Isnin, 17 September 2012

Generasi Dun Pulau Tawar...Apa Mereka Mahu??

Dalam Dun Pulau Tawar terdapat lebih kurang 17 Pusat Daerah Mengundi dan 13 daripada jumlah itu adalah kawasan Felda.Boleh dikatakan antara Dun yang paling banyak Rancangan Felda.Mengikut perangkaan sehingga Ogos 2012 seramai 21,075 orang pengundi berdaftar bagi Dun ini.Dan hampir 48% dari jumlah itu adalah pengundi yang berusia 21 hingga 40 tahun.Ini bermakna kuasa penentu bagi Dun Pulau Tawar ini adalah Generasi Baru.Perkara ini tidak boleh dipandang ringan bagi mana-mana Parti yang akan bertanding dalam PRU 13 nanti untuk Dun Pulau Tawar ini.PPUJ tak mahu mengupas mengenai isu ini tetapi PPUJ ingin melahirkan pendapat bagi perancangan sosial dan ekonomi yang wajar bagi  generasi baru disini.Secara kebetulannya PPUJ dari Dun Pulau Tawar.Jadi tidak sukar bagi PPUJ untuk memahami kehendak rata-rata generasi baru di sini.

1.Program Perumahan Generasi Baru.
Perkara ini adalah asas utama keperluan Generasi Baru di mana- mana tempat.Ini sebenarnya persoalan yang gagal dirungkaikan.Memang ada Perumahan Generasi Baru Felda diwujudkan tetapi persoalannya adakah ianya sampai ketahap yang memenuhi target ataupun sasaran?Kebanyakan mereka yang tinggal di kawasan Felda dan kampung-kampung tradisional ini tidak mempunyai pendapatan tetap ataup lebih jelas lagi tidak mempunyai 'slip gaji' ntuk membuat pinjaman bagi memenuhi kehendak syarikat-syarikat pinjaman untk memiliki rumah.Rata-rata mereka ini mempunyai kemampuan untuk membayar balik pinjaman itu tetapi syarat utama untuk membuat pinjaman menyebabkan mereka gagal dalam memenuhi kreteria pinjaman itu.Pendapat PPUJ ini ada asasnya kerena mereka ini mampu membayar sewa rumah sehingga RM400 sebulan untuk keselesaan keluarga.Dan mereka yang kurang mampu mereka tinggal bersama ibubapa malah ada juga yang hampir 4 keluarga dalam satu rumah.

Untuk perkara ini,Apa yang dapat PPUJ cadangkan ialah seperti berikut:
a).Felda perlu menubuhkan Koperasi atau menambahbaikan Koperasi sedia ada untuk menceburi bidang perumahan sebagai langkah menggalakkan generasi baru menyertainya.Dan melalui Koperasi inilah pinjaman(Suruhanjaya Koperasi Malaysia) ini disalurkan untuk memberi kelongaraan kepada generasi baru ini (ahli koperasi) untuk membuat skim sewa beli rumah tersebut.
b).Felda juga boleh mewujudkan satu Skim untuk membiayai pinjaman perumahan bagi mereka yang ingin membeli rumah secara potongan bayaran balik di pejabat Felda Kawasan.Ini boleh dilaksanakan seperti Skim SUIF yang telah terlaksana dikawasa Felda sebelum ini.

2.Sumber Ekonomi Generasi Baru.
-Boleh dikatakan ketika ini rata-rata generasi baru dalam Dun Pulau Tawar ini memperolehi hasil ekonomi melalui kerja-kerja pertanian,perniagaan-perniagaan kecil dan ada juga yang memperolehi pendapatan melalui kerja-kerja pembinaan secara kecil-kecilan.Kebanyakan dari mereka ini kurang diberi pendedahan dan maklumat mengenai punca dan bantuan yang wujud bagi mereka.Ada yang berjaya tetapi nisbahnya amat kecil.Banyak peluang yang wujud berdasarkan faktor geografi dan sejarah disini. Antaranya Pusat Bandar Jengka yang hampir,memiliki Pusat Pnyelidikan Pertanian Tun Razak,memiliki khazanah sejarah di Gua Kota Gelanggi dan banyak lagi..
Apa yang dicadangkan oleh PPUJ,
a).Mewujudkan Pusat Kegiatan Ekonomi Bumiputera (PKEB) di Kawasan Perumahan Baru Sebang Perdana Simpang Jengka 8 bagi mengedar maklumat bantuan,melatih dan memantau perkembangan usahawan baru.

b).Mewujudkan dan melatih pengusaha pelancongan untuk mempromosikan khazanah sejarah yang wujud di dalam Dun ini.Satu komuniti untuk membantu,melatih dan memperkenalkan sebarang peluang dan ruang yang wujud dalam sektor ini.Umum maklum dengan pelbagai khazanah sejarah yang wujud seperti Gua Kota Gelanggi,Makam pejuang Mat Kilau,sejarah kewujudan Felda dan pelbagai lagi.

c).Menjadikan Dun Pulau Tawar sebagai satu Pusat Pertanian secara komprehensif bagi tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buhan.Sebagai contoh,memberi peluang kepada pengusaha untuk mewujudkan satu jenis tanaman untuk satu kampung.Projek ini dilaksanakan dengan skala yang besar dan Satu komuniti yakni Pusat Kegiatan Ekonomi Bumiputera (PKEB) akan memantau,mengumpul dan mengedarkan tanaman tersebut.

d).Membantu,memantau dan mewujudkan peluang penternakan ikan air tawar secara meluas.

3.Sukan,Sosial dan Budaya.
-Secara pastinya perkara ini amat rapat dengan generasi baru.Golongan ini amat mudah didekati dengan aktiviti ini.Tetapi sedikit kesilapan bakal mengundang padah.Andai kita gagal mendekati,mengawasi atau dalam erti kata lain membiarkan mereka tanpa panduan maka secara tidak langsung mereka semakin dan akan menolak kita jauh.

Pendapat PPUJ,
a).Mewujudkan pusat kegiatan budaya dan pusat sukan atau lebih jelas lagi pusat kegiatan belia Dun Pulau Tawar di bawah naungan Kementerian Belia Dan Sukan dan juga Felda.Pusat ini haruslah dilengkapi dengan pelbagai prasarana bagi kegiatan belia.

b).Melantik,melatih dan mewujudkan satu komuniti bagi menyelaras,memantau sebarang kegiatan agar tidak auh dari matlamat asal penubuhan.Komuniti harus bertanggungjawab merancang dan melaksanakan pelbagai aspek yang difikirkan menepati citarasa golongan ini.

Mungkin perkara ini dianggap hanya sebagai angan-angan dan khayalan PPUJ,tetapi inilah sebenarnya kehendak dan keperluan yang dimahukan oleh generasi Dun Pulau Tawar Ini.....

"Walau bermimpi atau berkhayal..kalau dilaksanakan dengan wajar kesannya amat besar"..

Tiada ulasan: