Ahad, 20 Mei 2012

PRU13:Api Perjuangan!!!

Salam..
Bila berlaku pelbagai hal kini teringat aku semasa menanti keputusan Pilihan Raya Umum 12 pada 2008  lalu.Ketika itu aku baru keluar dari Dewan Majlis Daerah mendengar keputusan bagi Parlimen Jerantut untuk menjamu selera di kawasan kedai berdekatan.Terkejut aku mendengar beberapa nama besar kalah di kawasan mereka tandingi malah aku semakin gusar bila aku diberitahu bahawa Negeri Pulau Pinang kalah kepada DAP khasnya Pakatan Pembangkang.Keputusan demi keputusan aku nantikan sehingga jam 3 pagi.Seingat aku inilah  keputusan yang paling lewat diumumkan dan akhirnya aku mendapat keputusan rasmi yang mnegatakan Barisan Nasional kalah di 5 negeri.Pulau Pinang,Perak,Kedah,Selangor dan gagal menawan Kelantan.inilah keputusan terburuk yang diterima oleh Barisan Nasional.
Namun pada hemat aku UMNO masih lagi mengekalkan lagi relevan sebagai sebuah parti yang diterima baik oleh masyarakat.Masih lagi mampu mengekalkan kemenangan ditempat mereka tandingi.Apa yang mendukacitakan bagi Barisan Nasional apabila Parti Berkanun dalam Barisan nasional mengalami kekalahan yang teruk.Boleh dikatakan hampir 50% mereka gagal mempertahankan kerusi yang mereka tandingi.Maka terlintas difikiran aku bila aku melihat kedudukan ini amat membahayakan.Pada fikiran aku ini bukan sekadar Pilihanraya antara Parti yang bertanding malah ianya menjadi lebih kepada perkauman.Lihat sahaja keputusan yang dimiliki dikawasan yang majoritinya bukan bumiputra.Amat jelas tergambar seolah-olah ini bagaikan satu perancangan yng teliti dilaksanakan.Ini bagaikan membuktikan bahawa apa yang aku fikirkan itu benar.
Jika ianya benar maka satu ancaman besar bakal timbul andai kita tidak berhati-hati dalam PRU 13 nanti.
Ingatlah apa yang kita miliki kini mungkin bakal lenyap buat selama-lamanya.Tanggungjawab yang besar menanti kita bagi mengekalkan apa yang kita ada.Mungkin sebelum ini ada yang memandang mudah soal ini tetapi jika kita masih lagi mengambil sikap mudah itu nescaya akan timbul penyesalan buat selamanya.
Bayangan semakin jelas.Apa yang berlaku di Perak jelas membuktikan bahawa mudahnya kita dipermainkan.Juga dengan apa yang berlaku di Selangor kini.Warga bangsa kita sudah kehilangan kemudi.Mungkin pada ketika ini aku dilihat lebih 'racist' namun aku merasa ianya perlu bagi membangkitkan kesedaran untuk kita membetulkan kesilapan lalu agar ianya tidak menjadi bubur.
PKR hanya perjuangkan Anu War untuk ditabalkan sebagai PM.PAS dipergunakan secukup-cukupnya untuk mendapatkan sokongan dan kuasa.Inilah agenda utama DAP bagi melaksanakan apa yang diidamkan selama ini.Jadikan mereka sebagai peneraju kuasa,Melebarkan agenda PAP dari Singapura.
Renungkan kembali..jalan perlaksanaan meraka sama dengan apa yang berlaku di Singapura dulu.Pemimpin utama mereka sanggup merayu di masjid dan surau demi meraih undi.Setelah mereka miliki perlahan-lahan dicampak ketepi.Penyesalan tidak berguna lagi.Lihatlah apa yang mereka perjuangkan.Kononnya membawa hak dan kesamaratan namun jika kita ketinggalan maka terdamparlah kita terus ditepian..

Bangkitlah wahai umat melayu
Perjuangkan Hak kita dan Ketuanan kita
Jangan sesekali cuba memperjudikan nasib anak bangsa
Kelak binasa buruk padahnya.. 
UMNO masih Relevan membela bangsa,
66 tahun menabur jasa,
Ingatlah perjuangan ini bukan untuk kita
tetapi untuk anakcucu kita dihari muka
harapan mengunung mereka berikan
agar terjamin bangsa di masa depan
jangan nanti setelah kita tinggalkan
akan jadi bahan hinaan 
kerana kita gagal dalam perjuangan. 

Tiada ulasan: