Ahad, 13 Mei 2012

FELDA:Jangan Terpedaya Dengan Dakyah Pembangkang

Aku terpanggil untuk menulis semula blog ini bila aku merasakan ramai masyarakat khususnya dari Felda tertipu dengan dakyah-dakyah yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Banyak tohmahan yang dibuat oleh mereka terhadap kerajaan walaupun mereka semua sedar ini adalah transfomasi terbaik buat masyarakat Felda.Beberapa perkara berikut perlu aku nyatakan bagi menjelaskan perkara yang sebenar.

  1. Dakwaan bahawa DSNajib tipu peneroka dan ingin membangkrupkan Felda:-Asas Felda seperti yang semua orang maklum dilaksanakan oleh al-marhum Tun Abdul Razak yang juga merupakan bapa kepada DS Najib.Tun Abd Razak begitu menitikberatkan kemajuan dan peningkatan taraf hidup masyarakat melayu dan melaksanakan pelbagai program jangka panjang seperti DEB dan pelbagai rancangan lembaga kemajuan seperti Kesedar,Kejora,Felcra dan banyak lagi hanya untuk meningkatkantaraf hidup masyarakat melayu dari golongan kampungan petani kepada golongan yang berpendapatan yang selesa taraf hidupnya.Ini juga termasuk Felda.Maka jasa Tun Abd Razak kepada bangsa melayu memang besar dan sukar terpadam di hati bangsa sendiri.Mudah difikirkan takkan dengan begitu mudah DSNajib ingin memusnahkan apa yang dibina oleh Al-Marhum bapanya dan mencalitkan arang kepada maruah keluarganya?.Aku masih ingat lagi ketiga DSNajib mula menjejakkan tapaknya di Felda Jengka 8 tempohari,beliau menitiskan airmata kesyukuran bila melihat kejayaan bapanya membela bangsa melayu.Rumah asal peneroka sudah berubah 100%.hampir kesemuanya sudah menjadi bunglow yang mewah dan menimbulkan rasa cemburu orang luar..kadang-kadang aku bayangkan kalau-kalau Felda buka lagi kawasan baru untuk peneroka baru maka akan berlakulah sistem tender untuk jadi peneroka..
  2. Dakwaan Pinjaman Saham Dari Bank bakal mebangkrupkan peneroka:-Ini satu lagi dakyah songsang yang dibuat oleh pakatan haramjadah ni.Bayangkan kenapa orang luar Felda berebut-rebut nak beli saham ni kalau dia mendatangkan kerugian?Bagaimana saham Gula dan saham MSM(minyak sawit mentah)boleh dikatakan untung setiap hari dan tidak merugikan pelabur?Kalau ikut dakwaan orang "haram jadah ni" dan ramai orang yang ada syer dalam syarikat Gula & MSM ni lingkup.
  3. Jangan selepas ini ada yang menyesal bila ingin menyertai saham namun terpaksa bersama dengan syer cabutan orang awam..

Tiada ulasan: