Selasa, 11 September 2012

Malindo Air Akan gugat Air Asia?

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan syarikat penerbangan tambang murah yang baharu dikenali sebagai Malindo Air. Najid berkata syarikat penerbangan itu, hasil usahasama antara National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) dan PT Lion Group, akan mula beroperasi pada 1 Mei tahun depan dan akan berpangkalan di KLIA 2.
klik sini
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/malindo-air-syarikat-penerbangan-kos-rendah-baru-malaysia-1.84114

PAGE kritik Pelan Tindakan Baru Pelajaran?

Rangka tindakan baru pendidikan yang bermula Oktober lalu ketika kerajaan mengadakan dialog di peringkat nasional dengan tujuan menyusun semula sistemnya Rancangan yang dimuktamadkan akan dibentangkan kepada kabinet Disember ini. Ia akan dibuka untuk penelitian awam selama 3 bulan.Namun Kumpulan Ibubapa Untuk Pendidikan(PAGE) menyatakan ia tiada uummmph!..Hiss..buat salah tak buat lagi salah atau sebenarnya pembangkang bermasalah?


Berikut adalah Terma terma Rangka Tindakan Baru Pendidikan
1.Bahasa
- Semua pelajar darjah satu hingga tiga akan menjalani Proses Penyaringan Literasi dan Numerasi (Linus) dua kali setahun dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia (sebelum ini ujian Linus dibuat dalam BM).
- Selepas sekolah pemulihan kelas untuk tahun 4-6 (fasa keluar kelas 'buang' bagi murid yang mempunyai masalah dengan bahasa Inggeris dan BM selepas tahun 6 menjelang 2017).
- Semua guru bahasa Inggeris wajib lulus ujian penempatan Cambridge dalam tempoh dua tahun.
- Laluan dipercepatkan bagi pencatat keputusan cemerlang: 5 tahun (bukannya 6) untuk UPSR dan 4 tahun (bukannya 5) untuk pelajar SPM.
- Ukuran ujian mata pelajaran Matematik dan Sains melalui Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) dan penilaian antarabangsa pencapaian murid untuk Matematik dan Sains (Timss)
- 11 tahun diwajibkan bersekolah (daripada umur enam tahun). Menjelang 2020, semua pelajar yang meninggalkan sekolah mempunyai SPM ata kelulusan yang setara.
- Semua pelajar keperluan khas dibekalkan alat dalam sekolah khas pada 2025.
- Setiap anak akan mempelajari bahasa bahasa ketika menjelang 2025 (bermula dengan Cina, Tamil dan Arab). Bahasa Sepanyol, Perancis dan Jepun akan ditawarkan kemudian.

2.Nilai
- Setiap pelajar mesti mengambil bahagian dalam khitmad komuniti.
- Kebanyakan mata pelajaran pengajian Moral dan Islam akan dijalankan serentak, di mana terdapat perkongsian nilai. Pengajian Islam akan memfouskan mengenai nilai Islam dan nilai utama dalam agama lain.
- Pelajar sekolah swasta termasuk dalam Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

3.Perguruan
- Mengetatkan syarat kemasukan untuk latihan perguruan, dengan tujuan untuk mendapatkan hanya 30 peratus graduan yang bakal menjadi guru menjelang 2013.
- Guru akan dinilai oleh pengetua setiap tahun, dengan input daripada rakan-rakan dan ibu bapa.

Pakatan Bubar Dewan Undangan Negeri!

Ramai pihak tertanya-tanya tarikh PRU 13..Ada dah macam bomoh asyik buat ramalan..Bulan 6,bulan 7,bulan 9,bulan 11,bulan 3 2013...Dan Pakatan Pembangkang pula mabil kesempatan buat cerita DSNajib takut nak bubar Parlimen..tetapi Pembangkang sedar atau tidak mereka ada kuasa untuk mengadakan Pilihanraya?Mereka kuasai 4 buah negeri,Selangor,Kelantan,Kedah dan Pulau Pinang..Mereka ini berhak bubar DUN untuk adakan Pilhanraya Negeri..Kenapa tak nak Bubar?Takut?Aku cabar mereka bubarkan sekarang!

Melayu Bersatu?

Apa yang anda fikirkan dengan gambar ini?

Bayangkan kalu kerjasama ini merangkumi semua sudut dan kerjasama politik seperti yang diidamkan oleh Yb Ust Nasarudin.

Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Jerantut

Pendekatan politik generasi muda telah diterjemahkan dalam bentuk usul di Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.Inilah menunjukan kematangan politik untuk mendekati dan memenuhi keperluan yang sewajarnya untuk generasi muda.

1.Penempatan Generasi Baru Felda Dan Kampung Tradisional.
2.Mewujudkan Peluang Pekerjaan dan Meningkatkan Prasarana Ekonomi
3.Menaiktaraf sistem pendidikan bagi mewujudkan generasi yang memenuhi skala kehidupan masa depan
4.Menyelaras,memantau dan meningkatkan sistem pembelajaran Maadhad Tahfiz
5.Mewujudkan Pusat Penyebaran Islam bagi memantau Mualaf dan menyelaras kelas-kelas Fardu ain
6.Membatalkan Lesen dan mengambil tindakan terhadap premis perjudian siber dan pusat urut.
7..Memperkasakan UMNO dalam Kerajaan.


Bangkang Untuk Jadi Hero


Kalau sebelum ini tiada yang mengenali Adam Adli.Namun setelah episod menurunkan bendera dan perlakuan yang terjadi ketika penentangan AUKU telah membawa Adam Adli dikenali.Dari seorang pelajar yang hanya dikenali di kampus berubah secara total akibat perlakuanya itu.Beliau dibawa ke pentas politik segenap negara demi untuk menarik minat golongan sebaya.Kini beliau bagaikan ikon bagi pelajar-pelajar.Seorang demi seorang muncul dan yang terkini adalah episod tunjuk punggung yang dilakukan oleh seorang mahasiswa Mohamad Ammar A.Rahman.Berikutan perlakuan yang dilakukan beliau ditahan dan dipecat dari kolej.Namun dalam bloq-bloq pembangkang beliau digambarkan terinaya kononnya kerajaan mengamalkan sikap pemerintahan kuku besi.Tidak hairan jika nanti beliau akan dibawa ke pentas politik untuk menceritakan pengalaman belaiu ketika ditahan malah lebih-lebih lagi beliau akan digunaka secukupnya untuk meraih simpati dan menimbulkan kebencian terhadap kerajaan.

Mana nilai perjuangan sejati bangsa????

Isnin, 10 September 2012

Politik Malaysia...Apa dah Jadi????

Politik Malaysia kian kabur,kian meruncing dan kian bergolak.Ada pihak yang mengambil kesempatan dalam keadaan ini.Mengunakan pelbagai helah dengan setiap apa yang berlaku..Mengapa ini terjadi?????

Pembebasan Anwar Ibrahim
-Pembebasan Anwar Ibrahim dari Kes Liwat 1 dan Penubuhan Parti Keadilan Nasional(kini PKR) merupakan detik-detik utama menyebabkan kekacaun politik kini.Anwar yang dikenali sebagai seorang politik thinker yang berimej tawaduk telah membawa kekacauan demi kekacauan bermula dengan Gerakan Reformasi(1998) dan yang terkini Himpunan Janji Demokrasi yang mencetuskan pelbagai perkara kontroversi.

Kelemahan Kepimpinan Terdahulu
- Kelemahan ketara kepimpinan terdahulu adalah mengadakan PRU ke 12 ketika rakyat sedang marah akibat kenaikan harga minyak yang mendadak sebanyak RM0.70 menyebabkan kenaikan harga barang keperluan secara mendadak.Ini menyebabkan tekanan hidup yang dihadapi oleh rakyat yang membawa mereka terpengaruh dengan senario politik kebencian yang ditimbulkan oleh pembangkang.Akhirnya Barisan Nasional tewas mengejut di Empat buah Negeri dan juga tewas teruk di Kelantan.Akibat politik kebencian yang dilahirkan pembangkang inilah yang mengakibatkan hilangnya jati diri warga terhadap Negara.

Pembelotan Kakitangan Awam
-Kini hampir 69% kakitangan Awam dikhuatiri tidak menyokong kerajaan terutama dari Institusi Pendidikan.Perkara ini amat jelas apabila ramai kakitangan awam ini dilihat mengkritik kerajaan secara terbuka dalam arus media sosial.Perlu diingat,kakitangan awam mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat terutama golongan guru-guru kerana mereka ini dilabelkan sebagai golongan cerdik pandai.Mereka ini bagaikan tidak sedar bahawa pembetukan kerajaan itu dari  politik(yakni Pilihanraya) dan mereka ini seolah-olah menafikan apa yang mereka miliki itu dari kerajaan sedia ada.

Kurang kesedaran Generasi Baru
-Generasi Baru ini adalah generasi selepas merdeka yang kini tidak lagi kenal erti susah,jerit,perih nenek moyang terdahulu untuk mengecapi kenikmatan hidup yang mereka miliki sekarang.Generasi ini sewenang-wenangnya menafikan kebaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan.Inilah keburukan yang amat nyata apabila gagalnya mereka menyelami nilai sebenar Merdeka.Perkara ini secara jelas terbukti apabila sanggup memijak gambar pemimpin,menukar bendera kononya itulah bendera asal,melakukan demonstrasi secara ganas,menghina dan mencerca pasukan keselamatan seolah-olah mereka tidak sedar erti Keharmonian.

Terpisahnya Politik dan Kerajaan
-Inilah perkara yang sering dihadapi oleh pejuang-pejuang parti.Apabila ingin melaksanakan sesuatu dan berurusan dengan agensi-agensi kerajaan,mereka ini sering menidakkan secara jelas agenda politik. Kadang-kadang mereka ini mengambarkan ketakutan jika mereka membenarkan agenda politik kerajaan berada di sekitar mereka.Kononya akan berbaur politik.Sedarkah...Perdana Menteri Adalah Presiden Parti!!! bukan dari pejawat awam!!!

Rabu, 23 Mei 2012

Analisis debat PTPTN


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sememangnya debat antara Saudara KJ dan Rafizi mengenai topik PTPTN sangat hangat dibualkan. Ada yang mendakwa bahawa KJ memenangi perdebatan itu, ada yang mendakwa Rafizi yang menang, dan sebagainya. Di sini, izinkan saya menulis analisis saya mengenai debat tersebut. InsyaALLAH, saya akan mendedahkan fakta-fakta yang tepat dan benar mengenai debat itu. 

1. Sikap Rafizi yang cuba mengubah topik yang tidak berkaitan dengan topik perdebatan itu sangat mendukacitakan. Pertanyaan yang tidak berkaitan dengan topik bagi saya tidak usahlah dijawab oleh saudara KJ. Kalau perlu pun, itu mungkin dalam perdebatan yang lain. 

2. Saudara Rafizi kelihatan memilih perbandingan yang langsung tidak munasabah untuk menyokong pendapatan beliau mengenai  pendidikan percuma.  Malah, beliau memberi fakta yang salah kepada umum dan KJ tidak berkesempatan untuk membidas fakta Rafizi. 

3.  Maka, tugas saya di sini untuk membidas saudara Rafizi. (Sebenarnya, saya sangat berkobar-kobar untuk duduk di tempat KJ kelmarin, hehehhe...) Pertama, Rafizi mendakwa bahawa negara Finland yang lebih miskin daripada Malaysia dan hanya bersumberkan satu sahaja sumber ekonomi iaitu Nokia yang itu pun sedang mengalami masalah kerana penguasaan Blackberry mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya, mengapa tidak Malaysia. Benarkah dakwaan itu? Sini, Kapten Malaysia (hensem?) mahu menidakkannya. :) 

4. Finland sebenarnya mempunyai banyak sumber ekonomi. Saya sertakan statistik sumber ekonomi Finland untuk tatapan umum:

A) Agriculture and forestry 4.5%,

B.) Industry 18.3%

C.) Construction 7.3%

D.) Commerce 16%

E.) Finance, Insurance, and Business services 14.5%,

F.) Transport and communications 7%

G.) Public services 32.4%

Sekarang ni, mana datangnya sumber dakwaan Rafizi yang mengatakan bahawa Finland hanya bersumberkan ekonomi daripada Nokia sahaja?

5. Benarkah Finland lebih miskin daripada Malaysia? Saya nak tergelak mendengarkan dakwaan saudara Rafizi itu. Hehehehe... (gelak malu). Menurut data daripada Bank Dunia, Malaysia jauh ketinggalan dalam ranking GDP. Finland menduduki tangga ke-17. Malaysia punya kekayaan menduduki ranking ke-69. Apa kejadahnya nak bandingkan Malaysia dengan Finland yang lebih kaya daripada Malaysia. Bahkan dengan kekayaan negara yang ke-17 terkaya di dunia, Finland hanya perlu menangung 5 Juta rakyat Mereka sedangkan Malaysia yang mempunyai kekayaan yang ke 69 dunia, perlu menanggung 30 Juta rakyat Malaysia. 

Sumber saya di sini:  http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_GDP_(nominal)_per_capita6.

Perbandingan ini sangat tidak relevan. Anda cuba membandingkan epal dengan rambutan (bak kata saudara KJ).  Saudara Rafizi ni, awak kena adil tau. Jangan nak spin fakta macam ayahanda Anugerah Tuhan kamu itu. Hehehehe.. tak baik tau. Kita ambil epal kalau nak dibandingkan dengan Epal. Erm... nak ambil contoh apa ya ?

7. Dah dapat! Apa kata kita ambil Brazil yang menduduki di tangga yang lebih kurang sama dengan kita. Brazil ialah salah satu daripada negara yang mendirikan pendidikan percuma. Ya, pendidikan percuma tetapi tahukah saudara Rafizi bahawa cukai di Negara Brazil ialah antara yang tertinggi di dunia? Tak..tak... saya tak buat spesikulasi saya sendiri tau Pak Fizi ya? Tak percaya? Mari-mari, kita mengembara lagi. Biar celik mata semua.

8.  http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes

"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."

Kenyataan itu dipetik daripada orang Brazil sendiri. Lihat betapa tingginya dan banyak cukai di negara mereka untuk menampung pendidikan percuma. Rafizi kena terima hakikat nothing is free  dalam dunia ini. Ada harga yang perlu dibayar sekiranya mahukan pendidikan percuma. Dan harga yang perlu dibayar untuk pendidikan percuma ialah CUKAI YANG TINGGI. 

9. Tak puas hati lagi? Mari-mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:

Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

Nak link ke ? Takut saya menipu? Ehh, jangan tuduh tau.
Saya ni sesuci Anugerah Tuhan dan Pak Rafizi ye? (sarcasm). Nah, ambil ni: 

http://thebrazilbusiness.com/article/everyday-taxes-in-brazil-ipva-iptu-and-iptr

10. Saudara Rafizi mengatakan bahawa pendidikan di Turki itu percuma. Heheheh, kaki kelentong betul lah awak ni. Awak fizi yang comel, tak nampak ke apa yang berlaku di Turki? Kalau pengikut-pengikut kamu, bolehlah kamu tipu ye? Tapi, tidak saya.

 http://www.businessturkeytoday.com/turkey-students-arrested-for-demanding-free-education-during-protests.html

Eh, apa benda tu? Kata Turkey ni menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, tetapi kenapa sebaliknya?  Sampai kena tangkap tu Mahasiswa Turkey. Hehehehe... Abam Rafizi, udah-udahlah tu ya menjadi penipu ? 

11. Kalau kita lihat pada permulaan debat, kita dapat melihat statistik dan nombor yang dikeluarkan oleh KJ mengenai perbelanjaan yang sedang ditanggung dan bakal ditanggung oleh kerajaan sekiranya mahukan pendidikan percuma. Kemudian, Rafizi membidas bahawa fakta itu penipuan dan mereka membuat kiraan mereka sendiri lalu menampilkan nombor mereka sendiri. 

12. Sekarang, saya mahu bertanya kepada semua, anda percayakah fakta daripada Rafizi ini sedangkan dia sudah menipu kita dengan teori Finland dan Turkinya? Sekali menipu, dua kali menipu, tak mustahil dia akan menipu untuk sekian kalinya memandangkan penipuan itu ialah darah dagingnya.

13. Perkara lain, saya tak perlu saya ulas pajang lebar. Isu hutang dan sebagainya, saya rasa dah dijawab dengan kemas oleh saudara KJ. 

14. Oh ya, ada lagi yang saya nak perkatakan. Rafizi suruh sifu kamu tu tunaikan janji bulan bintangnya pada penduduk Selangor. Bukan satu dua ye, berbelas tau. Ini janjinya pada penduduk Selangor pada PRU  yang lepas pun tak habis ditunaikan, ada hati bercakap mengenai topik yang lebih besar.

15. Meh, saya senaraikan janji-janji puak anda yang tak tertunaikan sebelum nak menabur janji lain. 

- membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran selangor. 
-memberi bantaun RM 75.00 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nuseri. 
-memberi bantuan RM 50 kepada seorang bagi pendidikan pra sekolah. 
-memberi hadiah tawaran RM 1000 kepada setiap anak selangor yang masuk ke universiti. 

Dan belasan lagi janji-janji2 yang terabai. 

Kesimpulannya ialah kebanyakan daripada fakta yang dibentangkan oleh Rafizi sebenarnya lebih kepada puta belit yang dipelajari daripada sifunya Anwar Ibrahim. Dan motif artikel ini ditulis untuk menjawab tuduhan tidak berasas Rafizi. Setakat ini sahaja yang mampu saya nukilkan, InsyaALLAH kalau ada kesempatan, saya akan kembali menyambung artikel ini, mungkin dengan analisis yang lebih padat dengan fakta. 

Akhir kata daripada saya, TAHNIAH SAUDARA KJ KERANA berani berdepan dengan orang seperti Rafizi Ramli yang suka lari daripada tajuk dan kaki spin ini. Hehehehe.... Assalamualaikum.

-sumber:Helmi Effendy

Ahad, 20 Mei 2012

PRU13:Api Perjuangan!!!

Salam..
Bila berlaku pelbagai hal kini teringat aku semasa menanti keputusan Pilihan Raya Umum 12 pada 2008  lalu.Ketika itu aku baru keluar dari Dewan Majlis Daerah mendengar keputusan bagi Parlimen Jerantut untuk menjamu selera di kawasan kedai berdekatan.Terkejut aku mendengar beberapa nama besar kalah di kawasan mereka tandingi malah aku semakin gusar bila aku diberitahu bahawa Negeri Pulau Pinang kalah kepada DAP khasnya Pakatan Pembangkang.Keputusan demi keputusan aku nantikan sehingga jam 3 pagi.Seingat aku inilah  keputusan yang paling lewat diumumkan dan akhirnya aku mendapat keputusan rasmi yang mnegatakan Barisan Nasional kalah di 5 negeri.Pulau Pinang,Perak,Kedah,Selangor dan gagal menawan Kelantan.inilah keputusan terburuk yang diterima oleh Barisan Nasional.
Namun pada hemat aku UMNO masih lagi mengekalkan lagi relevan sebagai sebuah parti yang diterima baik oleh masyarakat.Masih lagi mampu mengekalkan kemenangan ditempat mereka tandingi.Apa yang mendukacitakan bagi Barisan Nasional apabila Parti Berkanun dalam Barisan nasional mengalami kekalahan yang teruk.Boleh dikatakan hampir 50% mereka gagal mempertahankan kerusi yang mereka tandingi.Maka terlintas difikiran aku bila aku melihat kedudukan ini amat membahayakan.Pada fikiran aku ini bukan sekadar Pilihanraya antara Parti yang bertanding malah ianya menjadi lebih kepada perkauman.Lihat sahaja keputusan yang dimiliki dikawasan yang majoritinya bukan bumiputra.Amat jelas tergambar seolah-olah ini bagaikan satu perancangan yng teliti dilaksanakan.Ini bagaikan membuktikan bahawa apa yang aku fikirkan itu benar.
Jika ianya benar maka satu ancaman besar bakal timbul andai kita tidak berhati-hati dalam PRU 13 nanti.
Ingatlah apa yang kita miliki kini mungkin bakal lenyap buat selama-lamanya.Tanggungjawab yang besar menanti kita bagi mengekalkan apa yang kita ada.Mungkin sebelum ini ada yang memandang mudah soal ini tetapi jika kita masih lagi mengambil sikap mudah itu nescaya akan timbul penyesalan buat selamanya.
Bayangan semakin jelas.Apa yang berlaku di Perak jelas membuktikan bahawa mudahnya kita dipermainkan.Juga dengan apa yang berlaku di Selangor kini.Warga bangsa kita sudah kehilangan kemudi.Mungkin pada ketika ini aku dilihat lebih 'racist' namun aku merasa ianya perlu bagi membangkitkan kesedaran untuk kita membetulkan kesilapan lalu agar ianya tidak menjadi bubur.
PKR hanya perjuangkan Anu War untuk ditabalkan sebagai PM.PAS dipergunakan secukup-cukupnya untuk mendapatkan sokongan dan kuasa.Inilah agenda utama DAP bagi melaksanakan apa yang diidamkan selama ini.Jadikan mereka sebagai peneraju kuasa,Melebarkan agenda PAP dari Singapura.
Renungkan kembali..jalan perlaksanaan meraka sama dengan apa yang berlaku di Singapura dulu.Pemimpin utama mereka sanggup merayu di masjid dan surau demi meraih undi.Setelah mereka miliki perlahan-lahan dicampak ketepi.Penyesalan tidak berguna lagi.Lihatlah apa yang mereka perjuangkan.Kononnya membawa hak dan kesamaratan namun jika kita ketinggalan maka terdamparlah kita terus ditepian..

Bangkitlah wahai umat melayu
Perjuangkan Hak kita dan Ketuanan kita
Jangan sesekali cuba memperjudikan nasib anak bangsa
Kelak binasa buruk padahnya.. 
UMNO masih Relevan membela bangsa,
66 tahun menabur jasa,
Ingatlah perjuangan ini bukan untuk kita
tetapi untuk anakcucu kita dihari muka
harapan mengunung mereka berikan
agar terjamin bangsa di masa depan
jangan nanti setelah kita tinggalkan
akan jadi bahan hinaan 
kerana kita gagal dalam perjuangan. 

Rabu, 16 Mei 2012

PRU 13: Undi Golongan Muda-Siapa Jadi Juara?

Fenomena yang berlaku sekarang jelas menunjukan bahawa golongan muda bakal menjadi penentu kepada pola pemerintahan yang akan datang.Biarpun dalam berapa ketika golongan ini bertindak dan melakukan perkara-perkara yang menjadi tabii kepada kehendak golongan ini namun penguasaan politik sebenarnya tidak boleh lari jauh dari kehendak mereka.Mereka sukakan hiburan,sukan,sosial dan mereka ingin menjadi hero kepada rakan-rakan sebaya.Kehebatan mereka ini kadang-kadang amat sukar dijangka.Meraka boleh bertindak ganas seganas rancangan televisyen yang sering ditonton,mereka boleh menjadi baik sebaik ustaz dan imam muda dan mereka juga mampu menjadi pencetus kepada segala-galanya.Bak layang layang,mereka amat memerlukan perhatian untuk menjadikan mereka ini punyai identiti selaras dengan kehendak agama dan bangsa.Pendekatan yang terbaik perlu diambil,penguasaan minda perlu diluaskan dan juga jati diri bangsa perlu diterapkan.Mereka ini sebenarnya amat bersemangat tetapi mereka ini terlalu sukar untuk dikawal.Penerapan nilai-nilai murni perlu dilaksanakan mengikut kehendak adan keinginan mereka.Persetanlah apa yang ingin kita lakukan.Jangan terlalu mengikut buku peraturan tetapi dekatilah mereka mengikut kehendak mereka.Yang penting matlamat kita untuk dekati mereka secara tidak langsung mampu menjadikan mereka sebagai tulang belakang kesatuan negara.Sejajar dengan matlamat kerajaan..Belia tunggak pendokong wawasan..Belia Pembela Maruah Negara..sajikan mereka dengan sejarah silam,ajarkan mereka mengenai kehidupan,tunjuklah kepada mereka jalan dimasa hadapan..nescaya mereka bakal kepimpinan yang terbaik bakal dihasilkan..
Selamat Menyambut Hari Belia!

Selasa, 15 Mei 2012

PRU 13:Bila??

Sekarang ni dimana-mana tempat yang kita pergi masing-masing melontarkan soalan dan pendapat..Ada yang meramalkan bahawa DSNajib akan umumkan pembubaran Parlimen dalam masa terdekat,ada juga yang meramalkan ianya akan berlaku pada bulan 6,bulan 7 malah ada juga cakap-cakap mengatakan pada bulan 9 selepas Eidulfitri..Namun semuanya terletak di atas kebijaksanaan YAB DSNajib..hanya beliau yang tahu bila tarikh yang sesuai..
Kita selaku rakyat Malaysia yang telah mendaftar sebagai pemilih "wajib" mengundi bagi menentukan pemerintah yang sesuai.Janganlah hanya perkara-perkara yang boleh diselesaikan kita jadikan ia satu perkara yang boleh merosakan masa depan negara kita.Bertindaklah secara matang.
Jikalau kita renung kembali pada pasca kemerdekaan,bertapa susahnya nenekmoyang kita memperjuangkan kemerdekaan demi kelangsungan hidup yang pada ketika itu mereka bukan memikirkan hidup mereka tetapi mereka memikirkan keadaan dimana anak dan cucu mereka dan bagaimana keadaan jika kita hidup tanpa perjuangan yang asal mereka lakukan.Mereka sanggup bermatian menentang kewujudan "Gagasan Malayan Union".Mereka sanggup bergadai demi mendapatkan kemerdekaan malah mereka sanggup melakukan apa saja demi memartabatkan Bangsa,Agama dan Tanah Air.Dek kerana kebijaksanaan Pemimpin ketika itu bermula dari era Dato' Onn Jaafar beralih ke era Tun Abd Rahman kita mengorak untuk bangkit dari memperjuangkan bangsa hinggalah ke arah menuju Kemerdekaan.
Setiba di era kepimpinan Tun Abdul Razak,kebijaksanaan beliau telah melahirkan ide-ide yang mungkin tidak terfikir oleh masyarakat ketika itu.Kebijaksanaan Beliau mewujudkan beberapa gagasan Kemajuan yang membawa orang melayu dari lembah ke bandar,dari sifar ke arah kemajuan yang tidak ternilai.Lahirnya DEB ketika itu amat ditentang namun akhirnya keberkesanan itu telah kita kecapi,.Dek kerana wujudnya Felda maka mampulah orang melayu memiliki ladang yang sukar dibayangkan hinggakan mampu kecapi kedudukan kewangan yang tidak pernah dibayangkan.Kita tidak pernah tanya kepada peneroka apa yang mereka bawa ketika diterima masuk ke rancangan Felda?Kita juga tidak pernah tahu apa yang mereka lakukan jika tidak wujud Felda?Dan kita tidak munkin akan dengar ada anak peneroka yang berjaya.
Anak peneroka sudah memegang jawatan besar,anak peneroka sudah jadi ushawan berjaya,anak peneroka sudah jadi Yang Berhormat,anak peneroka sudah berkerja di sektor utama negara.Pernahkah kita terlintas perkara ini akan berlaku?
Sekarang tibalah masa dan giliran  Anakanda Tun Abd Razak menyambung legasi keluarganya,menyambung semangat untuk membela Agama,Bangsa dan Tanah air.Menyambung agenda perjuangan kepimpinan UMNO yang Keramat ini.Menjadikan UMNo kekal sebagai Pembela Bangsa!

Ahad, 13 Mei 2012

FELDA:Jangan Terpedaya Dengan Dakyah Pembangkang

Aku terpanggil untuk menulis semula blog ini bila aku merasakan ramai masyarakat khususnya dari Felda tertipu dengan dakyah-dakyah yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Banyak tohmahan yang dibuat oleh mereka terhadap kerajaan walaupun mereka semua sedar ini adalah transfomasi terbaik buat masyarakat Felda.Beberapa perkara berikut perlu aku nyatakan bagi menjelaskan perkara yang sebenar.

  1. Dakwaan bahawa DSNajib tipu peneroka dan ingin membangkrupkan Felda:-Asas Felda seperti yang semua orang maklum dilaksanakan oleh al-marhum Tun Abdul Razak yang juga merupakan bapa kepada DS Najib.Tun Abd Razak begitu menitikberatkan kemajuan dan peningkatan taraf hidup masyarakat melayu dan melaksanakan pelbagai program jangka panjang seperti DEB dan pelbagai rancangan lembaga kemajuan seperti Kesedar,Kejora,Felcra dan banyak lagi hanya untuk meningkatkantaraf hidup masyarakat melayu dari golongan kampungan petani kepada golongan yang berpendapatan yang selesa taraf hidupnya.Ini juga termasuk Felda.Maka jasa Tun Abd Razak kepada bangsa melayu memang besar dan sukar terpadam di hati bangsa sendiri.Mudah difikirkan takkan dengan begitu mudah DSNajib ingin memusnahkan apa yang dibina oleh Al-Marhum bapanya dan mencalitkan arang kepada maruah keluarganya?.Aku masih ingat lagi ketiga DSNajib mula menjejakkan tapaknya di Felda Jengka 8 tempohari,beliau menitiskan airmata kesyukuran bila melihat kejayaan bapanya membela bangsa melayu.Rumah asal peneroka sudah berubah 100%.hampir kesemuanya sudah menjadi bunglow yang mewah dan menimbulkan rasa cemburu orang luar..kadang-kadang aku bayangkan kalau-kalau Felda buka lagi kawasan baru untuk peneroka baru maka akan berlakulah sistem tender untuk jadi peneroka..
  2. Dakwaan Pinjaman Saham Dari Bank bakal mebangkrupkan peneroka:-Ini satu lagi dakyah songsang yang dibuat oleh pakatan haramjadah ni.Bayangkan kenapa orang luar Felda berebut-rebut nak beli saham ni kalau dia mendatangkan kerugian?Bagaimana saham Gula dan saham MSM(minyak sawit mentah)boleh dikatakan untung setiap hari dan tidak merugikan pelabur?Kalau ikut dakwaan orang "haram jadah ni" dan ramai orang yang ada syer dalam syarikat Gula & MSM ni lingkup.
  3. Jangan selepas ini ada yang menyesal bila ingin menyertai saham namun terpaksa bersama dengan syer cabutan orang awam..

Selasa, 3 Januari 2012

Malaysia:Negara Demokrasi atau Demonstrasi?

Sejak akhir- akhir ini sering kali kita dengar pelbagai demonstrasi jalanan yang dilakukan..ada yang baring atas jalan..dan tak kurang pula yang cederakan diri untuk raih simpati...dah la susahkan polis untuk kawal keadaan dan lebih hina lagi ada juga yang salahkan polis yang buat kekecohan melampau..siap masuk wad pulak tu...
Awal tahun ni ketika kita dalam berazam untuk jadi yang terbaik dalam hidup kita..negara ini dikejutkan dengan Demonstrasi Mahasiswa di UPSI..malulah anak bangsa yang bakal menjadi pendidik bangsa buat benda-benda yang sekadar mencari publisiti murahan dikancah politik...agak-agak bila fail exam mula nak cari platform lain kot...Dia orang ni tak reti nak bersyukur agaknya...dah lah duduk dalam IPTA Kerajaan,dapat pelbagai biasiswa pulak..(mungkin ada yang Anuwar bagi kot)..buat pulak perangai tak senonoh..kaum bukan melayu melompat tengok badut-badut bakal 'GURU' ni..melolong dan melalak tengah malam buta..sedarlah diri tu..Ibubapa berharap anak-anak yang dalam universiti dapat keputusan yang baik dan dapatkan kerjaya yang baik bagi membela keluarga dan anak bangsa bukan untuk dapat nama dengan menurunkan bendera dan melalak tengah malam buta!

Akan datang pulak ada lagi satu demonstrasi akan diadakan...tak habis-habis..Azmin cakap demonstrasi ini akan berlarutan hingga pilihanraya..Apa motif adakan Demonstrasi 901 ni?Hanya untuk menimbulkan rasa simpati kepada ANWAR?Inikah yang perjuangkan oleh PKR?Adakah ini keadilan yang diagungkan dengan menghina mahkamah?Kawan aku pun ada dapat SMS ini..dia orang ajak berkumpul dengan tujuan menghuru harakan Kuala Lumpur..siap dapat duit lagi..seorang RM100..kalau dari luar Kuala Lumpur..Cuba kita renungkan...Apa tujuan sebenarnya??Sebab apa nak huru harakan KL pada hari itu?Adakah sebab mereka memang jangkakan Anwar bersalah dan dipenjara?Kita kena ingat..Karpal Singh pun tak membela sangat Anwar dalam kes Liwat ni..kenapa?Sebab dia tahu Anwar memang bersalah...dan dia juga yang membuka pekung siapa Anwar tahun 1997 dulu...

Aku jangkakan lakonan Anwar ni akan sampai klimaks dia...huru hara yang dilakukan pada 9/01 nanti akan memberikan beberapa kemungkinan.

  1. Apabila Anwar dijatuhkan hukuman maka akan menimbulkan perasaan benci kepada kerajaan yang maksimum dari pembangkang dan ini akan mengangkat Anwar ditahap populariti yang tertinggi dimata pendemonstrasi-pendemonstrasi...maka..akan berlakulah pelbagai pekra diluar dugaan.
  2. Kesempatan ini akan digunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk membawa diri dan membuat pelbagai tohmahan terhadap kerajaan dan mahkamah termasuk mengikut jejak langkah rakan sekutunya Taksin Sinawatra...sedangkan anwar masih boleh membela diri dalam Mahkamah Rayuan
  3. Huru hara yang berterusan seperti yang dirancang oleh Azmin akan mengundang 'Bantuan dari Negara Jiran'...inilah yang dinantikan..
Kalau lah Demonstrasi ini menjadi amalan masyarakat ini..bagaimana generasi akan datang?

Wallahuallam!!


Khamis, 29 Disember 2011

Mahu Tapi Tak Mahu?

Isu-isu yang berlaku setiap hari dibongkarkan oleh pembangkang amat dikesali.Walaupun umumnya tidak tahu tahap kebenarannya namun ianya dikesali kerana tiada respon dari mereka-meraka yang dituduh.Penjelasan-penjelasan yang sewajarnya dilakukan untuk menangkis tohmahan yang dilemparkan tidak dilakukan oleh pihak berwajib.Seolah membiarkan DS Najib yang berjuang untuk mengekalkan kekuasaan BN tetapi orang lain hanya tengok dan lihat sahaja.PR tidak releven tetapi BN tidur dengan nyenyak.Kata-kata Presiden bagai mendodoikan tidur.Sekali sekala ada yang mengigau hingga mencetuskan kontroversi.Lubuk semakin dituba  dan segala kebaikan sebelumnya tidak lagi kelihatan dek kontroversi yang dicipta.Kalau setakat mengigau biasa tak apa tetapi memberi kesempatan kepada orang lain untuk memanipulasi keadaan.Habis semua bergoncangan.Bimbang nanti..orang bersama kita lari tinggalkan kita sebab takut orang yang mengigau tadi meracau dan meroyan lebih teruk.

Isu NFC..?
Mana pergi pihak terlibat bagi menjawab dan membuktikan kebenaran??
Kenapa tiada tindakan kepada pemfitnah?



Isu FGVB?
Mana Pegawai-pegawai Felda yang seharusnya memberi penerangan sewajarnya kebaikan FGVB ini?
Relevenkah Tan Sri Isa di situ?
Selamatkan generasi Felda dan pelabur asal KPF 5 tahun akan datang?


Isu IB?
SPRM akan jawabkan???




Lepas ni Isu apa lagi?????