Jumaat, 14 September 2012

Drama Politik....?

PPUJ pernah menonton satu cerita politik yang mengisahkan 2 orang(si A dan si B) yang berebut untuk memenangi satu pilihanraya..Maka berlakulah perang politik diantara mereka...Si B merasa amat tertekan dengan kekuatan yang ada pada Si A..Jadi Si B merancang sesuatu untuk menarik perhatian umum..Tanpa disangka anak Si B mendapat "ugtan bunuh"..maka Si B dengan gusar hati mengenangkan nasib anaknya itu..Demi Keselamatan anaknya Si B sanggup mengupah pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan anknya..Pelbagai perkara buruk telah berlaku kepada anaknya..Orang ramai(rakyat) bersimpati terhadap apa yang berlaku kepada anak Si B ini sekaligus menaikkan rating sokongan terhadapnya..Si B syak ini adalah rancangan Si A..kerana dengan cara itu dapat memusnahkan Si B..
Hari Pengundian semakin hampir..Pegawal Peribadi Anak Si B terbunuh dalam satu kemalangan jalanraya..Si B mendakwa kejadian itu adalah rancangan si A untuk membunuh anaknya..Maka timbulah kebencian orang ramai terhadap kelakuan Si A..Setelah kematian pengawal peribadi anaknya itu maka Si B mengupah seorang lagi pengawal peribadi yang lebih cekap..
Namun tanpa disangka kes ugutan bunuh itu terbongkar..Rupa-rupanya Si B telah mengupah beberapa orang penjenayah untuk menjadi dalang merencanakan "drama ugutan bunuh" itu..Maka segala perancangan Si B gagal..Orang ramai(rakyat) sudah hilang kepercayaan terhadap Si B..
Akhirnya Si B kalah teruk dalam pilihanraya itu...

"Agak-agaknya ada tak drama politik macam ni kat Malaysia?"..

Tiada ulasan: