Selasa, 18 September 2012

ANAK:Apa Kemahuan Mereka Sebenarnya?


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) adalah pertubuhan yang tidak pernah didaftarkan yang diwujudkan oleh Mazlan Aliman.Berikut Serba sedikit biodatanya:
Mazlan Aliman ini berumur 42 tahun dan dilahirkan di Batu Pahat Johor dan dibesarkan di Felda Bukit Ramun, Kulai Johor.Mendapat pendidikan awal di Sek.Men. Alauddin Felda Bukit Besar, Kulai .
Kelulusan tidak diketahui tetapi pernah mendapat pendidikan di UPM.Penglibatan beliau dalam masyarakat dan politik ialah sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat , Ketua Pemuda PAS Negeri Johor dan Presiden ANAK .
Nampaknya cukup besar jawatan beliau ini dan tidak hairanlah beliau pernah bertanding di semasa PRU 12 di kawasan Felda juga iaitu Parlimen Bera di negeri Pahang . Tetapi beliau silap percaturan dan beliau ingat rakyat terutama peneroka Felda di Pahang senang diperbodohkan oleh kaki pengacau ini .
Latar belakang beliau ini serta keluarga bermula di Felda selepas mereka masuk ke tanah rancangan ini pada 1969 .Felda seperti kita sedia maklum telah berjaya membantu peneroka -peneroka dari generasi pertama hingga lah sekarang malah ada peneroka telah menjadi jutawan .
Begitu juga dengan nasib keluarga Mazlan Aliman ini yang hidup senang dengan bantuan FELDA dan Kerajaan BN !
Ibunya yang juga seorang peneroka dan dapat 10 ekar tanah begitu juga dengan 4 orang adik beradiknya yang juga memperolehi 10 ekar tanah setiap seorang.
Mazlan Aliman pulak pernah menjadi peserta dalam Felda tetapi keluar program Tanam Semula Felda ini kerana hendak tanam sendiri.Baginya bila beliau pilih untuk tanam sendiri , hasil yang diperoleh lebih banyak . Tetapi usahanya gagal gara-gara nak untung banyak dan akhirnya beliau masuk semula ke Skim Penanaman Semula Felda .
Kesimpulannya , manusia seperti Mazlan Aliman adalah orang yang tak reti bersyukur dan tidak mengenang budi . Felda yang banyak membantu keluarganya daripada susah hingga senang seperti sekarang itu pun mahu difitnah oleh beliau dan konco2nya demi untuk kepentingan politik PAS .
Selain itu, menurut sumber dari Majalah FELDA "ICT JELAS" bilangan 04/2010, Abang Kandung Mazlan sendiri telah membuat pengakuan bahawa keluarga Mazlan tidak bersetuju dengan tindakan Mazlan yang menentang FELDA .
Jadi , jika keluarga Mazlan sendiri pun tidak bersetuju & restu dengan tindakan beliau, adakah kita perlu percaya dengan orang seperti Mazlan ini?
Dulunya Mazlan Aliman ini amat mengecam kepimpinan Felda yang di Ketuai Oleh Dato'Zulkifli tetapi sekarang...
Ini antara Petikan apa yang ANAK lakukan pada 24 Julai 2010

Presiden ANAK diiringi wakil-wakil ANAK negeri Pahang telah membuat laporan polis di IPD Temerloh pada 24 Julai lalu. Turut hadir Naib Presiden ANAK, Aris Fesol Ismail, Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim beserta hampir 20 orang yang lain.

Laporan polis ditujukan kepada Pengarah Besar, Datuk Dzulkifli Abd Wahab dengan desakan seperti berikut:-
1. Batalkan sertamerta kenaikan Caruman Tanam Semula,
2. Pulangkan wang yang telah dikutip,
3. Kaji semula Caruman sedia ada(RM40)samada perlu dimansuhkan sahaja,
4. Insentif Tanam Semula Risda dan MPOB diberi terus kepada peneroka,
5. Kajian mekanisme baru kos Tanam Semula
6. Tidak wajar samasekali buat opsyen Caruman Tanam Semula kepada peneroka kerana
Felda akan salahguna wang peneroka. 

Dan ini apa yang Anak lakukan pada 13 Disember 2011

Dan yang dilakukan oleh Anak Hari Ini:

apa sebenarnya yang Mazlan Aliman Mahu..mungkin mereka akan berhenti jika MAZLAN ALIMAN JADI MENTERI FELDA......

Tiada ulasan: