Selasa, 15 Mei 2012

PRU 13:Bila??

Sekarang ni dimana-mana tempat yang kita pergi masing-masing melontarkan soalan dan pendapat..Ada yang meramalkan bahawa DSNajib akan umumkan pembubaran Parlimen dalam masa terdekat,ada juga yang meramalkan ianya akan berlaku pada bulan 6,bulan 7 malah ada juga cakap-cakap mengatakan pada bulan 9 selepas Eidulfitri..Namun semuanya terletak di atas kebijaksanaan YAB DSNajib..hanya beliau yang tahu bila tarikh yang sesuai..
Kita selaku rakyat Malaysia yang telah mendaftar sebagai pemilih "wajib" mengundi bagi menentukan pemerintah yang sesuai.Janganlah hanya perkara-perkara yang boleh diselesaikan kita jadikan ia satu perkara yang boleh merosakan masa depan negara kita.Bertindaklah secara matang.
Jikalau kita renung kembali pada pasca kemerdekaan,bertapa susahnya nenekmoyang kita memperjuangkan kemerdekaan demi kelangsungan hidup yang pada ketika itu mereka bukan memikirkan hidup mereka tetapi mereka memikirkan keadaan dimana anak dan cucu mereka dan bagaimana keadaan jika kita hidup tanpa perjuangan yang asal mereka lakukan.Mereka sanggup bermatian menentang kewujudan "Gagasan Malayan Union".Mereka sanggup bergadai demi mendapatkan kemerdekaan malah mereka sanggup melakukan apa saja demi memartabatkan Bangsa,Agama dan Tanah Air.Dek kerana kebijaksanaan Pemimpin ketika itu bermula dari era Dato' Onn Jaafar beralih ke era Tun Abd Rahman kita mengorak untuk bangkit dari memperjuangkan bangsa hinggalah ke arah menuju Kemerdekaan.
Setiba di era kepimpinan Tun Abdul Razak,kebijaksanaan beliau telah melahirkan ide-ide yang mungkin tidak terfikir oleh masyarakat ketika itu.Kebijaksanaan Beliau mewujudkan beberapa gagasan Kemajuan yang membawa orang melayu dari lembah ke bandar,dari sifar ke arah kemajuan yang tidak ternilai.Lahirnya DEB ketika itu amat ditentang namun akhirnya keberkesanan itu telah kita kecapi,.Dek kerana wujudnya Felda maka mampulah orang melayu memiliki ladang yang sukar dibayangkan hinggakan mampu kecapi kedudukan kewangan yang tidak pernah dibayangkan.Kita tidak pernah tanya kepada peneroka apa yang mereka bawa ketika diterima masuk ke rancangan Felda?Kita juga tidak pernah tahu apa yang mereka lakukan jika tidak wujud Felda?Dan kita tidak munkin akan dengar ada anak peneroka yang berjaya.
Anak peneroka sudah memegang jawatan besar,anak peneroka sudah jadi ushawan berjaya,anak peneroka sudah jadi Yang Berhormat,anak peneroka sudah berkerja di sektor utama negara.Pernahkah kita terlintas perkara ini akan berlaku?
Sekarang tibalah masa dan giliran  Anakanda Tun Abd Razak menyambung legasi keluarganya,menyambung semangat untuk membela Agama,Bangsa dan Tanah air.Menyambung agenda perjuangan kepimpinan UMNO yang Keramat ini.Menjadikan UMNo kekal sebagai Pembela Bangsa!

Tiada ulasan: