Khamis, 29 Disember 2011

Mahu Tapi Tak Mahu?

Isu-isu yang berlaku setiap hari dibongkarkan oleh pembangkang amat dikesali.Walaupun umumnya tidak tahu tahap kebenarannya namun ianya dikesali kerana tiada respon dari mereka-meraka yang dituduh.Penjelasan-penjelasan yang sewajarnya dilakukan untuk menangkis tohmahan yang dilemparkan tidak dilakukan oleh pihak berwajib.Seolah membiarkan DS Najib yang berjuang untuk mengekalkan kekuasaan BN tetapi orang lain hanya tengok dan lihat sahaja.PR tidak releven tetapi BN tidur dengan nyenyak.Kata-kata Presiden bagai mendodoikan tidur.Sekali sekala ada yang mengigau hingga mencetuskan kontroversi.Lubuk semakin dituba  dan segala kebaikan sebelumnya tidak lagi kelihatan dek kontroversi yang dicipta.Kalau setakat mengigau biasa tak apa tetapi memberi kesempatan kepada orang lain untuk memanipulasi keadaan.Habis semua bergoncangan.Bimbang nanti..orang bersama kita lari tinggalkan kita sebab takut orang yang mengigau tadi meracau dan meroyan lebih teruk.

Isu NFC..?
Mana pergi pihak terlibat bagi menjawab dan membuktikan kebenaran??
Kenapa tiada tindakan kepada pemfitnah?



Isu FGVB?
Mana Pegawai-pegawai Felda yang seharusnya memberi penerangan sewajarnya kebaikan FGVB ini?
Relevenkah Tan Sri Isa di situ?
Selamatkan generasi Felda dan pelabur asal KPF 5 tahun akan datang?


Isu IB?
SPRM akan jawabkan???




Lepas ni Isu apa lagi?????

Ahad, 27 November 2011

Transformasi dan nilai..

Semalam aku berborak dgn beberapa org yg boleh aku katogerikan sebagai Pro-pembangkang..niat aku bukan nak berdebat ataupun mencari sakah mana-mana pemimpin.Perbualan kami berlanjutan hingga beberapa jam.Dalam pelbagai isu yang aku soalkan kepada mereka aku semakin pasti bahawa mereka bukanlah seperti dahulu yg boleh dikatakan sebagai "taksub" kepada parti pembangkang.Semua ini semakin kendur kalau nak dibandingkan 2 tahun lepas.Ini kerana penangan DS Najib dengan pelbagai program transfomasi yg beliau laksanakan semakin mendapat tempat dihati rakyat.
Cuma kini apa yg DS Najib laksanakan diburukan dgn pelbagai isu yg beliau tidak terlibat lansung,tetapi sebagai pemimpin utama negara,sebagai Ketua UMNO secara tidak langsung beliau harus berbuat sesuatu untuk menjernihkan kembali keadaan tersebut.
Kembali dgn apa yg aku bincangkan semalam,mereka ini sebenarnya faham situasi negara dan situasi semasa.tapi apa yang mereka persoalkan,dimana jentera dan tentera BN @ UMNO bila di ajukan pelbagai isu oleh pembangkang?mengapa perlu mengambil masa yg lama untuk menjawab persoalan-persoalan yg dilemparkan?
Disini aku senaraikan persoalan yg masih tidak dapat jawapan yang sebenar.

  1. Isu PPSMI-Mengapa perlu mengambil masa yang begitu lama untuk dimansuhkan sedangkan kementerian sudah tahu sejauh mana keberkesanan kokurikulum tersebut untuk pelajar-pelajar di luar bandar.
  2. Isu NFC-Apa yang menjadi persoalan mengapa dana yang dipohon atas dasar penternakan disalahgunakan untuk membeli unit kondominium?
  3. Isu Felda(FGVB & Hutang Peneroka Felda)-Kenapa pegawai-pegawai Felda terus membisu dalam hal tersebut?
Perkara-perkara ini yang akan menjejaskan persembahan DS Najib dalam mengecapi kecemerlangan era Tranfomasi beliau..

Jumaat, 23 September 2011

Isu-isu sekarang..Apa Rasionalnya?

salam...
Dah lama aku x menulis dalam blog ini...bukan tak ada idea..tapi malas nak memikirkan isu-isu semasa sekarang...Kebanyakan isu yang berlaku sekarang ini betul-betul hanya isu politik yang tidak memberi makna kepada masyarakat.Sebenarnya isu-isu macam ini tak payah nak diperbesarkan..rakyat di Malaysia ni semua dah cerdik pandai..Kadang-kadang meluat bila dipaparkan isu-isu yang sama berulang kali...orang kata tak ada faedah langsung...Aku bukan nak menghentam media-media kerajaan,malah tak ada niat pun nak salahkan sesiapa..tetapi aku ingin tegaskan bahawa Rakyat Malaysia sekarang semua dah cerdik pandai..Boleh memikirkan yang mana baik dan buruk..Yang mana betul dan salah...
Kalau nak dikira isu Anu War..orang dah muak..tetapi bila dah lebih-lebih..maka kerajaan pulak disalahkan..sekarang timbul isu Mat SABOON dgn kes komunis dan polis..orang pun tak nak ambik pot..orang caj mat SABOON ni gila je..timbul pulak isu hudud...semua ni nak cari publisiti..semua dah tertulis dalam skrip PRU13..tapi yang aku angin sekali..kenapa la orang-orang media ni menari ikut rentak pembangkang tu...Layan sangat isu tu sekaligus bagi publisiti murahan kat mereka...Ni teknik politik yang murah dan popular..Tapi pedulikah pengundi-pengundi PRU13 pasal isu-isu macam ni?
Sepatutnya Jangan dilayan sangat isu-isu remeh tu..Fokus terhadap kebajikan dan Pembangunan Rakyat..Para YB-YB buat kerja masing-masing..jangan dok tidoq harap status parti ja...orang sekarang bukan tengok Parti dah...Pengundi tengok calon dan cara kerja mereka...itu yang paling utama...bukan cerita pasal buruk orang..caci maki orang...Yang Penting..misi dan visi...Parti merupakan lambang..tp kalau YB dari parti yang bagus asyik tidoq lena makan bersuap...alamat hancuq la parti tu...
Fikir-fikir2kan.....

Ahad, 26 Jun 2011

Bersih VS Patriot VS Perkasa :DAP ketawa gembira

Sekarang ini ramai yang berceritakan mengenai perhimpunan yang akan berlaku pada 9 Julai nanti.Ia akan tercatat dalam sejarah negara.Sama ada perhimpunan ini akan menjadi perhimpunan secara aman atau pun akan menjadi titik hitam kepada negara.Mungkinkah peristiwa 13hb Mei 1969 akan berulang?Kita tidak pasti dengan agenda itu.
Bersih,Patriot Dan Perkasa masing-masing mahu menjadi hero.aku bukan nak memihak kepada mana-mana,tetapi apa yang aku kesalkan semua ini adalah detik kejayaan agenda DAP dalam memecah belahkan masyarakat Malaysia.Detik kejayaan Anu War dalam memporakperandakan kestabilan negara.Aku Hairan bila Khairy(Ketua Pemuda UMNO) dan Ibrahim Ali juga mengikut jejak langkah yang dilakukan dengan turut sama berhimpun biarpun dalam ediologi berbeza.Persoalan yang bermain dalam fikiran aku,Kenapa tidak serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa sahaja?Bukankah kita memiliki PDRM dan FRU untuk menangani perkara ini?Kenapa harus berhimpun?
Hanya Mereka yang mampu menjawab persoalan ini...

Isnin, 20 Jun 2011

Anwar...Anu War...

Hari ini keluar di akhbar mengenai sikap Anu War yang sering memperdaya orang untuk kepentingan peribadinya.Tidak hairanlah masyarakat lain mudah terpedaya.Zulkifli Noordin,seorang peguam yang pernah menjadi peguam bela kepada Anu War juga mudah diperdaya inikan pula orang lain.Anu War mengambil pendekatan menggunakan orang lain demi kepentingan peribadi.Walau apa cara,yang penting matlamat diri tercapai.Begitu juga dengan kisah 16 Sept,ramai tertipu dengan beliau.Anu War sanggup menggunakan nama orang lain asalkan way to Putrajaya dapat direalisasikan.Aku tidak hairan jika ada segelintir wakil-wakil rakyat yang terpengaruh dengan budaya beliau.Anu War telah berjaya mengubah presepsi masyarakat walaupun semua sudah tahu kegiatan buruk namun dek kerana sikap yang alim kucing itu mampu mengubah segalanya.Pak-pak Jangoat pun dah ramai terpedaya.Anu War menghalalkan cara dengan begitu licik sekali.Kalau calang-calang orang akan mudah tunduk mengalah kepada beliau.
Begitu juga kisah yang terkini,beliau cuba menggunakan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai alat untuk mengalih perhatian masyarakat terhadap tuduhan yang beliau hadapi.Memaksimumkan sokongan dari PAS setelah Puak Anwarinas berjaya menguasai parti tersebut.Memaksimumkan sokongan dari Majlis Peguam setelah beliau mendapat sokongan dari bekas Pengerusi Majlis Peguam(S.Ambiga)yang dikenali dengan kekuasaan dalam IFC.DAP juga sememangnya mengambil Kesempatan dalam keadaan ini dengan tujuan kononnya mengembalikan Ketuanan Rakyat(menjadikan Republik Malaysia).Inilah yang beliau buat untuk menghalalkan cara demi WAY TO PUTRAJAYA.
Anu War amat berdendam terhadap Tun Mahathir kerana Tun lah orang yang mengagalkan hajat Anu War untuk menjadi Perdana Menteri pada masa dahulu.


Khamis, 16 Jun 2011

Taksin & Anwar lancar pemikiran yang sama

Aku pelik kenapa mereka-mereka itu teringin sangat nak buat demonstrasi Bersih 2.0.Dahulu mereka pernah laksanakan pada 2007 dan hasilnya mereka berjaya memenangi 5 negeri dan kini nak buat lagi.Aku dapat rasakan banyak agenda politik mereka ni.Boleh aku katakan demontrasi ini adalah pemikiran yang sama digunakan oleh Taksin di Thailand.Nak kata kebetulan mungkin tidak sebab Anu War dan Taksin adalah dari acuan yang sama.Pendekatan dalam politik yang mereka lakukan adalah sama.
Berbalik kepada Bersih 2.0,aku setuju dengan beberapa orang politik yang mengatakan bahwa Pehimpunan Bersih ini hanya untuk mengekalkan momentum rakyat terhadap kebencian kepada kerajaan.Setelah mereka rasa tergugat dengan apa yang dilaksanakan oleh DS Najib kepada rakyat sekarang.Kalau diambil kira dari keputusan pilihanraya kecil semenjak 2008,keberkesanan pemerintahan DS Najib dan penerimaan rakyat terhadap kerajaan amat jelas.Ini menimbulkan rasa curiga kepada mereka-mereka dalam pembangkang terutamanya Anu War yang terlalu idamkan takhta Perdana Menteri hingga sanggup menghalalkan cara kerana apa yang penting "Aku Jadi Perdana Menteri".
Kisah 16 September kononya ramai ahli parlimen kerajaan akan lompat parti dan janji-janji pelbagai jawatan kepada orang-orang kanan beliau untuk dijadikan menteri kanan kerajaan sekiranya PR memerintah tapi hasilnya ramai orang kanan telah pergi meninggalkan beliau.Orang kanan yang tertipu itu bukan calang-calang orang tetapi mereka yang boleh dikatakan rapat pun tetap ditipu.
Besih 2.0 ini hanya untuk menghimpunkan ramai orang yang terpedaya dengan janji-janji Anu War dan orang yang tidak pernah kenal erti terima kasih kepada kerajaan.Oleh itu tidak mustahil jika perkara ini gagal maka Anu War akan bertindak seperti Taksin yang menjadi pelarian politik ke negara yang menyokong beliau.Walaupun beliau ke Turki(kononnya negara Islam) tetapi kita harus tahu dalangnya adalah AMERIKA lahanat!

Rabu, 15 Jun 2011

Pecat Gelaran Datuk Seri dari Anwar Al juburi

Kadang-kadang aku terfikir mengapa inititusi di raja tidak menarik balik gelaran "Datuk Seri" dari orang yang menjadi mastermind dalam menjadikan negara ini tidak stabil.Mengapa masih diberi gelaran itu dan memberi segala kekebalan di sebalik title itu?Pelbagai perkara yang dilakukan jelas mencabar kewibawaan institusi Diraja.
1.Kes-kes mahkamah masih belum selesai.Kes liwat terhadap Saiful Bukhari masih dalam perbicaraan.Walaupun kes ini sudah berlarutan selama hampir 3 tahun(bermula 2008)namun tetap belum selesai.Dengan title yang beliau miliki digunakan secukup rasa.
2.Reformasi jalanan yang cukup untuk menggugat keharmonian di Malaysia sering beliau lakukan
3.Memburuk-burukan negara diamata dunia secara terang-terangan dibuat hinggakan pernah suatu ketika angkara Anu War lah Indonesia telah melaungkan slogan Ganyang Malaysia.
4..Isu ketuanan rakyat yang dilaungkan secara jelas mengambarkan beliau mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Republik.


Jadi aku berharap agar Majlis Raja-Raja dan kepimpinan Negara agar memeandang serius perkara ini.Bukan kerana apa.kalu dibiarkan Pengkhianat negara ini terus berkuasa kelak kita akan menerima azabnya.

Ambiga Sereenevasan Dan IFC? Apa Agenda?



DIALOG ANTARA IFC YG DITERAJUI OLEH AMBIGA SEREENEVASAN DAN The Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN), Yg sedih tu PAS pulak yg sibuk2 menjadi perantara dgn memberi penjelasan berkaitan inisiatif IFC untuk bertindak sebagai badan suruhanjaya hak keatas golongan murtad..........

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemuda PAS (Perlis), Suruhanjaya Interfaith adalah:- sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: Islam) akibat desakan penganut agama lain.
- Badan ini berfungsi mirip sebuah Mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit.
- Suruhanjaya harus setiap saat secara bebas melakukan fungsinya sebagai badan penasihat, konsultatif dan damai
- untuk mempromosikan kesedaran akan prinsip dan keyakinan dari pelbagai agama dan kepercayaan dunia (pasal 5 (1) (a)
- untuk menasihati Kerajaan dan / atau pihak berkuasa yang relevan dari aduan terhadap pihak berkuasa tersebut dan mengesyorkan kepada Kerajaan dan / atau kuasa seperti langkah yang tepat yang akan diambil (bahagian 5 (1) (b)
- menyelesaikan pertikaian atau membaiki perbuatan atau kelalaian, yang berasal dari atau merupakan pelanggaran harmoni keagamaan dengan cara pengantaraan, perundingan atau perdamaian (pasal 5 (1) (i)

Sekutu Jawatankuasa Penyelarasan Islam NGO (ACCIN) menunjukkan bahawa ada agenda tersembunyi pada bahagian penyelenggara Inisiatif. ACCIN menyatakan:

TERDAPAT AGENDA TERSEMBUNYI
- IFC cuba untuk memotong dan merampas kuasa Negara Islam Badan Keagamaan
- IFC akan melewati Mahkamah Syariah
- IFC mahu menggunakan Mahkamah Sivil untuk memutuskan Matters Agama Islam
- Pembentukan IFC merupakan gangguan pada Intra-Negeri Muslim (BUKAN Hal Antar-Agama) (sic)
- IFC akhirnya akan melanggar hak-hak kaum Muslim untuk melaksanakan Islam sesuai dengan ajaran Al-Quran dan Hadis
ACCIN menyatakan:
Pihak Penaja jelas menunjukkan sikap yang anti-Islam. Ini adalah kerana beberapa memorandum yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini seperti berikut:

Seseorang Muslim patut diberi hak untuk meninggalkan Islam walaupun agama Islam tidak membenarkannya;
Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan (dilihat dari aspek pelbagai dokumen antarabangsa mengenai hak asasi manusia dan hujah-hujah kes mahkamah di negara-negara bukan Islam) seharusnya diguna-pakai dalam menentukan hak seseorang Muslim memilih untuk murtad, dan bukannya undang-undang syarak;
Untuk memudahkan proses murtad Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang seharusnya diberi kuasa menentukan hak seorang Muslim itu keluar dari agamanya;
Usaha yang diambil oleh Pihak Berkuasa Syariah Negeri memulihkan orang-orang yang bakal murtad dipertikaikan;
Istilah Muslim di bawah Undang-undang Enakmen Negeri terlalu luas walaupun didapati konsisten dengan undang-undang Syariah;
Seseorang itu tidak harus dianggap Muslim hanya disebabkan kedua ibubapanya Muslim atau beragama Islam atau dalam keadaan lain berdasarkan Undang-undang Syariah. Individu berkenaan sepatutnya membuat pilihan atas kehendaknya sendiri;
Agama seseorang Muslim itu tidak sepatutnya tercatat pada Kad Pengenalannya.



Isnin, 13 Jun 2011

Mekarnya Puak Anwarinas Dalam PAS.

Aku tidak terkejut malah aku memang menjangkakan perubahan besar di dalam PAS yang aku namakan Puak Anwarinas Se Malaysia apabila tewasnya golongan Ulama seperti Ust.Nassaruddin tempoh hari.Aku memang menjangkakan golongan ini akan terus dipinggirkan demi tujuan politik bersekongkol dengan DAP yang jelas menolak Islam(Melayu).Nama-nama besar yang ada di dalam PAS seperti Datuk Dr Hasan Ali yang secara lantang menyokong kerajaan perpaduan dan pelbagai isu di Selangor telah digugurkan.Turut menerima nasib yang sama adalah Datuk Harun Taib(Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu) dan Pesuruhjaya PAS negeri Melaka dan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan.
Pada dasarnya sebelum ini Tn Guru Hj Hadi juga bakal digulinggkan namun Puak  Anwarinas ini dengan bijak melaksanakan strategi politik mereka.Hj Hadi hanya akan dikambing hitamkan bagi mengaburi mata masyarakat.Mat Saboon aku melangkah dengan penuh gaya bagi memrintah PAS walaupun dia hanya Timbalan Presiden.
1997 dulu beliaulah orang yang melabelkan Anwar sebagai Al juburi dan membawa kisah itu ke seluruh Malaysia namun kini UMNO dituduh pereka fitnah bagi Anu War.

Hidup Mat Saboon!

BANGUN!!!!!!!!! Jangan lena dibuai mimpi.

Aku sedih mengenangkan betapa kini DAP mempermainkan masyarakat Islam terutamanya melayu dengan agenda-agenda halus memecahbelahkan perpaduan.Dan aku amat sedih bila ada orang melayu terutamanya (Ularmak) yang tidak membantah agenda tersebut.Pilihanraya di Masjid adalah agenda sulit yang amat ketara dalam usaha utama DAP ini.Yang aku kesal sekali kenapa tiada rakan-rakan yang alim ulama dalam PR membantah strategi ini?Secara dasarnya pemilihan itu nampak tidak memberi impak apa-apa tetapi secara halusnya inilah yang dilakukan untuk mememcahbelahkan masyarakat.Kenapa aku berfikiran sedemikian?

  1. Bila dilaksanakan pemilihan maka akan tercetusnya beberapa puak yang menyokong dan menentang.Ini akan menimbulkan sikap tidak berpuashati dikalangan jemaah masyarakat dan akan menimbulkan sikap-sikap yang biasa kita lihat dan dengar dalam politik sekarang.
  2. Bila dilaksnakan pemilihan maka akan tercetusnya sikap negatif dikalangan orang yang menjadi calon dan pengikutnya.Orang yang akan menjadi calon akan berusaha untuk menambat hati pengundi dan akan membuat apa sahaja untuk meraih undi.Maka akan timbullah sikap-sikap yang kurang senang dan fitnah dikalangan jemaah.
  3. Bila dilaksanakan pemilihan maka akan tercetusnya pelbagai penentangan terhadap calon yang menang.Ini akan menwujudkan suasana sembahyang dua imam dan mewujudkan program agama yang pada dasarnya baik untuk jemaah tetapi akan berubah menjadi berbeda.
  4. Bila dilaksankan pemilihan maka akan timbullah calon yang ditaja oleh orang yang tidak bertanggungjawab dalam institusi agama ini.Apabila meraka menang maka akan mudahlah puak DAP melaksanakan dasar yang berikutnya bagi tujuan melemahkan Islam dan memecahbelahkan jemaah.
Apa yang menjadi persoalan kepada aku,Kenapa pemilihan ini hanya diaadakan di Masjid dan tidak diadakan di insttitusi agama yang lain seperti Kuil,Gereja dan lain-lain la

Ingatlah,perkara ini pernah dilakukan di Singapura dahulu dan hasilnya jelas didepan mata kita kini.DAP dan PAP amalkan strategi yang sama.Oleh itu bangkitlah dari lena yang dibuai oelh puak-puak yang akan menghancurkan perpaduan selama ini.
Aku menyarankan agar masjid-masjid yang terlibat bangkit dan menentang bagi menggagalkan usaha mereka itu.Jangan biarkan perkara ini berlaku.Pihak Pejabat-pejabat agama jangan terlalu mudah diperdaya.Bukalah mata dan minda.Ingatlah!Di Malaysia ini Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam.Hilang Melayu Hilanglah Islam. 

Selasa, 7 Jun 2011

Anwarinas Mekar Dalam PAS!

Aku tidak terkejut bila Puak Anwarinas Se-Malaysia(PAS) berjaya memegang jawatan tertinggi didalam parti itu.Selama ini merekalah yang beria-ria menutup mulut beberapa ulama di dalam parti dan mereka jugalah yang akan membawa perubahan besar di dalam parti itu nanti.
Modus operandi yang pertama mereka telah berjaya.Mengalahkan beberapa kepimpinan Ulama' yang akan menjadi penghalang dalam mengejar cita-cita mereka.Maka terpinggirlah Ust Nassaruddin dan beberapa orang lagi.Maka terdiamlah Ust.Haron Din kerana apa yang beliau ucapkan tidak mampu diikuti oleh ahli-ahli PAS.
Modus operandi yang kedua pun berjaya mereka laksanakan.Hj.Hadi yang selama ini lantang menentang puak-puak Anwarinas ini akhirnya akur dan mengumumkan PAS kini tidak lagi berjuang untuk menubuhkan  'Negara Islam'tetapi berjuang berteraskan slogan 'Negara Berkebajikan'.
Melaksanakan negara islam bermakna melaksanakan juga konsep kebajikan kerana didalam Islam ada ciri-ciri kebajikan.Tetapi melaksanakan negara kebajikan belum tentu melaksanakan negara Islam kerana bukan semua kebajikan itu islamik.Abu Talib adalah antara manusia yang hebat dalam membuat kebajikan membela/membesar/melindungi/mempertahankan Rasulullah SAW,tetapi beliau tetap kafir.Negara-negara di dunia seperti Sweden dan New Zealand yang dikenali sebagai "Welfare state" tetapi mereka tetap Negara bukan Islam.Mungkin konsep baru ini hanya sekadar retorik politik,tetapi malangnya retorik politik ini kononnya bersandarkan Al Quran.Maka Puak-puak Anwarinas ini bersorak bagai nak gila meraikan kemenangan.Adakah Hj Hadi terlupa puak Anwarinas pernah secara terbuka mencabar beliau meletakkan jawatan?Dan secara terbuka mengatakan Hj.Hadi merupakan penghalang besar mereka ke Putrajaya.Tidak mustahil nanti Hj.Hadi melepaskan jawatan atau dikenakan ISA(Ikut Saja Anwarinas)
Modus Operandi mereka yang ketiga mereka berjaya membuatkan HJ.Hadi mengeluarkan kenyataan secara terbuka mengenai video seks yang membabitkan Anwar.Didalam Ucapan penangguhan itu secara jelas beliau menolak videoklip atas alasan tiada 4 saksi.Kenyataan beliau mengambarkan secara jelas beliau memperlekehkan hukum dan undang-undang Islam,seolah-olah Islam tidak menerima kemajuan sains dan teknologi.Seolah-olah Islam statik dan jumud,tidak mengikuti perkembangan masa!Persoalannya:Sekiranya seorang wanita mengadu dirogol wajibkah beliau membawa 4 orang saksi?Tidak cukupkah DNA,videoklip,CCTV atau beberapa kajian forensikuntuk membuktikan kesalahan itu?
Inilah kejayaan-kejayaan yang dilaksanakan oleh puak Anwarinas ini untuk menukarkan Parti Islam Se-Malaysia kepada Puak Anwarinas Se-Malaysia.Ingatlah,dahulu merekalah yang melabelkan Anwar sebagai Al-Juburi dan mencanang isu salahlaku seks Anwar keserata Malaysia tetapi mereka menjadi penjilat anwar.
Hidup Mat Saboon!

Isnin, 6 Jun 2011

Persidangan UMNO Jerantut

Hari ini aku menghadiri mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jerantut.Sekitar 591 orang perwakilan yang hadir untuk menjayakan mesyuarat pada hari ini.Pertambahan perwakilan amat ketara sekali bila ketua-ketua sayap secara automatik menjadi perwakilan.Dewan Majlis Daerah Jerantut yang menjadi tempat bermesyuarat pun sesak hari ini. Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar..
Hari ini juga mesyuarat dirasmikan oleh Dato Seri Nazri Bin  Tan Seri Aziz,Menteri di JPM.Aku terpesona dengan ucapan yang beliau berikan.Ucapan beliau mengingatkan bahawa UMNO yang ditubuhkan oleh nenekmoyang kita dulu sebenarnya relevan sepanjang zaman.Apa yang penting kita mesti melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan seiklasnya.Jawatan bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan tetapi merupakan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan.Apa yang nenek moyang dulu berikan dan rancangkan merupakan pemikiran yang amat relaven selagi kita berpegang kepada perjuangan asas UMNO iaitu cogankatanya "Bersatu~Bersetia~Berkhidmat".Ini kerana ketiga-tiganya merupakan asas yang utama untuk dilaksanakan dalam perjuangan UMNO

Beliau juga mengingatkan bahawa,dalam usaha memenangi PRU 13 kita perlu menumpukan 3 perkara asas iaitu:
1.Mamahami 'corebussines' UMNO untuk menjaga kepentingan Melayu.Perkara ini telah termaktub dalam Perlembagaan.(Perkara 153 Perlembagaan)
 Definisi Melayu adalah seorang yang beragama Islam yang mengamalkan cara hidup dan mewarisi adat melayu dari nenek moyang yang menjadi tuan kepada tanah air ini.
 Tanah Rezab Melayu yang tidak boleh diambil/diperdagangkan/apa pun jua dan ia telah termaktub menjadi undang utama di setiap negeri-negeri di Malaysia.
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.Perkara ini termaktub didalam fasal 152 Perlembagaan
Agama Islam sebagai Agama Persekutuan(Fasal 3 Perlembagaan)
Hak Istimewa Orang melayu(Fasal 153 Perlembagaan)
Instistusi Raja Melayu(Ketuanan Melayu)Fasal 181 Perlembagaan.-Kedaulatan Raja-Raja melayu melambangkan Ketuanan Melayu.
Untuk meminda Perkara-Perkara didalam Perlembagaan ini perlu mendapat persetujuan dari Majlis Raja-Raja Melayu dan memiliki majoriti 2/3 di Parlimen.Oleh yang demikian,segalanya amat terjamin untuk orang melayu dan UMNO merupakan pejuang bagi perkara-perkara tersebut semenjak nenek moyang lagi dan perkara itu harus terus dipertahankan dan dilaksanakan oleh kita sebagai pewaris bangsa.

2.Memahami erti persahabatan didalam Barisan Nasional
-memandangkan senario penduduk di Malaysia berkapasiti 54.9% adalah Melayu dan 45.1% adalah lain-lain bangsa makan kita harus memahami bahawa UMNO perlu bersama bangsa lain untuk terus memerintah.Bukan bererti kita lemah tetapi pemikiran nenek moyang dahulu jelas jauh memandang kehadapan.Maka Tercetuslah BN sebuah parti politik yang diterajui oleh UMNO bukan hanya untuk melayu malah memperjuangkan keadilan untuk semua kaum.Jelas di dalam Agama Islam yang mahukan umatnya berbaik sesama manusia.
-Kalau kita renungkan kembali apa yang berlaku didalam PAS sekarang,Parti itu mengorbankan Prinsip asas untuk Negara Islam dan berazam untuk menjadikan negara ini sebagai negara berkebajikan(UMNO lebih terdahulu melaksankan kebajikan kepada rakyat) hanya untuk menagih undi dari kaum lain.Ini telah dilaksanakan oleh UMNO lebih 60 tahun dahulu dan dahulu mereka mengecam UMNO kini mereka melaksanakan apa yang UMNO buat.
-Tidak Salah kalau kita sayang Melayu dan kasihkan bangsa lain demi kedaulatan sebuah perjuangan.


3.Winnable Candidate(Calon yang boleh menang)
Ini adalah salah satu kehendak rakyat,kuasa rakyat.Memilih calon yang mereka mahu,mengundi calon yang mereka suka

Namun kesemua perkara itu hanyalah dapat dilaksanakan jika kesemua ahli parti mengamalkan 3 perkara asas yang menjadi slogan parti

  • Bersatu-bersatu didalam konteks tidak bertelegah sesama sendiri.Tiada cantas mencantas demi kebaikan Parti.Dan sentiasa bersama-sama dalam apa jua keadaan
  • Bersetia-bersetia membawa pengertian akur kepada keputusan pucuk pimpinan tanpa sebarang prasangka dan sentiasa membawa sifat dan perasaan kasih kepada parti
  • Berkhidmat-berkhidmat membawa maksud sentiasa bertanggungjawab dengan apa yang ditugaskan demi kebaikan parti dan rakyat.
Jika semua asas ini dilaksanakan,tiada mustahil UMNO melepasi tahap getir pada PRU 13 akan datang.





Ahad, 5 Jun 2011

Penjualan Arak Secara terbuka di Kawasan Melayu?

Pada suatu petang,aku pergi mengisi minyak di stesen minyak SHELL yang baru dibuka secara rasminya di Simpang Jengka 8.Alangkah terkejutnya aku melihat penjualan minuman keras(ARAK) secara terbuka di kawasan yang aku kira tiada langsung bukan Melayu.Aku tidak kisah kalau dia nak jual di Bandar Jerantut atau di Pekan Sungai Jerik(Tongkiat) tetapi ini dah kira macam mencabar sampai benda macam tu dijual di tempat yang dipenuhi umat melayu!
Aku memang pada dasarnya menentang pembinaan SHELL dekat kawasan tu, Bukan sebab aku menentang pembanggunan tetapi secara tidak langsung ia akan membunuh stesen minyak BHP milik Felda Trading dekat kawasan itu.Akan tetapi aku tidak mampu berbuat apa-apa,mungkin ini akan lebih memberi persaingan agar BHP dapat mempertingkatkan mutu kerjanya dan jualannya.Kebetulan pula masa aku nak mengisi minyak semalam di BHP,stok minyak BHP habis jadi aku pergilah ke SHELL yang kebetulan juga baru dibuka tetapi aku memang tidak berpuas hati dengan apa yang aku lihat.
Aku bukan hendak jadi hero tetapi aku berharap pihak yang sepatutnya dapat berbuat sesuatu segera dan jangan mudah dibutakan mata.Penghentian penjualan itu harus disegerakan sebelum menjadi wabak yang dasyat dikalangan generasi baru kawasan ini.
Pihak Pejabat Daerah Jerantut/Pihak Majlis Daerah Jerantut/YB Adun Pulau Tawar/YBM Ahli Parlimen..Jangan main api dengan perkara sebegini kelak buruk padahnya..

Sabtu, 4 Jun 2011

Persidangan UMNO Bahagian Jerantut

Selamat bersidang kepada semua perwakilan yang akan menghadiri PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN JERANTUT yang akan bersidang pada hari esok 5hb JUN 2011.Aku secara pribadi mengharapkan persidangan ini akan menjadi titik tolak kepada kesatuan UMNO Bahagian Jerantut.Kombinasi Kepimpinan Baru dan Lama pasti akan menyerlahkan lagi UMNO di Jerantut.Walaupun sebelum ini dikhabarkan berlaku pelbagai masalah dalaman namun aku berharap esok dengan hati yang terbuka kepimpinan menerima kritikan yang kebanyakkannya untuk kebaikan.Tiada akan terlintas difikiran mereka yang hadir di persidangan esok dengan tujuan untuk menjatuhkan dan melemahkan UMNO Jerantut kerana pada aku mereka yang hadir pada hari esok merupakan tunjang sebenar parti UMNO ini.Ini kerana dalam kesibukan masa mereka yang berhadapan dengan "musim kenduri"namun mereka masih lagi mampu meluangkan masa untuk menjayakan persidangan ini.Tunjang kekuatan ini seharusnya dijaga dan di pelihara dengan baik agar memberi kekuatan untuk terus berdiri dengan megah di bumi Jerantut ini.
Kepada mereka yang menjadi calon G7 esok,berkempenlah secara sihat.Ingat kita sering diperhatikan kini.Sedikit kesilapan kita maka tercalarlah UMNO Jerantut keseluruhannya.Rakyat di Jerantut amat prihatin dengan kita sekarang.Jadilah seorang pejuang UMNO yang berintegriti.
                                                      "SELAMAT BERSIDANG."

Jumaat, 3 Jun 2011

Puak Anwarinas Se-Malaysia

"undi PAS wajib?"
Kita sering diberitahu dan sering kita fahami bahawa PAS,Perjuangan mereka kononnya menegakkan Islam.Namun sejak akhir-akhir ini perjuang ini semakin menjadi celaru dek fatwa-fatwa yang mengelirukan masyarakat Islam se-Malaysia,antaranya"undi PAS wajib""undi PAS masuk Syurga"Bagai mana pula jika mengundi kerajaan yang bersekongkol dengan PAS?
Kita ambil contoh di Sarawak baru-baru ini.Pemerintahan dibawah BN yang dipimpin oleh Pehin Seri Haji Taib Mahmood yang secara jelasnya merupakan seorang Islam dan merupakan ketua kepada BN negeri yang dibawahnya pelbagai kaum namun PAS(yang memperjuangkan Islam) sanggup bersekongkol menyokong Baru Bian(seorang Paderi) sebagai Ketua Menteri untuk mengalahkan Pehin Haji.Adakah itu perjuangan yang wajib bagi orang Islam?
PAS yang dahulunya amat dikenali sebagai Parti Islam Se-Malaysia kini segalanya telah berubah.PAS kini akan dikenali sebagai Puak Anwarinas Se-Malaysia.Setelah ramai puak-puak edragon anwar berada didalam PAS maka begitulah jadinya...fikir-fikirkanlah..

Rabu, 1 Jun 2011

7 amanat Presiden UMNO

Baca Dan Fahami Maksud Sebenar.

Petunjuk Kebenaran?

Hari ini aku nak berkongsi kisah yang dipaparkan oleh Yb Zulkifli Noordin bekas peguam Anu War dan juga bekas orang kuat PKR dahulu.Aku tertarik dengan artikel ini yang menyentuh sikap segelintir alim kucing politik yang berada dalam saf kepimpinan PAS.Dalam artikel ini menceritakan bahawa petunjuk dari ALLAH SWT berada dan berlegar disekeliling kita.Samada kita sedar atau tidak,setelah beberapa kali solat hajat yang dilakukan oleh puak-puak PASdan petunjuk-petunjuk itu semua telah berlaku.Namun masih lagi kita tidak mahu percaya.Aku tak mengatakan ia benar tetapi apa yang bermain di fikiran aku pada 1987 manusia yang kini menjadi Ketua peguam bela Anu War lah yang mengemukan dakwaan bahawa Anu War terlibat dengan salahlaku seks,tetapi kini sudah terbalik.Orang yang dulunya dituduh kini dibela.Pasti ada sesuatu yang pelik disembunyikan oleh si peguam itu.Aku tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut.Sila rujuk link ini:http://zul4kulim.blogspot.com/2011/04/haq-dan-kebenaran.html

Selasa, 31 Mei 2011

Keadilan:Laung atau Lanun?

Aku tertarik dengan rencana yang dikeluarkan oleh akhbar hari ini bila ia menceritakan bahawa dasar-dasar yang dilaksanakan di Selangor kebanyakannya hanya menjadi retorik oleh PR sahaja.Dahulunya di Shah Alam tidak pernah memiliki panggung wayang tapi kini tidak lagi.Panggung wayang berciri 3D bakal didirikan dengan kapasiti 1,300 tempat duduk di kawasan pusat membeli belah di Bukit Jelutong,kawasan yang sama didirikan masjid kedua terbesar selepas Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang dijangka siap tahun depan.Ketika tahun 2005 MBSA mengamalkan dasar tidak membenarkan kewujudan pusat-pusat hiburan di Shah Alam namun segalanya berubah selepas PRU 2008.Segala-galanya telah berubah.Pelbagai pertubuhan yang ditubuhkan di Selangor oleh exco-exco negeri hanya tinggal nama,tiada sebarang perlaksanaan dan fungsi yang dibuat.Beberapa 'kebocoran' telah berlaku antaranya:

  1. Mengeluarkan peruntukan sebanyak RM90 juta sebagai perbelanjaan perantis pilihanraya majlis tempatan untuk memilih ketua kampung.Sedangkan wang sebanyak itu harus digunakan untuk tujuan yang lebih bermanfaat terutamanya menunaikan janji semasa pilihanraya.
  2. Meluluskan RM600,000 dari Akaun Amanah Penswastaan hanya untuk kempen memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA)
  3. Salah tadbir urus di dalam anak syarikat kerajaan negeri seperti Yayasan Selangor yang mengalami defisit sehingga RM70 juta.
  4. Sebanyak RM500,000 dikeluarkan dari Menteri Besar Incorporated(MBI) hanya untuk tujuan membiayai perwakilan PKR menghadiri kongres parti.
  5. Menubuhkan kumpulan Semesta Sdn Bhd(KSSB) yang bertujuan menanggani masalah pasir haram malangnya masalah ini semakin buruk.Fungsi KSSB tidak jelas hinggakan baru setahun beroperasi tetapi sudah menerima bonus enam bulan.
  6. Kelemahan dalam isu defisit belanjawan kerajaan negeri selama 2 tahun berturut-turut(2009-2010).Menteri Besar telah membentangkan anggaran pendapatan sebanyakRM1,430 juta dan membelanjakan RM1,430 juta.Adakah Ini belanjawan berimbang?Sebaliknya dalam dua tahun berturut-turut itu kerajaan negeri telah membentangkan belanjawan tambahan pada penggal kedua dan ketiga sidang Dewan Negeri dengan jumlah sebanyak RM578,445,168.068.Ini bermakna kerajaan negeri mengalami defisit sebanyak RM194 juta.
Dimakah ketelusan dan prinsip-prinsip keadilan yang dilaungkan oleh mereka???

Kesan Kenaikan Tarif Elektrik.Adakah Kita Merasainya?

Aku nak rumuskan isu berkaitan tarif baru elektrik
  1. Struktur tarik baru menyaksikan 75% atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna tidak akan mengalami kenaikan bil bulanan jika mengekalkan penggunaan pada 300 kWj atau kurang(RM77 sebulan).
  2. Penyelarasan yang berkuat kuasa 1 Jun 2011 ini dilakukan selari dengan penyemakan semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung yang berkuatkuasa pada tarikh yang sama.
  3. Bekalan Elektrik percuma kepada pengguna yang bilnya dibawah RM20 dan kerajaan menjangkakan akan menanggung kos RM122juta untuk biayai bekalan percuma ini.
  4. Tarif industri khas ditawarkan kepada sektor industri yang perbelanjaan bil elektrik mereka melebihi 5% kos operasi masih dikekalkan.
  5. Kerjaan akan memperkenalkan insentif tertentu dalam tempoh terdekat bagi menggalakkan pengguna membeli peralatan elektrik cekap tenaga.
Ini bermakna walaupun tarif baru elektrik dikeluarkan untuk mengurangkan subsidi kerajaan tetapi sebenarnya ia tidak memberikan kesan yang lebih kepada masyarakat.Sebaliknya pengurangan subsidi yang dibuat membolehkan kerajaan menggunakan lebihan subsidi itu ke arah perkara yang lebih baik kepada masyarakat.
Kerajaan meluluskan permohonan TNB untuk menaikkan tarif asas sebanyak 2%,ini akan membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam menyediakan infrastruktur yang lebih baik namun kerajaan masih lagi mengekalkan perkara berikut:
  1. Pemberian diskaun 10% kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagian oleh kerajaan seperti mana yang diberi kepada rumah ibadat dan institusi kebajikan
  2. Mengekalkan tarif pertanian yang diperkenalkan pada 2006
Kita jangan terlalu dibuai oleh politik pembangkang yang hanya memanipulasikan keadaan untuk memburuk-burukkan kerajaan.Adalah lebih baik kita memfokuskan kebaikan-kebaikan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada kita dari kita memikirkan keburukab yang didondangkan oleh pembangkang yang sebenarnya hanya melalak untuk menuju satu jalan ke Putrajaya.Fikir-fikirkanlah..

Berita Harian Online | Soalan lazim tarif baru elektrik

Berita Harian Online | Soalan lazim tarif baru elektrik

Isnin, 30 Mei 2011

Asas Perjuangan UMNO.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau dalam Bahasa Inggerisnya  United Malay National Organisation atau lebih dikenali dengan nama UMNO adalah sebuah parti politik  orang Melayu yang memperjuangkan Alif(Agama),Ba(Bangsa) dan Ta(Tanah air).
Ditubuhkan di satu perhimpunan yang di kenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya yang diaturkan oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman,Kampung Baru,Kuala Lumpur pada 1hb-4hb Mac 1946.Kongres itu telah meluluskan 3 perkara utama:
  1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
  2. Menentang penubuhan Malayan Union
  3. Mengadakan Derma Pelajaran Melayu
Setelah dibincangkan maka secara rasminya Tertubuhlah UMNO pada 11hb Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru.UMNO merupakan parti politik terawal ditubuhkan,penggerak penentangan Malayan Union,Penetap  fasal-fasal Perlembagaan Persekutuan yang mempertahankan hak orang Melayu/Bumiputera tanpa mendiskriminasikan hak kaum lain,Alat penyatuan rakyat pelbagai kaum dan pembina kestabilan politik,ekonomi,sosial dan keamanan negara.
Kemudian UMNO telah menjadi teras pada pakatan parti politik pelbagai kaum iaitu PERIKATAN dan kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional.Dan semenjak PRU yang pertama pada 1959 (walaupun pada dasarnya pilihan raya pertama  pada 1955)Parti Perikatan atau sekarang dikenali sebagai BN telah menunjukan satu potensi yang baik kepada rakyat Malaya ketika itu.Potensi dan gerak kerja yang baik itu berterusan sehingga kini dan cabaran demi cabaran telah ditempuhi namun pada PRU ke 12(2008)walaupun BN tidak memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen akan tetapi UMNO masih memenangi 66% kerusi yang ditandinggi oleh calonnya.Ini masih lagi tertinggi berbanding parti-parti lain yang mencalonkan orang Melayu sebagai calon.Justeru,secara prinsipnya UMNO masih lagi menjadi parti yang mendapat kepercayaan orang Melayu.
Walaupun begitu,UMNO wajar mengembeling seluruh kekuatan baggi menghadapi perubahan masa,kepelbagaian kehendak rakyat,membina ketamadunan bangsa melalui pendekatan proaktif dan srategik dan juga tohmahan parti pembangkang yang secara berleluasa memutarbelitkan fakta.
Namun begitu UMNO seharusnya tidak lari dari Asas dan Tujuan
  • Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara
  • Mendokong dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan,Perlembagaan Negeri dan raja Berperlembagaan
  • Menegak,mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama.
  • Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan Rakyat Malaysia amnya.
  • Menjamin kedudukan Bahasa Melayu(Bahasa Kebangsaan) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
  • Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada prinsip-prinsip Perlembagaan.
Namun masih ada segelintir pemimpin yang masih kurang sedar dan kurang arif dengan asas-asas ini.Perkara asas ini perlu pemerkasaan yang serius bagi menjamin kemenangan UMNO(BN) dalam menempuhi PRU 13 akan datang.

Ahad, 29 Mei 2011

PAP & DAP amal strategi yang sama?

Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Lee Kuan Yew & PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa umat Islam bangsa Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP. UMNO yang menjadi alat mereka mendapat kuasa akhirnya diterajang, dan dengan politik yang licik akhirnya Singapura hilang dari rumpun Melayu. Sejarah Sang Nila Utama dipadamkan dengan kisah Stamford Raffles. Nama Singa Pura (Bandar Singa) dari sejarah penemuan singa oleh Sang Nila Utama bertukar menjadi Singapore! Azan kat masjid pun dah tak boleh diperkuatkan! Maka terloponglah bangsa Melayu meratapi kehilangan negaranya.

Kitsiang & DAP hari ini sanggup turun masjid naik surau untuk memikat Melayu. Siap isytihar diri sebagai Kalipah Guan Eng lagi. Maka bertakbirlah Melayu terpukau dengan silap mata DAP. Sampai nama tuhan dia pun dijual takpe sebab Kitsiang dan anak lakinya sedara kita sekarang kata pak jangoat. Rupanya benar kata pujangga, memang bangsa Melayu mudah lupa.



Beberapa pemimpin DAP melenting apabila disebut DAP adalah parti paling rasis.

Hakikatnya, DAP lebih menumpukan perjuangan untuk kaum tertentu sahaja. Itulah agenda besar parti tersebut yang matlamat akhirnya untuk membawa Malaysia menuju negara republik. Laungan kononnya parti itu mengutamakan rakyat Malaysia dahulu, kaum kemudian - hanyalah sandiwara.

Bukan setakat agenda dan hala tuju, jawatan utama dalam DAP sejak dahulu lagi dikuasai oleh satu kaum walaupun mendakwa parti itu dianggotai pelbagai kaum.

Pemimpin-pemimpin kaum India dalam DAP misalnya tidak mendapat tempat sewajarnya meskipun peranan mereka cukup signifikan. Kegagalan Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mempertahankan jawatannya baru-baru ini menjadi bukti. Beliau adalah mangsa muslihat politik kaum dalam DAP yang sebenarnya cukup tebal.

Terbaru, pelantikan Chow Kon Yeow sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang mencetuskan persoalan. Sepatutnya Jagdeep Singh dilantik kerana mendapat jumlah undi tertinggi dalam pemilihan anggota jawatankuasa negeri.

Begitu juga kedudukan Timbalan Ketua Menteri, Prof. Dr. P. Ramasamy, yang dilihat sekadar kosmetik. Ternyata, pemimpin India dalam DAP dipinggirkan secara sistematik. Lalu Awang ingin bertanya buat kesekian kalinya kepada Setiausaha Agung yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng, siapa yang sebenarnya rasis?

Itu belum menyentuh tentang nasib segelintir Melayu dalam DAP, lagi menyakitkan hati. Mereka hanya menjadi boneka untuk dipergunakan sebagaimana dilakukan pemimpin utama PAP Singapura, Lee Kuan Yew menjinakkan Melayu suatu masa dahulu. Berdasarkan sejarah, PAP dan DAP daripada benih perjuangan yang sama. Kini strategi PAP digunakan oleh DAP. Parti tersebut sedang memperhebatkan usaha menarik seramai mungkin Melayu menjadi ahli dan penyokongnya.

Cubalah kita renungkan kembali kepada dekad 1960an. Apakah beza pendekatan yang digunakan oleh PAP dahulu dan DAP sekarang, jawapannya - sama sahaja. Pada waktu itu, Kuan Yew dalam usaha mendapatkan sokongan Melayu melakukan apa sahaja yang menjadi harapan orang Melayu. Beliau banyak berinteraksi dan mendampingi orang Melayu. Malah aktif melawat masjid dan surau sambil memberi ucapan yang manis-manis bagi melegakan orang Melayu. Apabila Kuan Yew dan PAP semakin kukuh berkuasa, akhirnya Melayu tidak lagi diberi perhatian yang sama dan mula diabaikan. Di Singapura, azan dari masjid dan surau pun perlu diperlahankan walaupun dulu Kuan Yew tidak kisah dengan suara azan yang kuat berkumandang. Orang Melayu juga tidak berpeluang menyandang jawatan utama dalam agensi dan jabatan penting kerajaan termasuk pasukan keselamatan. Untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang apatah lagi. Kuasa undi Melayu dilemahkan dengan pelbagai cara termasuk penempatan semula. Janji-janji untuk membantu Melayu tidak bertahan lama. Pernah termaktub dalam perlembagaan asal pembiayaan penuh kepada pelajar Melayu dari sekolah rendah hingga universiti. Bagaimanapun ia dihentikan pada tahun 1994. Biasiswa presiden juga pernah diwujudkan puluhan tahun lalu tetapi hanya dua pelajar Melayu yang dapat.

Cari pula jawapan berapa orang menteri Kabinet Melayu di republik itu ketika ini - tidak seperti peringkat awal. Dokumen sejarah turut ditulis semula mengikut aspirasi PAP agar Melayu tidak kelihatan dominan peranannya.

Yang nyata, di sebalik segala pengorbanan dan sokongan Melayu, kaum itu akhirnya dikhianati dan diragui. Dalam laporan National Geographic, Kuan Yew mengkritik orang Melayu dengan mendakwa kaum itu tidak prihatin untuk membantu kaum lain jika negara ditimpa kebuluran. Maknanya, Melayu tidak boleh diharapkan dan tidak boleh dipercayai sedangkan Melayu merupakan bangsa yang paling pemurah dan bertolak ansur. Banyak lagi penghinaan Kuan Yew kepada Melayu. Mesejnya, itulah juga risiko yang menanti Melayu apabila DAP berkuasa penuh nanti. Sekarang ini pun gerakan untuk melemahkan Melayu semakin menjadi-jadi. Tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang Melayu seperti Anwar Ibrahim yang menjadi pengkhianat bangsa dan kepimpinan PAS pula saperti tidak sedar diri dan asyik mengikut rentak DAP. Malu rasanya ada pemimpin Islam dan Melayu yang seperti itu.

Fahamkah Perjuangan Anda?

Pernah suatu ketika aku bersembang-sembang dengan seorang fanatik PAS mengenai politik sekarang.Sebenarnya aku memang tidak suka dengan orang-orang yang terlalu taksub dengan politik ini.jadi aku sengaja menegur beliau mengenai politik PAS dan apa perjuangan yang beliau mahu.Beliau dengan megah menceritakan yang perjuangan yang PAS bawa sekarang adalah untuk menegakkan Islam dan beliau memberi contoh kepada aku bukti seorang selebriti pun dah "celik mata" menyokong perjuangan PAS.Beliau tanpa segan silu meminta aku agar "bertukar",dan menyokong PAS.
Aku pun menjawab dengan berhemah,aku tidak  kisah kalau betul-betul perjuangan PAS ini ingin menegakkan Islam tetapi aku hairan kenapa PAS tidak mahu bertanding di keseluruhan 222 parlimen di Malaysia ini.PAS hanya bertanding di 64 parlimen sahaja.Kalau nak memerintah negara ini PAS perlu memenangi  143 Parlimen untuk majoriti 2/3 atau sekurang-kurangnya 114 untuk majoriti mudah.Mampukah memerintah?soal aku kepadanya.
Sekarang negara di perintah oleh BN dan didalamnya terdapat pelbagai parti lain seperti MCA,MIC,Gerakan dan banyak lagi tetapi kesemua ini mengakui bahawa sesipa yang menjadi Ketua UMNO secara automatik akan menjadi Pengerusi BN.Ini jelas bahawa walaupun BN mempunyai parti-parti lain didalamnya tetapi orang Melayu (Islam) adalah Ketua mereka.Tetapi perkara ini tidak berlaku di dalam PR.Mengapakah PR masih lagi belum didaftarkan sebagai sebuah parti yang sah?bertanding menggunakan satu lambang dan bukan menggunakan lambang-lambang parti sendiri?Sekiranya PR didaftarkan adakah PAS menjadi ketuanya atau pun orang bukan islam dari parti lain?T
Aku semakin geram,aku bertanya lagi kepadanya adakah selama ini BN(UMNO) tidak memperjuangkan Islam?adakah beliau faham dengan Rukun negara dan Perlembagaan?Bukankah didalam perlembagaan jelas menunjukan perjuangan UMNO untuk Bangsa dan Agama?
Beliau semakin terdiam,aku pun mula mengatur kata.Kita satu bangsa dan agama seharusnya memikirkan pentingnya memperjuangkan nasib bangsa kita di masa depan.Nasib Agama kita di waktu akan datang dan bukan memperjuangkan nasib kita ketika ini.Tiada guna bersama DAP yang jelas menentang Islam.Tujuan mereka hanya untuk meletakkan bangsa kita serendah-rendahnya.Apa yang berlaku di Singapura dan  masyarakat melayu di selatan Thailand harus dijadikan teladan.
"Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"-Surah Al-Rad ayat 11.

 

Sabtu, 28 Mei 2011

Memahami Gaya Pemerintahan Tiga Perdana Menteri


Dalam aku tercari-cari maksud sebenar slogan "Rakyat Didahulukan,Pencapaian Di Utamakan" akhirnya terjawab dalam presepsi aku sendiri.Perbezaan corak pemerintahan DS Najib Perdana Menteri Malaysia sekarang dengan Tun Mahathir dan Tun Abdullah dapat aku rasa.Mungkin ramai sedar atau tidak sedar atau mungkin tidar sedar diri dalam melalui gaya pemerintahan DS Najib sekarang.Aku sempat berada di bawah pemerintahan Tun Hussien Onn tapi ketika itu aku mungkin tidak mengerti apa-apa,jadi aku tidak mahu komen masa masa pemerintahan beliau.Tapi Aku membesar didalam zaman Tun Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri sehingga aku kenal erti perjuangan politik kemudian berada di bawah gaya pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang di Era DS Najib.
DS Najib merasakan perlu melakukan sesuatu dalam menarik kembali minat kepada kerajaan setelah apa yang berlaku dalam PRU 12 pada tahun 2008.Apa yang beliau garapkan hanyalah kombinasi dari corak pemerintahan kedua-dua Mantan Perdana Menteri.Di sini aku berikan perbandingan antara mereka dan aku rumuskan apa yang DS Najib laksanakan.
1.Tun Mahthir Mohammad(1981-2003)
-Tun telah melaksanakan pelbagai program kebanggaan rakyat Malaysia.Tidak hairan kalau Tun menjadi Idola aku.Tun menjadi Perdana Menteri pada 16h Julai 1981 menggantikan Tun Hussien Onn.Tun telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri,agak sukar ketika itu,dari sebuah negara pertanian berubah menjadi negara industri.Dari sebuah negara yang tidak dikenali dipeta dunia,kini semua masyarakat dunia akui kehadiran Malaysia sebagi sebuah negara Dunia ke 3 yang amat pesat membangun.Tun telah mewujudkan Proton yang menjadi kereta kebanggaan kita.Tun juga melaksanakan pelbagai projek mega yang menjadikan Malaysia gah di mata dunia seperti KLCC,SIC,KLIA,MSC dan banyak lagi.Tun juga dikenali dimata dunia kerana kelantangan beliau dalam memperjuangkan sesuatu hinggakan beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.Beliau melaksanakan apa yang beliau fikirkan baik untuk rakyat walaupun beliau sering dikritik dengan dasyat.Hinggakan ada yang melabelkan beliau sebagai pemimpin kuku besi,tetapi beliau berjaya menjadikan Malaysia Boleh semasa pemeritahanya.
Tun Abdullah Ahmad Badawi(2003-2009)
-Tun Abdullah atau lebih dikenali Pak Lah terkenal dengan keterbukaan beliau.Beliau megantikan Tun Mahathir pada tahun 2003 dalam peralihan kuasa.Beliau mengukapkan perkatan untuk pertama kali semasa menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri iaitu"Berkerjalah bersama-sama saya dan bukan berkerja untuk saya".Semasa pemerintahan beliau,beliujuga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia.Beliau juga menumpukan fokus dalam menbenteras rasuah.Kesungguhan beliau terbukti bila tertubuhnya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM).Semasa pemerintahan beliau,beliau sering dilanda kontroversi dengan keputusan yang beliau lakukan.Kadang-kadang perkara yang tidak sepatutnya berlaku bilau laksanakan hingga menimbulkan konflik dalaman dikalangan penjawat kerajaan.Akhirnya menyaksikan BN dilanda Tsunami politik pada tahun 2008.Bn kehilangan majoriti 2/3.
Dato'Seri Najb Tun Razak(2009-kini)
-DS Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 menggantikan Tun Abdullah pada 9 September 2009.Beliau mengambil alih kepimpinan negara disaat tsunami politik.Keadaan politik yang tidak menentu ketika itu dan menyaksikan beliau mengadunkan gaya pemerintahan dari semua Mantan Perdana Menteri.Beliau mewujudkan Gagasan 1Malaysia yang berlandaskan prinsip-prinsip Rukunnegara.Walau bagaimanapun gagasan 1Malaysia yang dilaungkan disalah ertikan oleh pengamal politik yag tidak sedar diri walaupun mereka faham maksud sebenar demi tujuan politik sempit mereka.Beliau kini dalam usaha melaksanakan pelbagai program Transformasi seperti ETP,GTP dan banyak lagi.Beliau juga telah mewujudkan Klinik 1Malaysia dan beliau pernah membuat kejutan dengan berada di stesen LRT secara mengejut untuk mengetahui denyut nadi rayat.Gaya pemerintahan beliau yang menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan adalah langkah terbaik dalam modul slogan "Rakyat didahulukan",dan beliau mengambil kira peranan wakil-wakil rakyat dalam proses menjelmakan slogan "Pencapaian Di Utamakan".Gaya pemerintahan yang dinamis ini amat diperlukan oleh rakyat,namun masih ada segelintir yang tidak faham dan sering mengambil kesempatan.

Mana Juak-Juak PKR?

"Pengerusi Parti KITA Kedah, Saudara Zamil Ibrahim, menawarkan ganjaran sebuah kereta Rolls Royce Silver Spur III kepada mana-mana pihak atau individu yang berjaya tampilkan lelaki yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim tetapi bukan Anwar Ibrahim di dalam video seks yang sedang heboh diperkatakan."
Aku rasa macam tak percaya bila ada pihak yang sanggup menawarkan ganjaran yang agak lumayan kepada mana-mana pihak atau individu yang berjaya menampilkan lelaki yang berada di dalam video anwar ibrahim.Kalau semua juak-juak kata orang dalam video tu bukan anwar,lepas tu ada juak-juak kata vidoe itu dibuat untuk mengAIBkan anwar,aku rasa ini lah masanya nak buktikan anwar tak bersalah.Sudahlah dapat kemenangan dapat pulak kereta Roll Royce Silver Spur III.Amacam ada bran??
Tapi aku tak rasa juak-juak ni nak sahut cabaran ni,malah dia orang lebih suka MELALAK dari tunjuk bukti dan mahukan kebenaran.semua salah yang dia orang buat nak salahkan orang lain.Jadi monyet dalam Masjid pun nak salahkan orang lain.Kereta rosak pun nak salahkan orang.Diri sendiri punya salah pun masih tetap nak salahkan orang.

Cukai Barangan & Perkhidmatan(GST)

Apa itu GST? GST adalah singkatan bagi Goods & Service Tax atau dalam bahasa melayunya, Cukai Barangan & Perkhidmatan.
Iyalah, ramai yang mengomel, mengeluh dan risau apabila kerajaan bercadang melaksanakan GST dalam sistem percukaian negara bagi memantapkan lagi hasil dan ekonomi negara.
Seorang teman bertanya kepada saya,
“Bagaimanakah dengan harga barangan dan perkhidmatan nanti, jika GST dilaksanakan?
Adakah harganya akan meningkat naik?
Bukankah kerajaan memberi jaminan bahawa GST hanya dikenakan pada kadar 4% sahaja?”, soal teman saya penuh dengan perasaan ingin tahu.
Baiklah bagi menjawab persoalan tersebut, biarlah saya jelaskan dahulu situasi semasa percukaian dan hasil semasa negara.
GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang ketika ini dikenakan pada kadar 5% hingga 10%.
Tambahan lagi SST yang dikenakan sebelum ini mempuanyai beberapa kelemahan tersendiri kepada ekonomi negara termasuk boleh disalah guna oleh sesetengah pihak.
Contohnya, ada pengusaha kedai makan yang mengenakan cukai jualan 5%, tetapi bayaran cukai itu masuk poket mereka sendiri dan caj cukai yang sepatutnya memberikan manfaat kepada negara hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.
Ini sudah tentu mengurangkan lagi hasil negara. Malah agensi antrabangsa seperti Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia sudah lama menegaskan bahawa sumber percukaian negara ini adalah terlalu kecil kerana hanya bergantung kepada 1.5 juta pekerja yang membayar cukai pendapatan dan pergantungan keterlaluan negara kepada pendapatan minyak yang menyumbang lebih 40 peratus daripada pendapatan kerajaan persekutuan.
Dalam pelaksanaan GST yang bakal diperkenalkan nanti, beberapa barangan keperluan asas pengguna dikecualikan daripada GST seperti produk sayuran, beras, gula, garam, tepung dan minyak masak, daging serta perkhidmatan bagi elektrik dan air.
GST dikatakan adalah sistem percukaian yang lebih cekap kerana dikutip pada setiap peringkat.

Ini bermakna, cukai tidak dikenakan kepada pengguna sahaja sebaliknya turut dikenakan kepada pengilang, pemborong, dan juga peruncit yang tidak dikenakan dalam pelaksanaan SST sebelum ini.
Pelaksanaan GST adalah baik jika sekiranya kerajaan dapat mengurangkan cukai pendapatan dan korporat.
Ini kerana pembayar cukai sudah tentu terpaksa menanggung kos yang berganda, dengan lebihan pendapatan yang perlu dikenakan cukai, mereka turut perlu membayar GST dalam masa yang sama.
Negara Singapura contohnya, menggurangkan cukai pendapatan dan korporat sebaik melaksanakan GST.
Saya kira GST mempunyai banyak kelebihannya, jika tidak tak mungkin ianya telah digunapakai di 143 negara bermula di Perancis sejak 1950-an lagi. Tentu ianya lebih baik daripada SST.

Jumaat, 27 Mei 2011

Memahami Konsep 1Malaysia

Kefahaman mengenai konsep 1Malaysia "Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan" mungkin ramai yang yang belum faham,ramai yang faham dalam bentuk mudah.Hidup dalam satu negara tiada sempadan kaum.Tetapi masih ramai yang tidak faham maksud sebenar.
Konsep 1Malaysia
- Gabungan Konsep perpaduan berteraskan ciri-ciri Perlembagaan Negara dalam usaha menuju negara maju tahun 2020.semua perkara ini berkait rapat dengan Ketamadunan Bangsa.Asas pembentukan Negara adalah Perpaduan yang bermula pada Zaman "Bapa Kemerdekaan" YTM Tunku Abdul Rahman.Melalui perpaduanlah kita kecapi kemerdekaan.Kemudian diteruskan oleh Tun Abdul Razak,"Bapa Pembanggunan"yang membangunkan negara dengan penubuhan Felda dan lain-lain.Selepas itu era Tun Hussien Onn yang lebih dikenali sebagai "Bapa Perpaduan" yang menyatukan pelbagai etnik dalam Negara Malaysia ini.Seterusnya di pacu oleh Tun Mahathir Mohamad(Dr.M) dengan pelbagai penerapan dan fokus kemajuan bagi masyarakat Malaysia ketika itu.Tun Abdullah pula mengambil alih dengan wawasan Islam Hadhari.Akhirnya Lahirlah Dato'Seri Najib sebagai penyambung wawasan terdahulu dan mencipta Gagasan 1Malaysia.Didalam Konsep gagasan ini kerajaan memfokuskan 8 nilai aspirasi iaitu
1.Budaya Kecemerlangan
2.Ketabahan
3.Rendah Hati
4.Penerimaan
5.Kesetiaan
6.Meritokrasi
7.Pendidikan
8.Integriti
Kerajaan memfokuskan 4 bidang keberhasilan negara yang utama(NKRA)iaitu
Pelajaran,Pendapatan,Pengangkutan Awam dan Infrastruktur Desa untuk ditingkatkan dan 2 perkara perlu diturunkan iaitu Kadar Rasuah dan Kadar jenayah.Sasaran kerajaan sebelum 2012.Tamadun Bangsa pula terbahagi kepada dua iaitu Yang Boleh Dilihat sebagai contoh sekolah,jalanraya,jambatan danyang kedua adalah Yang Tidak boleh dilihat iaitu kesetiaan,Randah Hati,ketabahan dan integriti.Penghayatan dan Pemahaman terhadap Rukun Negara harus dijadikan elemen integral yang nyata serta perlu difahami.
1MALAYSIA.RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN