Jumaat, 27 Mei 2011

Generasi FELDA....apa cerita?

Aku anak Felda.Darah aku darah UMNO tetapi aku musykil.Dalam kita perlukan sokongan menghadapi PRU 13 nanti,pihak lawan sering mengambil kesempatan terhadap kelekaan kita.Bayangkan 14 rancangan Felda di DUN P.Tawar ini akan "mengeluarkan" seramai 5000 pengundi baru sekaligus akan menentukan pucuk pimpinan kerajaan di Parlimen Jerantut ini.Percaya atau tidak inilah realiti yang perlu kita tangani.Masalah-masalah yang ditimbulkan oleh pihak lain biarpun retorik tetapi itulah yang diperlukan oleh generasi FELDA ini.Janji-janji politik terdahulu perlu ditunaikan,jangan hanya megah dengan program-program yang tidak memberi kesan kepada masyarakat terutama generasi muda.Rata-rata genersai muda di kawasan FELDA ini menuntut kemajuan infrastruktur dan kemajuan ekonomi dan bukan perlawanan bolasepak dan sukaneka yang hanya sekadar hiburan.
Felda telah mengariskan panduan dan Teras untuk dijelmakan sebagai sebuah kenyataan tetapi bagaimana keberkesanan garis panduan itu dilaksanakan?Kalau hanya pihak atasan memeras otak memikirkan apa jua perancangan yang akan dilakukan tetapi bagaimana pula mereka-mereka yang berada di pejabat-pejabat felda dikawasan.Adakah mereka melaksanakan tugas mereka?Aku bukan nak salahkan mereka tetapi kadang-kadang aku kesian dengan pegawai-pegawai tertinggi memikirkan apa yang mereka nak lakukan tetapi sampai sekarang tiada apa lagi perkembangan positif yang berlaku..
Aku memikirkan banyak perkara yang perlu diambil perhatian serius dalam menanggani masalah ini.Aku antara ribuan anak peneroaka yang mahukan perubahan.Antara perkara yang perlu diambil perhatian serius oleh kerajaan dan FELDA adalah
1.Perumahan Generasi FELDA
-Rata-rata yang tinggal di Felda masih lagi tiggal bersama ibubapa dan yang amat sedih sekali aku antara mereka.Apa yang mereka mahu bukan rumah yang disiapkan oleh kerajaan sebab mereka tak mampu nak beli.Nak beli macam mana nak buat loan dengan bank pun tak lepas sebab slip gaji tak ada,sebab kerja ladang,gaji tak masuk bank,penyata tak ada.Tapi rata-rata mereka mampu,duit banyak setakat nak buat rumah rm100 ribu tu kebanyakannya terlebih mampu cuma kalau Felda/Kerajaan suruh beli rumah memang tak layak.Bukan sebab Duit tapi sebab kelayakan pinjaman.
-Tapak rumah yang ditinggalkan/kosong perlu diberikan kepada anak peneroka untuk mendirikan rumah dengan cara bagi tempoh dan syarat-syarat tertentu.Kalau masih tidak siap juga,bagi kat orang lain jadi lepas tu jangan nak salahkan orang pulak
2.Projek Ekonomi Felda
-Projek-projek ekonomi ni aku rasa tumpukan kepada generasi Felda.Perlaksanaan yang menyeluruh perlu dibuat.buat secara besar-besaran.bukankah Felda nak jadi "Gedung makanan negara".Setiap satu kawasan jadikan tumpuan bagi satu jenis projek ekonomi.Bayangkan kalau dah semua Felda buat macam tu(54 parlimen ada Felda)tak ke boleh control ekonomi?
3.Universiti Felda
-sekarang dah makin ramai anak peneroka Felda yang dah berjaya,Cadangan aku untuk meramaikan lagi masyarakat Felda ini berjaya wujudkan Universiti Felda.Sekurang-kurangnya Felda tidak ketandusan pegawai-pegawai yang berintergriti nanti.lagi satu,dalam bahasa yang tidak rasmi akan wujud universiti yang dipenuhi oleh kaum bumiputra selepas UiTM.

Mungkin apa yang aku tulis ni agak merapu,tapi itu kenyataan yang harus kita teliti.jangan pandang remeh.perkara yang kecil kalau tidak ditanggani sebaik mungkin akan jadi barah nanti.Janji-janji pembangkang dah berlambak tapi kalau dah ada yang terpedaya dengan janji itu dengan dogengan borang-borang,tak mustahil makin ramai lagi yang akan terpedaya nanti.Renung-renungkan................

Tiada ulasan: