Ahad, 16 September 2012

Winnable Candidate....Apa tu?

Winnable Candidate adalah pilihan DSNajib untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 nanti(PRU13).Secara mudah umum tahu pergertian tersebut tetapi kadang-kadang membuatkan orang terfikir kreteria winnable candidate itu.Apa yang menjadi teras pemilihan winnable candidate?.Ada yang memberi pendapat bakal calun itu mestilah popular dikalangan masyarakat..dan tidak kurang pula ada yang berpendapat ianya mestilah memiliki keperibadian yang baik dan diterima oleh masyarakat.Masing-masing punya pendapat sendiri.Tidak salah untuk melahirkan pendapat dan inilah yang dikatakan demokrasi.
 Namun Winnable Candidate dalam konteks politik yang dimahukan oleh DSNajib merangkumi perkara berikut:
  1. Calun yang diterima dari dalam seluruh kepimpinan parti.                                                                -Ini memberikan gambaran bahawa calun itu bukanlah dari golongan yang tidak mempunyai asas politik atau yang datang dari luar politik.Ini membawa maksud calun itu adalah mereka yang datangnya dari saf kepimpinan politik di kawasan setempat.Tentulah mereka ini akan mendapat sokongan dari akar umbi kerana mereka telah dipilh untuk berada di peringkat tertinggi kepimpinan setempat oleh penyokong-penyokong(pendukung) parti.Kebiasaannya mereka ini adalah golongan tertinggi diperingkat bahagian..
  2. Calun yang diterima di segenap lapisan masyarakat.                                                                    -Calun yang diterima di segenap lapisan masyarakat bukannya calun yang pupolis di masyarakt.Pengertian kepada maksud ini ialah calun ini disegani dan mesra masyarakat.Mampu memberikan kelebihan kepada Parti dengan dengan sikap dan penerimaan yang baik dari masyarakat.
  3. Calun yang tidak bermasalah dan mempunyai rekod yang bersih.                                                       -Ini adalah pelengkap kepada perkara pertama dan kedua.Setelah bakal calun itu merupakan calun pilihan dari parti dan calun itu diterima oleh segenap lapisan masyarakat maka sokongan msyarakat pastinya akan memuncak dengan penampilan calun yang tidak bermasalah dan mempunyai rekod penampilan yang bersih dari segala sudut.
Ketiga- tiga faktor ini pastinya akan memberikan kelebihan yang besar kepada parti dan seterusnya akan membawa kemenangan yang besar kepada parti.Semua Parti Komponen dalam Barisan Nasional harus bersedia untuk menerima apa jua kemungkinan  termasuk dalam isu pengagihan kerusi.Ini berdasarkan prinsip dan misi untuk mendapatkan kembali majoriti 2/3 di Parlimen.Seharusnya semua parti komponen menerima baik dan mengakui bahawa hanya winnable canddidate ini yang akan memberikan kemenangan.Winnable candidate ini bukan hanya dari Parti UMNO malah terbuka luas kepada semua Parti Komponen dalam Barisan Nasional.Tanpa perlu mengambil kira pengagihan kerusi,yang penting kerjasama dalam parti untuk Kemenangan "Winnable Candidate" seterusnya melakarkan kemenangan Barisan Nasional.

Tiada ulasan: