Rabu, 16 Mei 2012

PRU 13: Undi Golongan Muda-Siapa Jadi Juara?

Fenomena yang berlaku sekarang jelas menunjukan bahawa golongan muda bakal menjadi penentu kepada pola pemerintahan yang akan datang.Biarpun dalam berapa ketika golongan ini bertindak dan melakukan perkara-perkara yang menjadi tabii kepada kehendak golongan ini namun penguasaan politik sebenarnya tidak boleh lari jauh dari kehendak mereka.Mereka sukakan hiburan,sukan,sosial dan mereka ingin menjadi hero kepada rakan-rakan sebaya.Kehebatan mereka ini kadang-kadang amat sukar dijangka.Meraka boleh bertindak ganas seganas rancangan televisyen yang sering ditonton,mereka boleh menjadi baik sebaik ustaz dan imam muda dan mereka juga mampu menjadi pencetus kepada segala-galanya.Bak layang layang,mereka amat memerlukan perhatian untuk menjadikan mereka ini punyai identiti selaras dengan kehendak agama dan bangsa.Pendekatan yang terbaik perlu diambil,penguasaan minda perlu diluaskan dan juga jati diri bangsa perlu diterapkan.Mereka ini sebenarnya amat bersemangat tetapi mereka ini terlalu sukar untuk dikawal.Penerapan nilai-nilai murni perlu dilaksanakan mengikut kehendak adan keinginan mereka.Persetanlah apa yang ingin kita lakukan.Jangan terlalu mengikut buku peraturan tetapi dekatilah mereka mengikut kehendak mereka.Yang penting matlamat kita untuk dekati mereka secara tidak langsung mampu menjadikan mereka sebagai tulang belakang kesatuan negara.Sejajar dengan matlamat kerajaan..Belia tunggak pendokong wawasan..Belia Pembela Maruah Negara..sajikan mereka dengan sejarah silam,ajarkan mereka mengenai kehidupan,tunjuklah kepada mereka jalan dimasa hadapan..nescaya mereka bakal kepimpinan yang terbaik bakal dihasilkan..
Selamat Menyambut Hari Belia!

Tiada ulasan: