Rabu, 12 September 2012

Awas! Berhenti Merokok!

Bila tiba masa pembentangan Belanjawan maka ramailah orang terutama perokok-perokok akan mengambil tahu hal harga rokok,samada harga rokok naik atau pun tidak.Namun sebenarnya perokok-perokok tegar ini tidak peduli samada naik atau tidak kerana bagi mereka,walaupun naik sehingga RM20 pun mereka tetap akan membelinya.Cuma nilainya akan berkurangkan pada awalnya sahaja.
Mungkin kenaikan harga rokok tidak akan menjejaskan penjualan cuma kita harus fikirkan bagaimana cara untuk kita tangani jumlah perokok.Mengikut pendapat PPUJ,apa yang perlu kita laksanakan hanyalah mengekang pertambahan perokok-perokok ini.Perokok tegar tidak akan peduli walau melambung harganya,walau sekeji mana gambar yang dipaparkan pada kotaknya dan walau sedasyat mana tulisan amaran yang tercatat dikotaknya namun hisap tetap hisap.Ianya bagaikan sudah sebati dan jadi satu rutin selain dari makanan.Kita perlu kekang perokok-perokok baru dari terjebak dengan gejala ini
Disini PPUJ cadangkan beberapa pendapat.Mungkin dilihat tidak releven tetapi PPUJ yakin ia dapat mengurangkan jumlah perokok baru.
  1. Hentikan penjualan rokok dikedai-kedai runcit,pasaraya,gerai-gerai dan kawasan-kawasan perniagaan awam. 
  2. Wujudkan hanya satu stesen penjualan rokok di Bandar/Daerah/Kawasan dan ketatkan larangan penjualan rokok kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.(Francais)
  3. Minimakan penjualan/pembelian rokok seperti 1 cartoon(10 kotak) untuk seorang pembeli dalam satu-satu masa tertentu sahaja.(Ini akan diselaraskan mengikut bil yang tertera di komputer.)
  4. Mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga yang ingkar dengan larangan penjualan rokok dan menjual rokok secara haram/seludup.
  5. Mewujudkan satu Pasukan Khas Kempen ANTI Merokok untk memantau segala perlaksanaan ini.
 Mungkin ada yang tidak senang dengan cadangan PPUJ,tetapi dengan cara ini mampu mengekang pertambahan perokok-perokok baru terutama pelajar-pelajar kerana ketika ini rokok amat mudah diperolehi.Walau pun mahal harganya tetap mereka akan membelinya....
"Renung-renungkan,selamat beramal.."

Tiada ulasan: