Jumaat, 27 Mei 2011

Susu 1Malaysia:kajian perlu dilakukan sebelum dipolitikkan

Program susu 1Malaysia ini baik,tidak dinafikan tetapi kajian teperinci perlu dilakukan kerana pelbagai masalah berlaku.Kadang-kadang kita tengok perkara ini remeh tetapi kesan yang berlaku amat mendalam.Sekarang perkara yang kecil itu akan dimainkan oleh pihak lain sebagai juadah politik masyarakat.Antara kajian yang perlu dilakukan adalah:
1.Kajian terhadap pengilang/pengeluar:Sepatutnya yang berlaku dan perlu berlaku dengan memudahcara perkara ini.Beri kebenaran kepada setiap negeri untuk menjadi pengeluar/pembekal susu bagi setiap negeri.Maksudnya disini setiap negeri ada pengeluarnya sendiri ini kerana hanya untuk jimatkan kos yang tidak seberapa tetapi kesan jangka panjang tidak diambil kira
2.Kajian terhadap pemborong/pengangkutan:Pihak berkenaan harus memantau perkara ini.Jangan hanya kilang disiasat tetapi pihak pembekal tidak.(rujuk gambar).Oleh kerana jarak yang jauh maka susu perlu diangkut menggunakan penggangkut yang sesuai.Susu perlu didalam suhu yang sesuai.Bukan Main sukahati je angkat.Lepas tu kalau rosak mula la salah kerajaan..perkara ini amat serius.
3.Cara simpanan di gudang dan di sekolah:kadang-kadang kita main sambil lewa je letak susu suka hati.Susu perlu diletakkan dalam keadaan yang lebih 1 meter dari aras lantai.Kalau tidak susu ini akan rosak.
4.Waktu pemberian susu:sewajarnya pihak terlibat perlu pastikan waktu yang sesuai dan bukan main "hentam je" nak bagi dekat pelajar waktu bila.

Tiada ulasan: