apabila DAP berkuasa penuh nanti. Sekarang ini pun gerakan untuk melemahkan Melayu semakin menjadi-jadi. Tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang Melayu seperti Anwar Ibrahim yang menjadi pengkhianat bangsa dan kepimpinan PAS pula saperti tidak sedar diri dan asyik mengikut rentak DAP. Malu rasanya ada pemimpin Islam dan Melayu yang seperti itu.

Fahamkah Perjuangan Anda?

Pernah suatu ketika aku bersembang-sembang dengan seorang fanatik PAS mengenai politik sekarang.Sebenarnya aku memang tidak suka dengan orang-orang yang terlalu taksub dengan politik ini.jadi aku sengaja menegur beliau mengenai politik PAS dan apa perjuangan yang beliau mahu.Beliau dengan megah menceritakan yang perjuangan yang PAS bawa sekarang adalah untuk menegakkan Islam dan beliau memberi contoh kepada aku bukti seorang selebriti pun dah "celik mata" menyokong perjuangan PAS.Beliau tanpa segan silu meminta aku agar "bertukar",dan menyokong PAS.
Aku pun menjawab dengan berhemah,aku tidak  kisah kalau betul-betul perjuangan PAS ini ingin menegakkan Islam tetapi aku hairan kenapa PAS tidak mahu bertanding di keseluruhan 222 parlimen di Malaysia ini.PAS hanya bertanding di 64 parlimen sahaja.Kalau nak memerintah negara ini PAS perlu memenangi  143 Parlimen untuk majoriti 2/3 atau sekurang-kurangnya 114 untuk majoriti mudah.Mampukah memerintah?soal aku kepadanya.
Sekarang negara di perintah oleh BN dan didalamnya terdapat pelbagai parti lain seperti MCA,MIC,Gerakan dan banyak lagi tetapi kesemua ini mengakui bahawa sesipa yang menjadi Ketua UMNO secara automatik akan menjadi Pengerusi BN.Ini jelas bahawa walaupun BN mempunyai parti-parti lain didalamnya tetapi orang Melayu (Islam) adalah Ketua mereka.Tetapi perkara ini tidak berlaku di dalam PR.Mengapakah PR masih lagi belum didaftarkan sebagai sebuah parti yang sah?bertanding menggunakan satu lambang dan bukan menggunakan lambang-lambang parti sendiri?Sekiranya PR didaftarkan adakah PAS menjadi ketuanya atau pun orang bukan islam dari parti lain?T
Aku semakin geram,aku bertanya lagi kepadanya adakah selama ini BN(UMNO) tidak memperjuangkan Islam?adakah beliau faham dengan Rukun negara dan Perlembagaan?Bukankah didalam perlembagaan jelas menunjukan perjuangan UMNO untuk Bangsa dan Agama?
Beliau semakin terdiam,aku pun mula mengatur kata.Kita satu bangsa dan agama seharusnya memikirkan pentingnya memperjuangkan nasib bangsa kita di masa depan.Nasib Agama kita di waktu akan datang dan bukan memperjuangkan nasib kita ketika ini.Tiada guna bersama DAP yang jelas menentang Islam.Tujuan mereka hanya untuk meletakkan bangsa kita serendah-rendahnya.Apa yang berlaku di Singapura dan  masyarakat melayu di selatan Thailand harus dijadikan teladan.
"Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"-Surah Al-Rad ayat 11.

 

Sabtu, 28 Mei 2011

Memahami Gaya Pemerintahan Tiga Perdana Menteri


Dalam aku tercari-cari maksud sebenar slogan "Rakyat Didahulukan,Pencapaian Di Utamakan" akhirnya terjawab dalam presepsi aku sendiri.Perbezaan corak pemerintahan DS Najib Perdana Menteri Malaysia sekarang dengan Tun Mahathir dan Tun Abdullah dapat aku rasa.Mungkin ramai sedar atau tidak sedar atau mungkin tidar sedar diri dalam melalui gaya pemerintahan DS Najib sekarang.Aku sempat berada di bawah pemerintahan Tun Hussien Onn tapi ketika itu aku mungkin tidak mengerti apa-apa,jadi aku tidak mahu komen masa masa pemerintahan beliau.Tapi Aku membesar didalam zaman Tun Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri sehingga aku kenal erti perjuangan politik kemudian berada di bawah gaya pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang di Era DS Najib.
DS Najib merasakan perlu melakukan sesuatu dalam menarik kembali minat kepada kerajaan setelah apa yang berlaku dalam PRU 12 pada tahun 2008.Apa yang beliau garapkan hanyalah kombinasi dari corak pemerintahan kedua-dua Mantan Perdana Menteri.Di sini aku berikan perbandingan antara mereka dan aku rumuskan apa yang DS Najib laksanakan.
1.Tun Mahthir Mohammad(1981-2003)
-Tun telah melaksanakan pelbagai program kebanggaan rakyat Malaysia.Tidak hairan kalau Tun menjadi Idola aku.Tun menjadi Perdana Menteri pada 16h Julai 1981 menggantikan Tun Hussien Onn.Tun telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri,agak sukar ketika itu,dari sebuah negara pertanian berubah menjadi negara industri.Dari sebuah negara yang tidak dikenali dipeta dunia,kini semua masyarakat dunia akui kehadiran Malaysia sebagi sebuah negara Dunia ke 3 yang amat pesat membangun.Tun telah mewujudkan Proton yang menjadi kereta kebanggaan kita.Tun juga melaksanakan pelbagai projek mega yang menjadikan Malaysia gah di mata dunia seperti KLCC,SIC,KLIA,MSC dan banyak lagi.Tun juga dikenali dimata dunia kerana kelantangan beliau dalam memperjuangkan sesuatu hinggakan beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.Beliau melaksanakan apa yang beliau fikirkan baik untuk rakyat walaupun beliau sering dikritik dengan dasyat.Hinggakan ada yang melabelkan beliau sebagai pemimpin kuku besi,tetapi beliau berjaya menjadikan Malaysia Boleh semasa pemeritahanya.
Tun Abdullah Ahmad Badawi(2003-2009)
-Tun Abdullah atau lebih dikenali Pak Lah terkenal dengan keterbukaan beliau.Beliau megantikan Tun Mahathir pada tahun 2003 dalam peralihan kuasa.Beliau mengukapkan perkatan untuk pertama kali semasa menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri iaitu"Berkerjalah bersama-sama saya dan bukan berkerja untuk saya".Semasa pemerintahan beliau,beliujuga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia.Beliau juga menumpukan fokus dalam menbenteras rasuah.Kesungguhan beliau terbukti bila tertubuhnya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM).Semasa pemerintahan beliau,beliau sering dilanda kontroversi dengan keputusan yang beliau lakukan.Kadang-kadang perkara yang tidak sepatutnya berlaku bilau laksanakan hingga menimbulkan konflik dalaman dikalangan penjawat kerajaan.Akhirnya menyaksikan BN dilanda Tsunami politik pada tahun 2008.Bn kehilangan majoriti 2/3.
Dato'Seri Najb Tun Razak(2009-kini)
-DS Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 menggantikan Tun Abdullah pada 9 September 2009.Beliau mengambil alih kepimpinan negara disaat tsunami politik.Keadaan politik yang tidak menentu ketika itu dan menyaksikan beliau mengadunkan gaya pemerintahan dari semua Mantan Perdana Menteri.Beliau mewujudkan Gagasan 1Malaysia yang berlandaskan prinsip-prinsip Rukunnegara.Walau bagaimanapun gagasan 1Malaysia yang dilaungkan disalah ertikan oleh pengamal politik yag tidak sedar diri walaupun mereka faham maksud sebenar demi tujuan politik sempit mereka.Beliau kini dalam usaha melaksanakan pelbagai program Transformasi seperti ETP,GTP dan banyak lagi.Beliau juga telah mewujudkan Klinik 1Malaysia dan beliau pernah membuat kejutan dengan berada di stesen LRT secara mengejut untuk mengetahui denyut nadi rayat.Gaya pemerintahan beliau yang menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan adalah langkah terbaik dalam modul slogan "Rakyat didahulukan",dan beliau mengambil kira peranan wakil-wakil rakyat dalam proses menjelmakan slogan "Pencapaian Di Utamakan".Gaya pemerintahan yang dinamis ini amat diperlukan oleh rakyat,namun masih ada segelintir yang tidak faham dan sering mengambil kesempatan.

Mana Juak-Juak PKR?

"Pengerusi Parti KITA Kedah, Saudara Zamil Ibrahim, menawarkan ganjaran sebuah kereta Rolls Royce Silver Spur III kepada mana-mana pihak atau individu yang berjaya tampilkan lelaki yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim tetapi bukan Anwar Ibrahim di dalam video seks yang sedang heboh diperkatakan."
Aku rasa macam tak percaya bila ada pihak yang sanggup menawarkan ganjaran yang agak lumayan kepada mana-mana pihak atau individu yang berjaya menampilkan lelaki yang berada di dalam video anwar ibrahim.Kalau semua juak-juak kata orang dalam video tu bukan anwar,lepas tu ada juak-juak kata vidoe itu dibuat untuk mengAIBkan anwar,aku rasa ini lah masanya nak buktikan anwar tak bersalah.Sudahlah dapat kemenangan dapat pulak kereta Roll Royce Silver Spur III.Amacam ada bran??
Tapi aku tak rasa juak-juak ni nak sahut cabaran ni,malah dia orang lebih suka MELALAK dari tunjuk bukti dan mahukan kebenaran.semua salah yang dia orang buat nak salahkan orang lain.Jadi monyet dalam Masjid pun nak salahkan orang lain.Kereta rosak pun nak salahkan orang.Diri sendiri punya salah pun masih tetap nak salahkan orang.

Cukai Barangan & Perkhidmatan(GST)

Apa itu GST? GST adalah singkatan bagi Goods & Service Tax atau dalam bahasa melayunya, Cukai Barangan & Perkhidmatan.
Iyalah, ramai yang mengomel, mengeluh dan risau apabila kerajaan bercadang melaksanakan GST dalam sistem percukaian negara bagi memantapkan lagi hasil dan ekonomi negara.
Seorang teman bertanya kepada saya,
“Bagaimanakah dengan harga barangan dan perkhidmatan nanti, jika GST dilaksanakan?
Adakah harganya akan meningkat naik?
Bukankah kerajaan memberi jaminan bahawa GST hanya dikenakan pada kadar 4% sahaja?”, soal teman saya penuh dengan perasaan ingin tahu.
Baiklah bagi menjawab persoalan tersebut, biarlah saya jelaskan dahulu situasi semasa percukaian dan hasil semasa negara.
GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang ketika ini dikenakan pada kadar 5% hingga 10%.
Tambahan lagi SST yang dikenakan sebelum ini mempuanyai beberapa kelemahan tersendiri kepada ekonomi negara termasuk boleh disalah guna oleh sesetengah pihak.
Contohnya, ada pengusaha kedai makan yang mengenakan cukai jualan 5%, tetapi bayaran cukai itu masuk poket mereka sendiri dan caj cukai yang sepatutnya memberikan manfaat kepada negara hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.
Ini sudah tentu mengurangkan lagi hasil negara. Malah agensi antrabangsa seperti Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia sudah lama menegaskan bahawa sumber percukaian negara ini adalah terlalu kecil kerana hanya bergantung kepada 1.5 juta pekerja yang membayar cukai pendapatan dan pergantungan keterlaluan negara kepada pendapatan minyak yang menyumbang lebih 40 peratus daripada pendapatan kerajaan persekutuan.
Dalam pelaksanaan GST yang bakal diperkenalkan nanti, beberapa barangan keperluan asas pengguna dikecualikan daripada GST seperti produk sayuran, beras, gula, garam, tepung dan minyak masak, daging serta perkhidmatan bagi elektrik dan air.
GST dikatakan adalah sistem percukaian yang lebih cekap kerana dikutip pada setiap peringkat.

Ini bermakna, cukai tidak dikenakan kepada pengguna sahaja sebaliknya turut dikenakan kepada pengilang, pemborong, dan juga peruncit yang tidak dikenakan dalam pelaksanaan SST sebelum ini.
Pelaksanaan GST adalah baik jika sekiranya kerajaan dapat mengurangkan cukai pendapatan dan korporat.
Ini kerana pembayar cukai sudah tentu terpaksa menanggung kos yang berganda, dengan lebihan pendapatan yang perlu dikenakan cukai, mereka turut perlu membayar GST dalam masa yang sama.
Negara Singapura contohnya, menggurangkan cukai pendapatan dan korporat sebaik melaksanakan GST.
Saya kira GST mempunyai banyak kelebihannya, jika tidak tak mungkin ianya telah digunapakai di 143 negara bermula di Perancis sejak 1950-an lagi. Tentu ianya lebih baik daripada SST.

Jumaat, 27 Mei 2011

Memahami Konsep 1Malaysia

Kefahaman mengenai konsep 1Malaysia "Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan" mungkin ramai yang yang belum faham,ramai yang faham dalam bentuk mudah.Hidup dalam satu negara tiada sempadan kaum.Tetapi masih ramai yang tidak faham maksud sebenar.
Konsep 1Malaysia
- Gabungan Konsep perpaduan berteraskan ciri-ciri Perlembagaan Negara dalam usaha menuju negara maju tahun 2020.semua perkara ini berkait rapat dengan Ketamadunan Bangsa.Asas pembentukan Negara adalah Perpaduan yang bermula pada Zaman "Bapa Kemerdekaan" YTM Tunku Abdul Rahman.Melalui perpaduanlah kita kecapi kemerdekaan.Kemudian diteruskan oleh Tun Abdul Razak,"Bapa Pembanggunan"yang membangunkan negara dengan penubuhan Felda dan lain-lain.Selepas itu era Tun Hussien Onn yang lebih dikenali sebagai "Bapa Perpaduan" yang menyatukan pelbagai etnik dalam Negara Malaysia ini.Seterusnya di pacu oleh Tun Mahathir Mohamad(Dr.M) dengan pelbagai penerapan dan fokus kemajuan bagi masyarakat Malaysia ketika itu.Tun Abdullah pula mengambil alih dengan wawasan Islam Hadhari.Akhirnya Lahirlah Dato'Seri Najib sebagai penyambung wawasan terdahulu dan mencipta Gagasan 1Malaysia.Didalam Konsep gagasan ini kerajaan memfokuskan 8 nilai aspirasi iaitu
1.Budaya Kecemerlangan
2.Ketabahan
3.Rendah Hati
4.Penerimaan
5.Kesetiaan
6.Meritokrasi
7.Pendidikan
8.Integriti
Kerajaan memfokuskan 4 bidang keberhasilan negara yang utama(NKRA)iaitu
Pelajaran,Pendapatan,Pengangkutan Awam dan Infrastruktur Desa untuk ditingkatkan dan 2 perkara perlu diturunkan iaitu Kadar Rasuah dan Kadar jenayah.Sasaran kerajaan sebelum 2012.Tamadun Bangsa pula terbahagi kepada dua iaitu Yang Boleh Dilihat sebagai contoh sekolah,jalanraya,jambatan danyang kedua adalah Yang Tidak boleh dilihat iaitu kesetiaan,Randah Hati,ketabahan dan integriti.Penghayatan dan Pemahaman terhadap Rukun Negara harus dijadikan elemen integral yang nyata serta perlu difahami.
1MALAYSIA.RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Generasi FELDA....apa cerita?

Aku anak Felda.Darah aku darah UMNO tetapi aku musykil.Dalam kita perlukan sokongan menghadapi PRU 13 nanti,pihak lawan sering mengambil kesempatan terhadap kelekaan kita.Bayangkan 14 rancangan Felda di DUN P.Tawar ini akan "mengeluarkan" seramai 5000 pengundi baru sekaligus akan menentukan pucuk pimpinan kerajaan di Parlimen Jerantut ini.Percaya atau tidak inilah realiti yang perlu kita tangani.Masalah-masalah yang ditimbulkan oleh pihak lain biarpun retorik tetapi itulah yang diperlukan oleh generasi FELDA ini.Janji-janji politik terdahulu perlu ditunaikan,jangan hanya megah dengan program-program yang tidak memberi kesan kepada masyarakat terutama generasi muda.Rata-rata genersai muda di kawasan FELDA ini menuntut kemajuan infrastruktur dan kemajuan ekonomi dan bukan perlawanan bolasepak dan sukaneka yang hanya sekadar hiburan.
Felda telah mengariskan panduan dan Teras untuk dijelmakan sebagai sebuah kenyataan tetapi bagaimana keberkesanan garis panduan itu dilaksanakan?Kalau hanya pihak atasan memeras otak memikirkan apa jua perancangan yang akan dilakukan tetapi bagaimana pula mereka-mereka yang berada di pejabat-pejabat felda dikawasan.Adakah mereka melaksanakan tugas mereka?Aku bukan nak salahkan mereka tetapi kadang-kadang aku kesian dengan pegawai-pegawai tertinggi memikirkan apa yang mereka nak lakukan tetapi sampai sekarang tiada apa lagi perkembangan positif yang berlaku..
Aku memikirkan banyak perkara yang perlu diambil perhatian serius dalam menanggani masalah ini.Aku antara ribuan anak peneroaka yang mahukan perubahan.Antara perkara yang perlu diambil perhatian serius oleh kerajaan dan FELDA adalah
1.Perumahan Generasi FELDA
-Rata-rata yang tinggal di Felda masih lagi tiggal bersama ibubapa dan yang amat sedih sekali aku antara mereka.Apa yang mereka mahu bukan rumah yang disiapkan oleh kerajaan sebab mereka tak mampu nak beli.Nak beli macam mana nak buat loan dengan bank pun tak lepas sebab slip gaji tak ada,sebab kerja ladang,gaji tak masuk bank,penyata tak ada.Tapi rata-rata mereka mampu,duit banyak setakat nak buat rumah rm100 ribu tu kebanyakannya terlebih mampu cuma kalau Felda/Kerajaan suruh beli rumah memang tak layak.Bukan sebab Duit tapi sebab kelayakan pinjaman.
-Tapak rumah yang ditinggalkan/kosong perlu diberikan kepada anak peneroka untuk mendirikan rumah dengan cara bagi tempoh dan syarat-syarat tertentu.Kalau masih tidak siap juga,bagi kat orang lain jadi lepas tu jangan nak salahkan orang pulak
2.Projek Ekonomi Felda
-Projek-projek ekonomi ni aku rasa tumpukan kepada generasi Felda.Perlaksanaan yang menyeluruh perlu dibuat.buat secara besar-besaran.bukankah Felda nak jadi "Gedung makanan negara".Setiap satu kawasan jadikan tumpuan bagi satu jenis projek ekonomi.Bayangkan kalau dah semua Felda buat macam tu(54 parlimen ada Felda)tak ke boleh control ekonomi?
3.Universiti Felda
-sekarang dah makin ramai anak peneroka Felda yang dah berjaya,Cadangan aku untuk meramaikan lagi masyarakat Felda ini berjaya wujudkan Universiti Felda.Sekurang-kurangnya Felda tidak ketandusan pegawai-pegawai yang berintergriti nanti.lagi satu,dalam bahasa yang tidak rasmi akan wujud universiti yang dipenuhi oleh kaum bumiputra selepas UiTM.

Mungkin apa yang aku tulis ni agak merapu,tapi itu kenyataan yang harus kita teliti.jangan pandang remeh.perkara yang kecil kalau tidak ditanggani sebaik mungkin akan jadi barah nanti.Janji-janji pembangkang dah berlambak tapi kalau dah ada yang terpedaya dengan janji itu dengan dogengan borang-borang,tak mustahil makin ramai lagi yang akan terpedaya nanti.Renung-renungkan................

PAS Parti Islam?





Firman Allah dalam Al Baqarah ayat 4 -10 yang bermaksud :--

"Dan orang-orang yang percaya kepada apa (kitab Al Quran) yang diturunkan kepadamu,begitu juga mereka percaya kepada apa (kitab2) yang diturunkan sebelum kamu.Dan mereka yakin akan adanya hari akhirat.Mereka yang mendapat hidayah dari Tuhannya.Dan mereka yang menang (dunia dan akhirat).Sesungguhnya orang2 kafir sama saja engkau beri peringatan atau tidak.Mereka tetap tidak beriman.Allah telah menutup mata hati mereka dan pendengarannya.Dan pada penglihatan mereka ada penutup (sehingga mereka tidak dapat melihat).Mereka akan mendapat azab yang berat.Di antara manusia ada yang berkata,kami iman pada Allah dan adanya hari akhirat,padahal mereka tidak beriman.Mereka mengira dapat menipu Allah SWT dan orang2 beriman.Dan sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri.Dan mereka tidak menyedari.Dihati mereka ada penyakit.Allah SWT menambah penyakitnya.Mereka akan mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta".

Jika benarlah PAS memperjuangkan Islam pemimpin-pemimpin dan penyokong mereka akan mengikuti segala apa yang telah Allah dan Rasulnya ajar didalam kalamNya.Andainya benar mereka antara orang2 yang bertakwa dan mengikuti segala anjuran Allah dan RasulNya.

Rukun Iman 6 perkara

1.Percaya kepada Allah
2.Percaya kepada Malaikatnya
3.Percaya kepada Kitabnya
4.Percaya kepada Rasulnya
5.Percaya kepada hari akhirat
6.Percaya kepada Qada' dan Qadar

Pemimpin2 PAS sering berdolak dalik apabila berkata,selain itu pemimpin PAS juga sering menidakkan apa yang tersurat mahu tersirat dalam Al Quran mahupun hadis.Sifat2 orang munafik jelas tergambar dalam firmanNya diatas begitu banyak terdapat pada pemimpin2 PAS.Mereka pemimpin PAS bukan saja tidak mengamalkan apa yang telah disarankan oleh Allah dan NabiNya.

Mereka percaya kepada Allah namun mengingkari apa yang disarankan olehNya didalam Al Quran.Segala peringatan yang Allah beri mereka permainkan dan memperolok.Kata-kata Nik Aziz yang mereka anggap sebagai ulamak berkata bahawa Allah Tuhannya mencarut jadi tidak salah mereka pengikut PAS mencarut.Layakkah Allah disamakan dengan sifat manusia yang serba kekurangan ?.

Begitu juga dalam soal dasar Allah dan NabiNya menyeru agar setiap hambaNya mentaati pemerintah dan bersatu padu Sesama Islam.Namun pemimpin2 PAS menolaknya dengan menyeru pengikut2nya agar menentang kerajaan dengan pelbagai cara mereka cuba menjatuhkan kerajaan.

"Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah pula kepada Rasulullah dan pemerintah dari kalangan kamu".
An Nisa' ayat 59.


Mereka percaya kepada RasulNya tetapi mereka ingkar dengan saranan baik dari apa yang mereka percayai.Demi kuasa mereka sanggup memutarbelitkan apa yang dikatakan oleh Allah dalam kalamNya dan Rasul dalam Nasnya.Mereka memusuhi UMNO dan menghasut agar rakyat membenci kerajaan ,sedangkan pemimpin2 UMNO itu sediri adalah seorang Islam dan telah banyak membawa kebaikkan kepada Islam dengan menjadikan negara sebagai salah satu negara Islam terbaik dan mendapat pengistirafan antarabangsa.

Nabi saw begitu menekan dalam hadisnya yang di riwayatkan oleh Muslim 6/23 yang bermaksud :--

"Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya,maka barang siapa mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah terlepas diri...dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat,akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya"."Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah).Baginda menjawab :Jangan! selagi mereka mendirikan solat dikalangan kamu"

Mereka pemimpin PAS lebih rela bersetongkol dengan DAP musuh Islam dan bangsanya nyata dari berbaik dengan UMNO.Pada Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS sebulat suara mengatakan "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara,menjadi kafir atau haram".



Mereka yang memberi hukum namun mereka yang mengingkarinnya dengan bersetongkol dengan DAP.Dalam tahun 1969 akibat dari persetongkolan itu maka terjadilah peristiwa rusuhan kaum iaitu 13 Mei,inilah akibatnya bila hukum dipermainkan dan rakyat dihasut.Apakah ini bukan mempermainkan hukum Allah dan NabiNya???.

Pada 4 Ogos 2001 Nik Aziz berkata "Bukan saja dalam manifesto dalam perlembagaan PAS sendiri tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam.Dia (DAP) boleh tengok sendiri dan b aca perlembagaan itu".


Begitulah kemunafikan para pemimpin PAS sehingga agama dipermainkan demi kuasa.Mereka sanggup berbohong dengan rakyat dan memutar belitkan apa yang telah dikata.Mereka lupa bahawa Allah itu Maha Mengetahui apa yang dikata walau hanya dengan bisikkan saja.Jika nak dihuraikan pembohongan pemimpin PAS kepada rakyat ,jika ditaip satu naskah penuh pun tidak tertaip,jika mengunakan dakwat satu tong besar pun tidak akan cukup.

Di dalam pilihanraya 1990 dan sebelumnya, iaitu sejak golongan ulama menguasai PAS, mereka telah menggunakan ayat “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan” sebagai dalil yang mengharamkan umat Islam mengundi calon wanita dari Barisan Nasional.

Ia menjadi isu besar di dalam PRU 1990, bila berlaku pertandingan di antara calon lelaki dari PAS menentang calon perempuan dari BN dalam perebutan kerusi DUN Selising di Pasir Puteh Kelantan.

Bagi memastikan calon mereka menang, PAS telah mengharamkan para pemilih mengundi calon perempuan BN bernama Cikgu Hajjah Wan Esah Binti Nik Hassan.
Dalil yang digunakan ialah ayat 34 Surah An Nisa’ yang ditafsirkan oleh mereka sebagai larangan Allah S.W.T kepada umat manusia dari mengangkat calon perempuan menjadi wakil rakyat. PAS juga telah menggunakan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari yang berbunyi,
"Tidak akan beruntung suatu kaum yang mereka menyerahkan urusan mereka kepada seorang wanita”

Sebelum 1990, PAS pernah meletakkan calon wanita di dalam PRU awal yang disertainya tetapi selepas golongan ulama’ menguasai parti itu, ia telah mengharamkan perletakan calon wanita berdasarkan apa yang mereka katakan sebagai larangan Allah S.W.T.
Sebelum 1990, PAS pernah meletakkan calon wanita di dalam PRU awal yang disertainya tetapi selepas golongan ulama’ menguasai parti itu, ia telah mengharamkan perletakan calon wanita berdasarkan apa yang mereka katakan sebagai larangan Allah S.W.T.

Namun begitu, bermula 2004 PAS kembali membenarkan calon wanita bertanding untuk PAS. Bagaimanapun perletakkan Normala Sudirman sebagai calon PAS di dalam PRK DUN Tenang memanaskan semula isu ini, terutama bila BN meletakan calon lelaki menentang calon wanita PAS itu.

Pengakuan Naib Presiden PAS semalam dalam temubual dengan wartawan dari Berita Harian akhirnya membongkar apa yang berlaku secara dalaman di dalam Parti Islam SeMalaysia itu.
Calon PAS Normala Sudirman juga turut menimbulkan kontroversi bila enggan bersalam dengan lelaki cina yang ditemuinya di dalam kempen.
Apabila ditanya oleh wartawan tentang insiden tersebut, Normala menyalahkan UMNO yang dianggap gagal menjelaskan tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam walau sudah memerintah Malaysia selama 53 tahun.
Jawapan yang berlandaskan akal yang cetek oleh Normala itu menimbulkan kemarahan banyak pihak. Sehingga ada sesetengah pihak mengugut untuk menyiarkan beberapa keping gambar beberapa pimpinan tertinggi PAS bersalaman dengan wanita bukan muhrim

Mereka kata percaya kepada Qada' dan Qadar Allah tetapi mereka menafikannya dengan menghasut,membohong, manipulasi dan sebagainya aslkan mereka dapat berkuasa walau tergadai maruah diri,agama dan bangsa.

Sifat2 munafik pemimpin PAS sangat merbahaya dalam masyarakat.Tidak boleh dipercayai.Lain dimulut lain dihatinya.Musuh dalam selimut ,musang berbulu ayam kepada agama dan bangsa.Sikap mereka ini lebih merbahaya dari orang-orang kafir musuh yang nyata.

Sifat kemunafikannya begitu ketara dengan membuat rakyat berpecah belah dan ini sangat tidak baik kepada agama,bangsa dan negara.Segala seruan dan pengajaran yang diberi samada dari KalamNya mahupun hadis supaya mengikut jalan yang benar tidak mereka hiraukan.Apa yang ada dalam pemikiran hanya untuk menghancurkan pemimpin yang ada dan seterusnya berkuasa sehingga segala yang diharamkan dalam Al Quran dan hadis mereka permainkan.

Begitulah mendalamnya sifat munafik dalam hati mereka pemimpin dan pengikut PAS.Sifatnya suka menjilat dan pembohong dengan mengikut saja apa telunjuk DAP dan PKR.Mereka pemimpin mahu pun pengikut PAS sering memutar belitkan apa yang dikatakan oleh pemimpin2 UMNO lain yang dikata lain pula mereka pesongkan.


Allah SWT mengutuk mereka dengan terumbang ambing penuh kesesatan bersama DAP ibaratnya berdagang selalu rugi.
Ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..Fahamilah dan Halusilah segala yang tersurat mahupun yang tersirat di dalam Al Quran mahupun Hadis.Bacalah dengan kusyuk dan penuh pemahaman gunakanlah akal yang diberi demi agama,bangsa dan negara.