Isnin, 6 Jun 2011

Persidangan UMNO Jerantut

Hari ini aku menghadiri mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jerantut.Sekitar 591 orang perwakilan yang hadir untuk menjayakan mesyuarat pada hari ini.Pertambahan perwakilan amat ketara sekali bila ketua-ketua sayap secara automatik menjadi perwakilan.Dewan Majlis Daerah Jerantut yang menjadi tempat bermesyuarat pun sesak hari ini. Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar..
Hari ini juga mesyuarat dirasmikan oleh Dato Seri Nazri Bin  Tan Seri Aziz,Menteri di JPM.Aku terpesona dengan ucapan yang beliau berikan.Ucapan beliau mengingatkan bahawa UMNO yang ditubuhkan oleh nenekmoyang kita dulu sebenarnya relevan sepanjang zaman.Apa yang penting kita mesti melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan seiklasnya.Jawatan bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan tetapi merupakan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan.Apa yang nenek moyang dulu berikan dan rancangkan merupakan pemikiran yang amat relaven selagi kita berpegang kepada perjuangan asas UMNO iaitu cogankatanya "Bersatu~Bersetia~Berkhidmat".Ini kerana ketiga-tiganya merupakan asas yang utama untuk dilaksanakan dalam perjuangan UMNO

Beliau juga mengingatkan bahawa,dalam usaha memenangi PRU 13 kita perlu menumpukan 3 perkara asas iaitu:
1.Mamahami 'corebussines' UMNO untuk menjaga kepentingan Melayu.Perkara ini telah termaktub dalam Perlembagaan.(Perkara 153 Perlembagaan)
 Definisi Melayu adalah seorang yang beragama Islam yang mengamalkan cara hidup dan mewarisi adat melayu dari nenek moyang yang menjadi tuan kepada tanah air ini.
 Tanah Rezab Melayu yang tidak boleh diambil/diperdagangkan/apa pun jua dan ia telah termaktub menjadi undang utama di setiap negeri-negeri di Malaysia.
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.Perkara ini termaktub didalam fasal 152 Perlembagaan
Agama Islam sebagai Agama Persekutuan(Fasal 3 Perlembagaan)
Hak Istimewa Orang melayu(Fasal 153 Perlembagaan)
Instistusi Raja Melayu(Ketuanan Melayu)Fasal 181 Perlembagaan.-Kedaulatan Raja-Raja melayu melambangkan Ketuanan Melayu.
Untuk meminda Perkara-Perkara didalam Perlembagaan ini perlu mendapat persetujuan dari Majlis Raja-Raja Melayu dan memiliki majoriti 2/3 di Parlimen.Oleh yang demikian,segalanya amat terjamin untuk orang melayu dan UMNO merupakan pejuang bagi perkara-perkara tersebut semenjak nenek moyang lagi dan perkara itu harus terus dipertahankan dan dilaksanakan oleh kita sebagai pewaris bangsa.

2.Memahami erti persahabatan didalam Barisan Nasional
-memandangkan senario penduduk di Malaysia berkapasiti 54.9% adalah Melayu dan 45.1% adalah lain-lain bangsa makan kita harus memahami bahawa UMNO perlu bersama bangsa lain untuk terus memerintah.Bukan bererti kita lemah tetapi pemikiran nenek moyang dahulu jelas jauh memandang kehadapan.Maka Tercetuslah BN sebuah parti politik yang diterajui oleh UMNO bukan hanya untuk melayu malah memperjuangkan keadilan untuk semua kaum.Jelas di dalam Agama Islam yang mahukan umatnya berbaik sesama manusia.
-Kalau kita renungkan kembali apa yang berlaku didalam PAS sekarang,Parti itu mengorbankan Prinsip asas untuk Negara Islam dan berazam untuk menjadikan negara ini sebagai negara berkebajikan(UMNO lebih terdahulu melaksankan kebajikan kepada rakyat) hanya untuk menagih undi dari kaum lain.Ini telah dilaksanakan oleh UMNO lebih 60 tahun dahulu dan dahulu mereka mengecam UMNO kini mereka melaksanakan apa yang UMNO buat.
-Tidak Salah kalau kita sayang Melayu dan kasihkan bangsa lain demi kedaulatan sebuah perjuangan.


3.Winnable Candidate(Calon yang boleh menang)
Ini adalah salah satu kehendak rakyat,kuasa rakyat.Memilih calon yang mereka mahu,mengundi calon yang mereka suka

Namun kesemua perkara itu hanyalah dapat dilaksanakan jika kesemua ahli parti mengamalkan 3 perkara asas yang menjadi slogan parti

  • Bersatu-bersatu didalam konteks tidak bertelegah sesama sendiri.Tiada cantas mencantas demi kebaikan Parti.Dan sentiasa bersama-sama dalam apa jua keadaan
  • Bersetia-bersetia membawa pengertian akur kepada keputusan pucuk pimpinan tanpa sebarang prasangka dan sentiasa membawa sifat dan perasaan kasih kepada parti
  • Berkhidmat-berkhidmat membawa maksud sentiasa bertanggungjawab dengan apa yang ditugaskan demi kebaikan parti dan rakyat.
Jika semua asas ini dilaksanakan,tiada mustahil UMNO melepasi tahap getir pada PRU 13 akan datang.





Tiada ulasan: