Isnin, 10 September 2012

Politik Malaysia...Apa dah Jadi????

Politik Malaysia kian kabur,kian meruncing dan kian bergolak.Ada pihak yang mengambil kesempatan dalam keadaan ini.Mengunakan pelbagai helah dengan setiap apa yang berlaku..Mengapa ini terjadi?????

Pembebasan Anwar Ibrahim
-Pembebasan Anwar Ibrahim dari Kes Liwat 1 dan Penubuhan Parti Keadilan Nasional(kini PKR) merupakan detik-detik utama menyebabkan kekacaun politik kini.Anwar yang dikenali sebagai seorang politik thinker yang berimej tawaduk telah membawa kekacauan demi kekacauan bermula dengan Gerakan Reformasi(1998) dan yang terkini Himpunan Janji Demokrasi yang mencetuskan pelbagai perkara kontroversi.

Kelemahan Kepimpinan Terdahulu
- Kelemahan ketara kepimpinan terdahulu adalah mengadakan PRU ke 12 ketika rakyat sedang marah akibat kenaikan harga minyak yang mendadak sebanyak RM0.70 menyebabkan kenaikan harga barang keperluan secara mendadak.Ini menyebabkan tekanan hidup yang dihadapi oleh rakyat yang membawa mereka terpengaruh dengan senario politik kebencian yang ditimbulkan oleh pembangkang.Akhirnya Barisan Nasional tewas mengejut di Empat buah Negeri dan juga tewas teruk di Kelantan.Akibat politik kebencian yang dilahirkan pembangkang inilah yang mengakibatkan hilangnya jati diri warga terhadap Negara.

Pembelotan Kakitangan Awam
-Kini hampir 69% kakitangan Awam dikhuatiri tidak menyokong kerajaan terutama dari Institusi Pendidikan.Perkara ini amat jelas apabila ramai kakitangan awam ini dilihat mengkritik kerajaan secara terbuka dalam arus media sosial.Perlu diingat,kakitangan awam mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat terutama golongan guru-guru kerana mereka ini dilabelkan sebagai golongan cerdik pandai.Mereka ini bagaikan tidak sedar bahawa pembetukan kerajaan itu dari  politik(yakni Pilihanraya) dan mereka ini seolah-olah menafikan apa yang mereka miliki itu dari kerajaan sedia ada.

Kurang kesedaran Generasi Baru
-Generasi Baru ini adalah generasi selepas merdeka yang kini tidak lagi kenal erti susah,jerit,perih nenek moyang terdahulu untuk mengecapi kenikmatan hidup yang mereka miliki sekarang.Generasi ini sewenang-wenangnya menafikan kebaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan.Inilah keburukan yang amat nyata apabila gagalnya mereka menyelami nilai sebenar Merdeka.Perkara ini secara jelas terbukti apabila sanggup memijak gambar pemimpin,menukar bendera kononya itulah bendera asal,melakukan demonstrasi secara ganas,menghina dan mencerca pasukan keselamatan seolah-olah mereka tidak sedar erti Keharmonian.

Terpisahnya Politik dan Kerajaan
-Inilah perkara yang sering dihadapi oleh pejuang-pejuang parti.Apabila ingin melaksanakan sesuatu dan berurusan dengan agensi-agensi kerajaan,mereka ini sering menidakkan secara jelas agenda politik. Kadang-kadang mereka ini mengambarkan ketakutan jika mereka membenarkan agenda politik kerajaan berada di sekitar mereka.Kononya akan berbaur politik.Sedarkah...Perdana Menteri Adalah Presiden Parti!!! bukan dari pejawat awam!!!

Tiada ulasan: